Wednesday, 26 April 2017

MCA Terus Dengan Kerja Membantu Pelajar Dan Masyarakat




Dalam masyarakat Cina , dua perkara yang menjadi tunjak dan keutamaan mereka ada lah Pelajaran dan Perniagaan.


Mana mana parti politik yang di sokongan oleh masyarakat Cina mesti mengutama kan 2 perkara induk ini.


Tanpa ragu lagi antara parti MCA dan DAP nyata sekali MCA mendahului DAP dalam membantu masyarakat Cina.


Kenyataan ini bukan cakap retorik atau pun persepsi sahaja , bahkan MCA ada rekod kerja nya berkenaan hal ini.


Pada artikel yang lalu kita sudah memberitahu bahawa MCA lah sebenar nya jaguh kepada masyarakat Cina dan orang Cina seharus nya melihat MCA sebagai tempat mereka bergantung.


Amat tidak adil apabila orang Cina mendapati kesusahan mereka mencari MCA , tetapi apabila menggundi mereka memilih DAP.


Ini terjadi bukan kerana MCA gagal didalam misi nya bersama masyarakat Cina , namun mereka di perdayakan oleh DAP dengan retorik dan tipu helah bermain sentimen dan perasaan kaum Cina.


MCA boleh dikata kan menjadi mangsa kepada keadaan permainan politik kotor.


Jika pada artikel yang lalu , (di sini :-)

Kami telah memberitahu betapa survival orang Cina lebih baik dengan MCA dari parti DAP kerana MCA ada rekod dan KPI hasil kerja terutama berkenaan sekolah Cina dan kemajuan nya, kali kami pamerkan lagi testimoni kepada kerja kerja kebaikan MCA terhadap pelajar yang mendapat faedah dari hasil titik peluh MCA.




MCA dikhabarkan melalui Yayasan Chang Mien Thein telah sekian lama memberi bantuan pinjaman tanpa faedah kepada pelajar pelajar yang memerlukan untuk menyambung pelajaran sama ada di dalam negara atau pun di luar.


Baru baru ini MCA telah menberi sejumlah RM481,000 kepada 28 pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran mereka.


26 dari pelajar ini adalah mereka yang bakal mengambil degree dan 2 lagi ada lah pelajar Post graduate.


Ini bukti MCA sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan dikalangan pelajar.


Dari 28 pelajar yang di bantu 17 akan melanjutkan pelajaran di Universiti tempatan dan baki nya akan ke luar negara.


Sambil menghulurkan bantuan biasiswa , Timbalan Presiden MCA , Datuk Wee turut menyeru agar lebih ramai lagi pelajar tampil kehadapan untuk mendapat kan biasiswa bantuan ini.


Untuk pengetahuan Datuk Wee menyatakan Yayasan Chang Ming Thein tidak mengira kaum atau bangsa kerana ia mengutama kan amal kebajikan kepada mereka yang memerlukan.


Untuk maklumat Yayasan ini telah di tubuhkan pada tahun 2004.


Sehingga hari ini yayasan ini telah meluluskan 2044 permohonan yang berjumlah RM 31.72 juta.


Seramai 1,463 pelajar telah tamat pengajian mereka melalui bantuan yayasan ini.


Seperti juga PTPN , bayaran yang dilangsaikan dapat membantu pelajar yang lain pula.


Ini antara hasil keja MCA yang harus di beri perhatian oleh kaum Cina dan juga pihak berkepentingan.


MCA ada track rekod kerja dan statistik mengenai nya, MCA bukan bermain dengan senmtimen dan retorik kosong untuk meraih undi.


Memang sah dan nyata MCA lah jaguh yang membantu pihak yang memerlukan tidak kira dari bangsa apa pun dan juga agama .


Pada laporan di artikel kami sebelum ini , semua pun boleh melihat betapa sekolah cina mendapat banyak bantuan hasil kerja MCA.


Rakyat terutama nya kaum Cina seharus melihat hasil kerja sesuatu parti dan bukan kepada parti yang berjaya memainkan isu sensasi.


Kerana akhir nya parti mana yang menang pun  kebajikan rakyat juga yang harus diambil tahu, bukan nya hari hari datang dengan isu dan firnah seperti DAP.


 

No comments:

Post a Comment