Wednesday, 19 April 2017

MCA Kawan Yang Setia , Akan Tetap Bersama Barisan Nasional



Tiap kali MCA menyuarakan bangkangan kepada isu isu berbangkit di dalam negara mahu pun isu isu yang berkait dengan komponen , ramai juga yang mendakwa MCA sudah mahu menjadi seperti parti kauvinis DAP.


Ini sebenar nya ada lah andaian yang amat salah. 

Dari dahulu hingga kini , politik amalan MCA ada lah bersikap moderate yakni kesederhanaan.


Terkadang , ada juga pihak dari dalam komponen Barisan Nasional atau pun mereka mereka yang datang dari parti dalam komponen BN sendiri yang membuat tanggapan salah berkenaan MCA.


Misal nya pada pembentangan RUU355, ketika MCA bersuara melalui Presiden nya Datuk Seri Liow Tiong Lai , banyak pihak telah menjadi hakim dan penghukum sekali gus apabila melihat MCA seolah olah menjadi penentang Islam nombor satu.


Lebih teruk lagi ada yang melabelkan MCA sebagai tidak berpendirian yang senada  seperti UMNO.


Namun akhir nya semua andaian itu salah belaka, kerana bukan pendirian MCA , malah pendirian seluruh komponen dalam BN senada didalam pendirian berkenaan RUU Private Bill yang hendak dibentang kan oleh Haji Hadi.


BN melalui Kepimpinan tertinggi telah mengambil jalan terbaik apabila membiarkan Hj Hadi membentang sendiri kertas cadangan nya.


BN telah bersatu dalam pendirian terhadap RUU355.


Apa yang menarik nya dalam isu ini, pendirian MCA tidak akan sama dengan yang di ambil nya jika yang membentang itu datang dari UMNO.


Apa pun penyokong kerajaan harus menanam sikap memahami bahawa MCA berebut audien yang sama dengan DAP, dan mungkin juga PKR.


Maka atas sebab ini MCA terpaksa juga menunjuk kan kepada masyarskat "sasaran" mereka bahawa MCA bukan parti yang membabi buta mengikut telunjuk UMNO.


MCA amat percaya kepada pendirian konsensus dan bermuafakat bersama sama parti lain di dalam Barisan Nasional.


Pada bulan Mac lalu sebagai Presiden MCA, Datuk Seri Liow telah memberi kenyataan bahawa MCA akan tetap berpendirian bersama sama dengan Barisan Nasional dan tidak akan mengubah pendirian nya waima apa pun terjadi.


Liow menambah kata MCA tidak akan meninggalkan sahabat nya dari BN dan tetap percaya kepada pendirian berkongsi kuasa dan membuat sebarang keputusan secara konsensus yang sedang di amalkan dalam Barisan Nasional.


Sebagai salah sebuah parti terawal bersama BN dan juga 13 lagi parti komponen di dalam nya, MCA akan teguh pertahankan Perlembagaan Negara.


MCA tegas Liow akan memainkan peranan nya didalam BN dan tidak akan menarik diri dari menyokong BN , kata Liow.


Dalam BN , walaupun UMNO menerajui nya , namun dalam banyak hal semua parti komponen ada lah sama taraf nya.


"MCA tidak akan dijadikan kambing hitam atas kesilapan pihak lain sekaligus di hukum kerana nya" kata Liow.


"Cadangan supaya MCA keluar dari BN ada lah satu perilaku luar moral dan juga silap dari segi strategi" kata Liow .


Selama 60 tahun lebih sejak dari penubuhan MCA pada tahun 1946 MCA telah berkorban dan juga memgang amanah sebagai pembela konsep kerajaan sedia ada.


Dalam ucapan yang sama ini Datuk Seri Liow memberitahu masyarakat Cina bahawa MCA tidak pernah gagal memperjuangkan hak politik dan kepentingan  masyarakat Cina.


MCA juga diingatkan harus sentiasa bersatu dan kesatuan itu satu kekuatan dan kekuatan itu ada lah kuasa dalam politik.


Jika di amati hasil kerja MCA lebih menonjol dari musuh nya DAP yang hidup dengan fitnah dan isu yang mereka cipta.


Ia alihan dari kegagalan DAP membantu kaum Cina , malah hasil kerja MCA lebih menonjol dari DAP di negeri yang DAP perintah pun.


Antara tropi kejayaan MCA ada lah dalam perjuangan untuk persekolahan dan pembelajaran sekolah Cina.


Ia jelas datang dari hasil kerja MCA.


Di satu ketika pada Satu pilihanraya dahulu apabila orang Melayu menyisihkan UMNO kerana isu Anwar Ibrahim , MCA pula telah membawa banyak kerusi untul BN, dan pada satu PRU dimana MCA telah hilang banyak kerusi , mereka enggan menerima jawatan dalam kerajaan.

Ini kerana MCA ada prinsip.


Itu lah MCA , kawan ketika perlu dan juga kawan lama yang setia pada kawan nya UMNO.


MCA amat sesuai untuk di gelar kawan yang setia, tidak sepert pihak lain yang sanggup bersekongkol dengan musuh setelah menikmati kuasa dan kekayaan  dan meninggal kan parti dan komponen hanya sebab perjuangan peribadi tidak dapat di penuhi.





No comments:

Post a Comment