Wednesday, 12 April 2017

RUU355 : Wajah DAP Sebenar - Bukan RUU Tetapi Islam Sasaran DAP



Ketika pembentangan dibuat oleh Haji Hadi Awang terhadap Private Bill nya berkenaan  (Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) untuk memperkasa hukuman syariah di parlimen wajah sebenar DAP dapat di tatap oleh seluruh Umat Islam di negara ini.

Malah kerana menyedari bangkangan akan hal ini menjadi tidak popular kepada orang Melayu dan Islam, Parti Keadilan Rakyat sendiri enggan bersubahat menyokong DAP dalam menghalang dari di bentang oleh Haji Hadi.



Anwar telah memberi kenyataan  media nya yang baru di sebarkan telah menyatakan melalui Biro komunikasi PKR seperti berikut : -



“Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Ahli Parlimen Kota Baru) menerangkan di Parlimen bahawa RUU 355 bukanlah percubaan untuk melaksanakan hudud dan jaminan diberi RUU 355 ini tidak terpakai kepada yang bukan Islam sebab dilakukan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.
“Yang ditekankan adalah pemerkasaan Mahkamah Syariah yang wajar dipersetujui secara prinsipnya oleh semua,”

Maka jika benar dibaca secara terus , ia seolah olah Anwar dan PKR menyokong akan cadangan Hj Hadi.

Sama ada pihak Anwar dan PKR memberi kenyataan atas sebab perkiraan politik dan bukan perkiraan agama  , itu boleh dinilai kemudian.

Apa yang menjadi teras kepada kenyataan Anwar ada lah PKR tiada halangan pada pembentangan itu dan tidak akan menjadi penghalang.

Pada sesi pembentangan di Parlimen tempoh hari, paling menonjol ada lah sikap ahli DAP terutama nya Lim Kit Siang dan kuncu kuncu melayu nya membuat kekecohan yang menampak kan mereka tersangat tergugat kepada isu RUU ini.

Ini berkemungkinan Kit Siang amat takut jika ia nya berjaya dibentangkan lalu ia di kira sebagai kegagalan parti DAP memenuhi kehendak bukan Islam terutama nya orang Cina yang menyokong DAP.

Maka kelihatan begitu bersungguh sungguh Kit Siang mengepalai puak puak yang setia kepada nya.

Pada Kit Siang dan sekutu , dakwaan nya adalah RUU355 ada lah untuk mengujudkan perlaksanaan hukum Hudud belalui “back door” yakni pintu belakang.

Kepada mereka jika RUU ini berjaya di bentangkan , ia akan di susuli oleh perlaksanaan hukum hudud. Sedang kan ini amat tidak benar sama sekali.

Malah bukan sahaja Kit Siang yang jelas tidak faham, tetapi wakil Pakatan Harapan yang beragama Islam juga turut menyokong nya.

Pasti sekali mereka melakukan ini di atas perkiraan politik semata mata kerana ada juga antara mereka yang memenangi undi dari kawasan yang ber majoriti kan orang bukan Islam.

Antara mereka seperti Khalid Samad dan Rafizi Ramli serta beberapa yang lain.

Sebenar nya, halangan dan bantahan yang di timbul kan secara provokasi ketika ia di baca terlihat bahawa ia bukan atas sebab RUU itu semata mata , tetapi atas sebab agenda lebih besar DAP.

Ia tidak lain dan tidak bukan ada lah sikap anti Islam dan pendirian benci apa sahaja yang berbau “Islam”. Singkat nya “Islamophobia”. Apa sahaja yang ada kaitan dengan Islam ia akan di kacau.

Jika RUU yang tiada kaitan dengan orang bukan Islam ini dihalang untuk pembentangan ia sepatut nya tidak menghairankan, kerana  melalui  sejarah DAP, mereka telah melihatkan sentiasa sahaja kacau hal hal berkaitan Islam , misal nya azan, murtad , zakat dan kalimah Allah.

Jadi itu lah sebab nya DAP dan Kit Siang bukan sebenar nya tidak suka kepada RUU355 sahaja tetapi apa apa yang ada “Islam” pada nama nya , pasti DAP akan kacau.

Tindakan PKR melalui Anwar yang beberapa hari lalu menyatakan tiada halangan kepada pembentangan Hj Hadi seperti yang kami quote di atas boleh di lihat sebagai melakukan “damage control”.

Mungkin mereka sedar umat Islam dan orang melayu sedang memerhatikan tingkah laku mereka.

Jadi kerana kuathir akan kehilangan undi orang melayu dan belum pasti mendapat undi orang bukan melayu, itu lah tindakan terbaik yang Anwar dan PKR rasa kan elok untuk di ambil.

Bagi rakyat terutama yang beragama Isalam. Perilaku Kit Siang telah di lihat sebagai ancaman kepada orang Islam , dan PKR tidak mahu terpalit sama ., hatta kenyataan di buat.

Kepada Kit Siang pula , DAP hidup dengan undi total orang bukan melayu terutama nya kaum Cina , maka hati mereka lah yang perlu dijaga.

Berkenaan sedikit undi melayu, wakil wakil Islam yang menyokong DAP akan diharap oleh Kit Siang untuk meraih nya. Terutama Tun Mahathir.

Yang penting didalam episod pembentangan RUU private bill Haji Hadi ada lah terlalu jelas yang dimusuhi DAP dan Kit Siang bukan lah RUU355  tetapi Islam itu sendiri.

No comments:

Post a Comment