Thursday, 6 April 2017

Permit Teksi Individu - 2 Cara Pemandu Teksi Boleh Cari Duit - Syed Hamid

Baru baru ini kami melaporkan bahawa 300 orang pemandu teksi sudah di bebas kan dari belenggu bekerja untuk pihak lain atau majikan yang menyewa teksi bagi pihak mereka.



Dengan menyewa teksi atau bekerja dengan syarikat teksi itu , pemandu pemandu teksi ini akan tertekan untuk mencari pendapatan kerana hasil awalan yang di kutip ada lah untuk pihak lain dahulu, dan setelah mendapat lebihan itu baru lah pendapatan pada hari itu milik mereka.

Ini seolah olah mereka bekerja untuk pihak lain.

Namun atas niat baik pihak kerajaan yang sering ingin membantu maka kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah meletak kan pengangkutan awam sebagai salah satu dari perkara yang mesti di bawa penambahbaikan  di bawah Transformasi Pengangkutan Awam.




Hatta , Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang komited dengan hasrat kerajaan telah mengujudkan pelbagai initiatif  untuk industri teksi.

Bahkan SPAD bukan sahaja komited dalam urusan penambah baikan perkhidmatan  teksi, bas bas serta pengangkutan awam darat lain juga turut di upgrade kan perkhidmatan nya.

Berkenaan hal teksi ini , SPAD di bawah program Taxi Industry Transformation Programe (TITP) telah membuat pelbagai bagai cadangan serta saranan untuk membantu industri serta pemandu teksi.



Berkenaan hal TITP boleh di baca di sini :-
Berkenaan teksi pula langkah awal memberi Surat Awal Kelulusan pada 31 Mac lepas kepada hampir 300 pemandu teksi ada lah besar impak nya kepada individu penerima.

Ini ada lah peringkat pertama dan banyak lagi akan menyusul untuk di berikan.

Apa yang menarik kepada penerima lesen dan permit individu ini ada lah cabang mencari wang untuk mereka akan bertambah luas.

Selain dari mencari wang dari perkhidmatan teksi secara biasa ia itu caj melalui meter , mereka mereka ini juga boleh menjadi pemandu e-hailing  seperti Grab dan UBER.

Maka mereka boleh berfungsi sebagai pemandu teksi di tempah dan kemudian kembali kepada pemanduan teksi cara biasa ia itu mengguna kan meter.

“Cara ini adil kepada pemandu teksi” Kata Pengerusi SPAD , Tan Sri Syed  Hamd Albar.

“Dunia sudah berubah, keadaan pun berubah , kami mahu pastikan ada persaingan sehat dan juga keadaan kebajikan pemandu teksi terjaga” Kata TSSH.

“Terpulang lah kepada Grab dan Uber sama ada mahu menerima mereka sebagai berkhidmat untuk mereka” tambah Tan Sri.

Untuk maklumat, sehingga akhir tahun lalu (2016) seramai 3007 pemandu teksi telah memohon  untuk mendapatkan permit individu.


Untuk jumlah pemohon ini TS Syed Hamid mahu lebih ramai dari mereka memohon , memandang kan ada lebih kurang 46,000 pemandu teksi di lembah Klang sahaja.

Pada pemohon ini, ada juga syarat nya yang perlu di ketahui.

Antara nya mereka sekurang kurang ada 3 tahun pengalaman membawa teksi , ada lesen PSV dan kad pemandu pengesahan dari SPAD.

Jika kad atau lesen sudah expire , ia nya tidak harus melebihi 3 tahun.

Bagi mereka yang berjaya pada permohonan ini , tawaran menarik menunggu mereka , antara nya ada lah tunai sebanyak RM 5,000 dari kerajaan untuk membeli teksi sendiri.

Mereka mereka yang berminat boleh layari laman sesawang SPAD di sini :-


  • Headquarters
  • Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),
  • Block D, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2,
  • Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
  • icon phone
  • 1 800 88 SPAD(7723)

No comments:

Post a Comment