Tuesday, 11 April 2017

Dari 5 Kategori Menjadi 3 - Menyelaraskan Kategori Teksi Hasil Ikhtiar SPAD


Nampak nya tidak lama lagi para pemandu teksi tradisi akan mendapat peluang sama rata dalam mencari nafkah untuk bersaing bersama pemandu teksi e-hailing seperti UBER dan Grab.
Ini terhasil dari usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang sekian lama mengkaji dan membuat penganalisaan berkenaan perkhidmatan teksi.
Jika sebelum ini teksi teksi terbagi kepada 5 klass ia itu teksi bajet, teksi airport , teksi eksekutif , teksi premier dan teksi 1Malaysia , kini semua kategori teksi ini di klass kan semula kepada 3 jenis sahaja.
SPAD dalam kenyataan nya memberi sebab tindakan ini ada lah untuk migrasi kesemua 5 kategori kepada hanya 3 dengan hanya jenamaan sebagai teksi sahaja, kereta sewa dan limo sebaik sahaja  teksi itu telah mencapai tempoh had 10 tahun.
“Mereka mereka ini (teksi) kemudian nya boleh membuat pilihan sama ada mahu menjadi teksi bermeter , kereta sewa atau jika kenderaan kereta itu bersesuai boleh lah menjadi limosin” kata jurucakap SPAD.
Surat pekeliling SPAD bertarikh 31 Mac dimana SPAD telah memaklumkan pembatalan lesen teksi sedia ada untuk di gantikan dengan kategori yang lebih ringkas.
Sebelum ini terdapat 5 kategori dan jenis teksi dan ini agak merumitkan keadaan dan juga terkadang nya membuat kekeliruan.
Antara yang diberi maklum ada lah jika teksi teksi yang sudah melebihi 10 tahun ia perlu di tukar kepada teksi yang lebih bersih dan berkeadaan baik.
Namun , jika teksi itu baru berusia bawah 3 tahun ia masih boleh di kekal kan dalam klass nya sekarang.
SPAD amat memahami ia memerlukan perbelanjaan untuk memperbaiki kenderaan teksi ini, kata SPAD.
Mengklasifikasi kan semula kategori teksi mini ada lah seahagian dari Program Transformasi Industri Teksi (TITP).
Program ini juga memperkukuhkan agenda besar Transformasi Pengangkutan Awam anjuran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dengan urusan seperti ini , SPAD berharap para pemandu teksi tradisi tidak lagi merasa diri mereka tersisih dalam persaingan mencari pendapatan bersama sama pemandu kereta e-hailing.
Banyak juga yang telah SPAD laksana kan , untuk meningkat kan mutu perkhidmatan teksi.
Baru baru ini, SPAD telah memberi lesen teksi individu kepada 300 orang pemandu teksi dan Pengerusi SPAD , Tan Sri Syed Hamid juga ada menyatakan pemandu teksi yang bebas dari pajakan itu juga boleh mencebur diri menggunkan kan teksi mereka untuk perkhidmatan e-hailing.
Begitu lah antara hasil usaha SPAD untuk menjayakan hasrat Perdana Menteri untuk memberi perkhidmatan pengangkutan awam yang baik , bukan sahaja kepada orang ramai, bahkan mereka yang membawa teksi juga akan dijaga kebajikan mereka.
Kepada mereka yang berminat untuk mendapat lesen individu teksi dan juga geran tunai kerajaan sebanyak RM5,000 boleh lah memohon dan melihat syarat syarat di laman FB SPAD .








No comments:

Post a Comment