Monday, 3 April 2017

DAP Dominasi Kerusi Dalam Pakatan , Tapi Tidak Mahu Jadi Ketua Pembangkang Kerana Ada Muslihat


Amat pelik politik permainan pembangkang terutama nya DAP.

Sebagai parti yang mendominasi pembangkang dan menjadi "backbone" Pakatan Harapan DAP nampak nya enggan mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang.

Apakah sebenar nya muslihat DAP?

Mari kita lihat secara kasar jumlah kerusi parti parti dalam komponen Pakatan Harapan pada pilihanraya ke 13.

DAP -   Parlimen - 37 ADUN 96
PKR -   Parlimen - 28 ADUN 51
PAN -   Parlimen - 6   ADUN 7
PPBM - Parlimen - 1  ADUN 2

Dari penjumlahan di atas maka terlalu terserlah bahawa DAP lah paling dominan dan paling berhak untuk mengemudi Pakatan Harapan.

Persoalan nya, kenapa DAP enggan mengambil alih sebagai Ketua Pembangkag tetapi sebalik nya menonjol kan individu lain.

Buat masa ini , DAP mempamerkan kepada rakyat seolah olah Tun Mahathir pula yang menguasai Pakatan Harapan.

Apakah muslihat DAP?

Ketika Tun Mahathir membuat kenyataan bahawa Pakatan Harapan belum menamakan sesiapa sebagai calon Perdana Menteri, DAP pula dengan segera menamakan Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri pilihan mereka.

Pengumuman ini di buat oleh Anthony Loke. Ia seolah olah mahu segera membatalkan kenyataan Tun Mahathir dan seolah olah menunjuk kan bukan Tun Mahathit yang berkuasa dan berhak menamakan nama Perdana Menteri.

Ini lah yang mengelirukan rakyat. Di satu waktu DAP menunjuk kan mereka tidak dominan tetapi apabila perlu , mereka sangkal apa yang dicadangkan oleh Tun Mahathir.

Mungkin DAP sedar agenda Tun Mahathir, ia cara untuk kekang Tun Mahathir dari bertindak berlebhian maka sebaik sahaja Tun Mahathir istihar tiada nama calon Perdana Menteri , DAP membidas nya.

Di ketahui Tun Mahathir memberi alasan bahawa nama kan calon Perdana Menteri Pakatan rakyat tidak di istiharkan lagi kerana mahu mengelak kan pergeseran di kalangan parti Komponen.

Apa yang Tun Mahathir sarankan ada lah prioriti Pakatan Harapan ada lah tumbangkan DS Najib terlebih dahulu.

Sebenar nya kedua pihak ia itu DAP dan Mahathir secara sulit sedar dan terhidu agenda tersirat masing masing.

DAP mengesyaki Tun Mahathir sendiri sudah ada nama calon Perdana Menteri ia itu anak nya Mukhriz dan diri nya sendiri sebagai opsyen.

itu lah sebab nya Tun Mahathir mengambil posisi di Langkawi.

Maka atas sebab itu juga lah DAP segera menamakan Wan Azizah sebagai calon mereka.

DAP juga sudah sedia dengan tipu helah Tun Mahathir maka mereka buat persedian pre-empt menama kan Wan Azizah.

Di pihak Mahathir pula , apa yang tidak didapati nya melalui BN dan UMNO dia cuba dapati dari Pakatan Harapan.

Kesinambungan legasi nya mesti di teruskan dari sebelah sini pula setelah gagal mendapati dari sebelah sana.

Maka apa kah perkataan yang sesuai yang boleh di guna untuk hubungan kahwin mutaah antara DAP dan Tun Mahathir ini? Tidak lain hanya sebagai memperkudakan satu sama lain sahaja. Itu paling sesuai.

DAP hanya tahu menggunakan Tun Mahathir untuk memancing undi orang Melayu, walau pun Tun Mahathir tidak lagi popular namun 5% undi orang Melayu dari nya sudah memadai kepada DAP.

Ini kerana DAP percaya PAN boleh meraih baki lagi 10% undi orang Melayu.

DAP bermasalah untuk memastikan undi orang Melayu sahaja , kerana percaya mereka sudah ada dalam gengaman undi orang Cina sebanyak 90%.

Itu juga lah sebab nya DAP menamakan Wan Azizah sebagai calon PM nya kerana mahu orang Melayu akan bersama nya.

Menamakan kan orang Cina akan membuat orang Melayu takut untuk undi DAP , tambah lagi saranan TS Muhyiddin Yassin baru baru ini Pakatan Harapan mesti di lihat di kuasai oleh Melayu sudah pun di batal kan sendiri oleh TS Muhyiddin dengan kenyataan terkini nya.

Bagaimana pula kedudukan Tun Mahathir di sisi DAP dan vice versa?

Jawapan nya mudah sahaja , masing masing memiliki rencana saat akhir apabila tiba waktu.

DAP tidak pernah satu saat pun mempercayai Tun Mahathir, dan begitu juga dengan Tun Mahathir, kedua pihak hanya mahu menggunakan satu sama lain sahaja.

DAP akan terus menggunakan  tema "melayu screw melayu nya" dan Tun Mahathir akan bermain sama dengan tema itu sehingga waktu terbaik untuk dia mengambil kesempatan terhadap DAP.

Siapa akan makan siapa selepas keputusan PRU14, kita hanya perlu beli "pop corn" sambil menyaksikan nya.

Apabila kedua pemimpin seperti Tun Mahathir dan Kit Siang memiliki agenda peribadi dan legasi, maka lakonan dan tipu muslihat akan ambil "centre stage".

Hanya si jahil sahaja akan buta pada semua  hal ini.





No comments:

Post a Comment