Monday, 24 April 2017

Sedar Kesilapan Tidak Sengaja MCA Segera Perbetulkan Dan Pohon Maaf



Keghairahan mahu menyambut Yang Di Pertuan Agong yang baru membuatkan ramai pihak membuat pelbagai cara untuk menzahirkan sambutan itu.


Antara nya termasuk lah parti seperti MCA.

Namun dalam cubaan mempamerkan kasih sayang kepada YDP Agong baru , MCA Bahagian Taiping telah menempah pemidang untuk sambutan itu di permis mereka.


Apa yang terjadi ada lah kemudian dari itu, mereka menyedari akan kesilapan pada ejaan perkataan "Perbatalan" yang sepatut nya di eja sebagai "Pertabalan".


Maka ini tentu nya akan menjadi isu bagi mereka yang sentiasa bermusuh atau ada agenda tidak elok dengan MCA.


Maka sebagai parti yang berprinsip dan sentiasa tahu bertindak matang bahagian itu telah dengan segera memohon maaf secara rasmi.


Berikut ada lah nota permohonan maaf dari MCA bahagian Taiping.:-


Selamat Petang Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan.


 Saya mewakili MCA Bahagian Taiping ingin memohon maaf atas kesilapan kami kerana tidak menyelidik semula banner yang kami terima dari pencetak yang digantung depan pejabat kami. Banner tersebut telah diturunkan dengan serta-merta pagi tadi apabila kami dimaklmumkan tentang kesilapan tersebut. Pembetulan telah juga dibuat dan digantung semula. 


Kami juga ingin merafak sembah memohon ampun KDYMM Tuanku di atas kesilapan ini dan juga ingin meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
Tulus ikhlas daripada 


Cik Ang Sui Eng, Pengerusi MCA Bahagian Taiping.


Permohonan maaf dengan ikhlas ini di sampaikan sebelum ada pihak lain mempersoal kan apa yang boleh di iktiraf sebagai "Typo" pada banner itu.


Dengan permohonan maaf itu pihak MCA Bahagian Taiping berharap tidak akan ada pihak lain mengambil kesempatan terhadap niat murni pihak MCA Taiping dalam menyambut pertabalan Yang di Pertuan Agong yang baru ia itu Sultan Mahmud sebagai Yang DiPertuan Agong yang ke 15.


Ini lah dia rupa bentuk parti yang berprinsip , menyedari kesilapan nya waima tidak sengaja pun segera memohon maaf dan tidak membuat cubaan "spin" atau membuat denial seperti parti DAP.

Tahniah MCA.

No comments:

Post a Comment