Wednesday, 5 April 2017

Malaysia Intai Kepakaran Industri Rel India


 Walaupun Malaysia menjadi terkenal kerana perjanjian keretapi laju nya dengan negara China , serta pembangunan landasan keretapi nya yang bakal di bina seperti ECRL ke pantai Timur , serta projek HSR yang mengakibatkan minat banyak negara untuk sertai , namun dalam waktu yang sama Malaysia juga mengambil peluang meneroka kepakaran pembanguan rel negara India.

Negara India boleh di kata kan memiliki satu entiti terbesar di dunia dalam hal pengangkutan awam nya ia itu Industri keretapi.

Beratus ratus juta penumpang telah menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat keretapi India maka atas sebab ini peluang mengetahui cara mana urusan dan pengedalian keretapi di negara India itu yang perlu  di pelajari oleh Malaysia.

Selain itu keretapi India juga menguruskan berjuta juta tan barangan dan frieght melalui rel nya.

Maka tentu sekali ada yang boleh di pelajari oleh Malaysia dari industri keretapi India.


Pemergian rombongan Datuk Seri Najib ke India telah menghasilkan 31 perjanjian perniagaan dan kerjasama.

Turut sama dalam rombongan bersama Datuk Seri Najib ke India ada lah  Menteri Pengangkutan ia itu Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Berkenaan hal rel dan keretapi , Datuk Seri Liow menyatakan Malaysia ingin mengetahui berkenaan
hal track berkembar eletrik yang ada di India.

Ini bagi meningkatkan konektiviti antara satu pelabuhan dengan pelabuhan melalui pengangkutan rel.

"Dengan  jalanraya negara kita yang sudah semakin bertambah baik , maka pengangkutan melalui laluan keretapi ada lah fokas induk kepada polisi pengangkutan kita dan kita mahu lihat apa yang boleh di cadang kan oleh India " ujar Datuk Liow.

Dalam lawatan ke India kali ini , satu perjanjian infrastruktur telah di tandatangani antara syarikat CIDB Holdings Sdn Bhd dari Malaysia dan Ircon International Limited dari India.

Perjanjian antara syarikat ini membabitkan sejumlah RM158 billion.

Ircon International Limited ada lah sebuah syarikat engineering yang terkenal di India.

Peluang untuk India memperolehi kerja pembangunan 83 km rel dari Klang - Seremban amat cerah , kata Liow.

Projek ini boleh menyelesaikan masalah "freight" yang sentiasa tersekat di kawasan yang di panggil "bottle neck" ia itu di kawasan Sentral KL .
Dalam lawatan berprofil tinggi ini banyak peluang berkaitan pembangunan infrasturktur juga turut di metrai, antara nya pembinaan pelabuhan yang besar yang ketiga di Pelabuhan Klang di Pulau Carey.



Malaysia , nampak nya tidak duduk diam didalam pembangunan transportasi nya.

Selain mahu meningkat kan trafik manusia ke sana ke mari , Malaysia juga di dalam waktu sama mahu meningkatkan mutu pengangkutan barangan dan keperluan rakyat nya.

Maka tidak syak lagi , kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib memandang ke masa hadapan di mana peningkatan jumlah penduduk dan sekali gus peningkatan keperluan rakyat dapat di sampai kan dengan ada nya rel dan laluan  pengangkutan barangan yang sudah di tambahbaikkan.



No comments:

Post a Comment