Monday, 10 April 2017

Pemilihan CEC : Ahli Sendiri Pun DAP Tipu , Apa Lagi Rakyat Malaysia



Apa jaminan ketelusan dan kejujuran yang DAP boleh tawarkan kepada rakyat Malaysia jika mereka berkuasa di Putrajaya jika pemilihan dalaman parti sendiri pun DAP boleh menipu.

Yang menarik nya DAP bukan sahaja menipu rakyat dan pemegang saham parti mereka ia itu pengundi mereka , bahkan ahli sendiri pun mereka tipu.

Ketika pemilihan anggota CEC yang bakal menentukan kepimpinan  tertinggi DAP di lansungkan pada tahun 2012 , mereka telah mengubah keputusan pemilihan untuk memberi kemenangan kepada individu tertentu.

Paling menarik ada lah selepas pemilihan dilansung kan dan keputusan telah di capai, DAP melihat ketiadaan seorang pun ahli Melayu mereka di pilih menjadi anggota CEC.

Akibat dari ini pemimpin tertinggi DAP merasa “panik” dan gelabah kerana ketika itu DAP cuba memancing orang Melayu untuk menyertai DAP , tambah lagi DAP sudah sedia membeli beberapa individu untuk menyertai nya.

Maka apabila DAP melihat keadaan ini mencerminkan betapa DAP ada lah parti perkauman Cina maka sesuatu harus di lakukan, dan terhasil dari itu tiba tiba seorang yang memiliki nama Melayu tetapi berketurunan ibu bapa Cina telah di pilih pula kepada sidang CEC.

Zairil Khir Johari seorang Cina yang bernama melayu telah di potray kan sebagai calon Melayu.

2 kali DAP menipu, pertama pemilihan itu sendiri dan kedua orang bukan melayu digambarkan sebagai orang Melayu telah di pilih.

Untuk pengetahuan umum, pemilihan kepada anggota CEC sekarang ini sebenar nya masih belum di sah kan oleh Registrar of Societies (ROS) , bermakna secara teknikal DAP ,masih dalam kedudukan haram.

Pada awal nya DAP telah menyalahkan sistem komputer sebagai penyebab salah kiraan , namun kemudian telah mengubah kenyataan dan telah mengujudkan senarai terpilih yang telah di ubah dari yang asal.

Jika pemilihan parti yang tidak melebihi 3,000 orang pun DAP tidak pandai mengira dan cuba manipulasikan nya apakah harapan rakyat Malaysia terhadap kejujuran DAP jika mereka menguasai Putrajaya melalui parti proksi dan pemimpin dibawah kawalan mereka?

Ketika DAP cuba melakukan pemilihan pembetulan yakni pemilihan semula, telah terdapat lagi kesilapan dan penipuan.

Pada pemilihan (re-election)  untuk pembetulan ini telah terdapat beberapa karaguan pada jumlah pengundi pula.

Kali ini telah terdapat sejumlah 120 bahagian tambahan pula walaupun jumlah kehadhiran hampir sama dengan jemputan pada pemilihan sebelum ini.

Dikhabarkan pada pemilihan awal pun calon bernama Tan Seng Giaw  telah mendapat banyak undi melebihi Lim Kit Siang yang duduk 10 tangga dibawah Tan, namun nama Tan tersisih dari keputusan.

Ini lah DAP, kekuatan mereka ada lah guaman, malah Majlis Peguam juga di kata kan peminat DAP dan di bawah kuasa DAP.

DAP telah mencabar ROS kerana tidak puas hati kerana masih belum meluluskan pemilihan yang telah di buat terhadap anggota CEC.

Jika DAP sudah begini, kita akan faham , kerana sememang nya DAP tidak cakap serupa bikin.

KM Pulau Pinang Lim Guan Eng pun masih tidak letak jawatan kerana tersabit rasuah di mahkamah pada hujung bulan ini sedang wakil DAP melaung laung menyuruh sesiapa sahaja waima yang baru di gossipkan dan di fitnah tanpa bukti untuk meletak jawatan.

DAP amal dwi standard , satu untuk orang lain , satu untuk diri nya, tetapi itu bukan masalah besar , masalah lebih besar ada lah ramai orang yang masih lagi memuja dan menyanjung DAP , mereka ini lah sebenar nya penyakit.

Apa yang penting untuk dilihat oleh rakyat ada lah kelakuan DAP di kala kuasa mereka masih terhad pada negeri pun mereka sudah melampaui batas , bayang kan lah apa mereka mampu lakukan jika Polis, SPRM dan agensi kerajaan sudah di bawah kuasa mereka.

Ketika itu tidak berguna untuk menyesal, kerana sudah terlambat.

No comments:

Post a Comment