Monday, 20 March 2017

UEC : Kekeliruan Dan Prasangka Berkenaan Nya.


Apa yang terjadi berkenaan United Examination Certificate atau pun ringkas nya UEC adalah sebenar nya satu kekeliruan dan prasangka yang boleh di katakan sebagai “over react”.

Bila di lihat kepada punca yang menyebabkan ramai pihak melenting terutama nya kaum Melayu dan mereka yang bersifat kebangsaan ada lah kerana isu UEC ini di bawa oleh pihak yang tidak di gemari oleh masyarakat Melayu ia itu Dong Zong yang boleh dikategori kan sebagai pertubuhan ekstrim kaum Cina.

Sekaligus dengan itu , isu mahu kan UEC ini di beri perhatian dan kajian ada lah ahli Parlimen Ketereh yang juga adalah Ketua Penerangan UMNo ia itu Tan Sri Annuar Musa.

Maka terus dilihat ia nya sebagai satu isu yang tidak tepat waktu nya dan juga tidak kena pada orang nya.

Harus lah di ingat saranan Annuar pada 16 hb Mac yang di buat oleh nya di parlimen di mana dia membangkitkan isu UEC seharus nya di beri peluang untuk di beri pengiktirafan hanya lah bersifat peribadi dan atas kapasiti nya sendiri.

Tambah lagi ia hanya saranan dan tidak muktamad atau pun belum pun di peringkat perbincangan di peringkat tinggi kepimpinan.

Untuk pengetahuan semua, negeri yang di kata kan sebagai negeri deposit undi untuk Barisan Nasional ia itu Sarawak telah setuju dan mahu UEC di beri pengiktirafan.

Sekali di usul oleh Allahyarham Adenan Satem dan kemudian disambung usul oleh Datuk Abang Johari Tun Openg dengan kenyataan Sarawak akan terus melaksana dasar Adenan dan antara nya mengiktiraf sijil UEC , bahkan akan membantu terus sekolah sekolah Cina di Sarawak.

Berkemungkinan Datuk Annuar mengambil que dari negeri Sarawak.

Apa pun jika di perhatikan , usul yang di bangkitkan tidak sepatut nya di tentang seolah olah Datuk Annuar Musa telah melakukan satu kesalahan.

Usul mahu mengiktiraf UEC tidak datang dengan mudah melainkan ia di luluskan setelah beberapa syarat di ikuti dan di akur oleh Dong Zong sebagai pejuang UEC.
ada pihak menyatakan sebagai Ketua Penerangan UMNO ia ada lah amat tidak sesuai di bawa oleh Ketua Penerangan UMNO, bahkan ada yang menyatakan isu berkenaan UEC amat sesuai di bawa oleh MCA sebagai mewakili kaum Cina dan kepentingan mereka.

Apa pun isu ini harus di tangani dengan lebih teliti dan halus kerana sikap Dong Zong yang berkemungkinan mahu membuat tuntutan di saat menjelang PRU dan mahu masyarakat Cina melihat pihak dan puak mana yang menjadi penentang mereka lalu memberi “signal” kepada kaum Cina , pihak ini lah yang harus di tolak.

Kita harus juga memikirkan betapa Annuar Musa ada lah seorang yang boleh dikatakan “lama” dalam UMNO dan politik , dan tentu ada sesuatu yang belum kita ketahui misi nya.

Apa pun “rest assure” kepimpinan Datuk Seri Najib amat tahu apa yang tidak di sukai oleh orang Melayu dan pasti tidak akan menyerah begitu mudah terhadap kehendak Dong Ziong.

Untuk peringatan isu berkenaan tuntutan Dong Ziong jika hendak di lulus kan ada syarat nya, hanya jika syarat yang di usulkan di persetujui oleh Dong Zong sahaja ia akan di bawa untuk perbincangan ke “next level”.

Jika ada pihak beranggap isu tidak sesuai di bangkitkan di waktu ini oleh TS Annuar Musa, lalu mereka menyerang nya, ia juga ada lah waktu yang tidak sesuai menyerang sama sendiri cara berlebihan di waktu ini.

Sehingga itu, biarlah isu ini di anggap sebagai saranan peribadi dari Tan Sri Annuar Musa yang masih belum pun diketengah kan usul nya.

No comments:

Post a Comment