Wednesday, 26 April 2017

Permit Teksi Individu Dari SPAD Boleh Hapuskan Gelaran Malaysia Miliki Teksi Paling Teruk Di Dunia.




Satu ketika dahulu beberapa tahun lalu , Malaysia pernah tercatat dalam senarai pelancongan dan juga dalam buku “travellers” sebagai memiliki pemandu teksi terburuk dalam dunia.


Gelaran ini dicapai oleh Malaysia kerana pelbagai sebab yang diamalkan oleh pemandu teksi Malaysia sendiri.


Antara yang di senaraikan sebab sebab nya , ada lah harga tambang yang tidak manasabah, pemandu enggan mengguna meter, pemandu banyak bertanya kepada pelanggan tetapi kemudian tidak mengambil nya, pemandu berbau busuk , dan menuju ke destinasi mengikut laluan yang lebih jauh.




Gelaran miliki pemandu paling teruk di dunia  ini mengakibatkan para “seasoned travellers” telah memesan sesama mereka agar berhati hati jika mahu menaiki teksi di Malaysia.


Pemandu teksi pula ramai yang “ignorant” dan tidak tahu bahawa para pelancong sebenar nya sudah cukup maklumat berkenaan negara negara atau tempat yang mereka ingin atau akan pergi.


Mereka akan melayari internet atau membaca bahan berkenaan sesebuah tempat yang mereka ingin tuju.







Hal pemandu teksi kita amat buruk perangai nya memang sudah pun di ketahui oleh pihak berkuasa dan agensi seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)


Penulis ini kerap kali juga mengikuti operasi yang dijalan kan oleh SPAD terhadap pemandu teksi terutama nya di sekitar “Golden Triangle KL”  seperti bukit Bintang , Jalan Sultan ismail dan sdekitar nya dan boleh dikatakan jika 10 teksi di tahan 8 akan di dapati salah dan melanggari peraturan.


SPAD sebenar nya menerima ribuan aduan rakyat , malah ada yang marah seolah olah SPAD tidur dan tidak buat kerja. Di samping itu pula , Pemandu teksi atau Persatuan mereka menganggap SPAD seolah olah cuba menzalimi pemandu dan syarikat mereka.


Jika rakyat juga mengadu dengan banyak apatah lagi pelancong dan mereka yang datang dari luar negara.


Pernah isu tandas menjadi isu kepada “travellers” dari luar negara, mereka pernah berpesan dan menyatakan “they have excellent food, but be ready to enter their toilet”. Erti kata para pelancong dalam buku rumusan mereka menyatakan makanan di Kuala Lumur sedap belaka tetapi berhati hati jika mahu ke tandas. Ia nya jijik gelap dan kotor.


Memang benar ungkapan mereka, kita sendiri boleh lihat betapa peniaga yang makanan nya hebat pelanggan nya ramai tetapi kedekut dan kurang akal nya untuk menyediakan sedikit peruntukan untuk mencantik kan tandas.


Namun keadaan sudah berubah ,kini tandas awam dan restoren sudah jatuh kepada nombor 2 , sebalik nya pemandu teksi sudah ambil alih sebagai masalah pelancong di Malaysia atau Kuala Lumpur.


Pada beberapa minggu lepas , artkel kami berkenaan pemberi lesen individu oleh SPAD kepada 300 pemandu teksi, dan menyatakan cara yang di ambil oleh SPAD ini boleh menghindari pemandu teksi dari beban mencari wang untuk membayar sewa dan maintenen teksi mereka.





Ini ada lah tindakan terhasil dari kajian oleh SPAD.


Dengan membebaskan pemandu teksi dari perhambaan kepada tuan milik teksi (berperingkat peringkat), maka mereka tidak perlu lagi menipu atau memerah darah pengguna dan pelanggan kerana tekanan untuk dapat lebih sudah tidak ada lagi , selain jika pemandu itu sendiri miliki tabiat yang tidak dapat di ubah.


Ini nyata sekali kebaikan terhasil dari tindakan mengujudkan Transformasi Pengangkutan Awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


SPAD sebagai platform kepada amanat ini telah menjalankan pelbagai kajian , tindakan melalui survey dan lab lab nya.


Maka terhasil lah pelbagai idea dan tindakan demi mencapai hasrat transformasi pengangkutan.

Syabas SPAD.

No comments:

Post a Comment