Friday, 21 April 2017

Dr Dzulkefly Ahmad Petik Sumber Dari Langit Kah? Bidas Perdana Menteri Guna Nama SPAD



Kami di blog ini cuba juga cari punca dan sumber kajian yang dikatakan oleh Dr Dzulkefly Ahmad  berkenaan survey yang dikatakan meenyalahi kenyataan Datuk Seri Najib dan WEF sekaligus.
Pada laporan WEF , mereka telah meletak kan Malaysia sebagai negara yang ke11 terbaik antara 138 negara di dunia dari segi Global Indeks kompetitif 2016-2017 yang dikeluarkan pada bulan September tahun 2016.

Kedudukan indeks ini ada lah berkaitan infrastruktur pengangkutan awam. Malaysia dilaporkan telah mencatatkan mata keseluruhan sebanyak 5.7 dalam indeks infrastruktur pengangkutan. Boleh lah dikira sebagai amat baik kedudukan ini.

Namun , Dr Dzulkefly pula dalam tulisan nya telah menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib , telah “syok” sendiri dengan laporan ini dengan memberi fakta yang di petik entah dari mana konon nya sumber dan data yang datang dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi fakta bahawa konon konon nya 48% dari pengguna pengangkutan awam tidak berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan awam pada masa hadapan.

Menarik juga kenyataan Dr Dzulkefly jika ia nya benar, namun ia hanya sumber yang di petik dari langit agak nya, kerana tiada kedapatan fakta dan sumber yang disebut nya datang dari SPAD.

Jelas sekali, kenyataan Dr Dzul ini berniat mahu mencari publisiti dan bersifat nakal guna untuk mempromosikan diri yang boleh dikata kan nama nya sudah tenggelam.

Umum harus tahu, jika apa apa yang boleh mendatangkan populariti , ia nya mesti dikaitkan nama Perdana Menteri.

Sama seperti Rafizi Ramli menyerang PAS dengan menyebut “1MDB”. Dalam dakwaan RR bahawa pemimpin PAS menerima dana dari Najib ada lah wang 1MDB.

Jadi dengan menyebut 1MDB impak nya nampak serius sedikit,

Bagi kes kenyataan Dr Dzulkefly, selain mahu menempelak Perdana Menteri dalam proses yang sama nama SPAD juga turut di seret sama .

Jadi maksud nya SPAD yang ujud dan lahir dari ilham Perdana Menteri kini seolah olah menjadi pembidas kenyataan Perdana Menteri dengan fakta yang entah dari mana datang nya seperti di sebut oleh Dr Dzulkefly.

Maka paling sesuai dan layak dibuat oleh Dr Dzulkefly ada lah memberi tahu sumber berapa haribulan kah yang di petik nya sebagai membidas Perdana Menteri sebagai “syok” sendiri.

Selain dari itu pada kenyataan yang sama Dr Dzulkefly  juga telah meminta Laporan Tahunan KTMB  bagi 3 tahun yang lalu dan bertanya ke mana perginya RM11.69 bilion wang rakyat telah dibelanjakan?

Ini juga satu soalan yang tidak masuk akal. Dari mana pula Dr Dzulkefly memetik jumlah RM11.69 billion ini?
Main sedap petik sahaja jumlah nya , dengan bunyi berbillion tentu sekali rakyat yang hati nya kuat benci dan malas membaca serta malas mencari sumber akan terus mempercayai dengan hanya bergantung pada soalan sahaja.

Ia seperti mantan Perdana Menteri Tun Mahathir menyebut kehilangan wang 1MDB yang bertukar jumlah mengikut cuaca , dari RM42 billion kepada RM27 billion. Tidak henti di situ di tukar kepada hutang dan kemudian menjadi “lesap” pula.

Dakawaan yang mana satui “valid” di mahkamah kita pun tidak pasti.

Akhir sekali , kita harus faham, PRU14 semakin hampir, semua yang takut tidak dipilih lagi akan cuba menonjolkan diri untuk tatapan rakyat mereka masih releven dan buat kerja,

Namun jangan lah orang seperti Dr Dzulkefly yang menjadi mantan wakil Ahli Parlimen PAN Kuala Selangor  mahu naik ke atas pihak lain pula yang di pijak.

Dalam kes ini Perdana Menteri dan SPAD pula menjadi mangsa.

Jika betul kenyataan menafikan Perdana Menteri , sila sebutkan sumber nya dan pamirkan sahaja untuk tatapan rakyat, itu lebih mulia dan telus.



No comments:

Post a Comment