Sunday, 23 April 2017

Survival Orang Cina Ada Pada MCA , DAP Hanya Sibuk Survival Dinasti Lim.

.
Amat berbeza sungguh sebuah parti yang bergantung hayat kepada permainan emosi penggundi dengan sebuah parti yang bersandarkan hasil kerja nya.

Ini ternyata jelas beza antara parti MCA dan Parti kauvinis DAP.

Sedang parti DAP sibuk bermain dengan persepsi dan retorik , MCA pula dalam senyap membuat kerja dan memberi sumbang bakti kepada masyarakat Cina dengan memperkasa kan pembelajaran sekolah kebangsaan Cina.

Memang penting hubungan baik antara pemerintah dengan sebuah parti.

Banyak perkara dapat diselesaikan secara rundingan dan negotiasi berbanding dengan jalan provokasi dan perbalahan.

“Approached” yang digunapakai oleh MCA untuk mendapat sesuatu dari kerajaan telah membuahkan hasil nya jika fakta menjadi sandaran.

Dua perkara yang jelas menjadi teras dan intipati kepada “struggle” masyarakat Cina ada lah Pelajaran dan Perniagaan.

Jika kedua ini dapat ditangani dengan baik oleh MCA , maka seharus nya masyarakat Cina tidak perlu lagi bergantung kepada parti yang kosong dan penuh retorik seperti DAP.

Untuk rekod berkenaan perjuangan dalam senyap parti MCA laksana kan untuk kaum Cina boleh di lihat betapa baru baru ini misal nya ada lah sejumlah 84 buah sekolah vernakular Cina telah mendapat dana sebanyak RM5.88 juta dari kerajaan Barisan Nasional dimana MCA ada lah anggota nya.

Jumlah RM5.88 ini adalah sebahagian RM50 juta dari janji yang telah diberikan oleh kerajaan Datuk Seri Najib kepada kaum Cina hasil perbincangan MCA yang di pimpin oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai dan kerajaan.

Dalam skim ini 84 buah sekolah Cina di KL dan Selangor mendapat manfaat.

Untuk makluman peruntukan khas ini bermula sejak tahun 2008 lagi ketika Datuk Najib masih menjadi meneteri kewangan lagi, dimana ketika itu beliau telah memperkenalkan pakej khas dalam perkasaan ekonomi nya.

Untuk rekod ketika ekonomi merudum pun sekolah vernakular Cina masih mendapat peruntukan RM100 juta setiap tahun sehingga tahun 2012, dan selepas itu pada tahun 2013 sebanyak RM50 juta telah di beri setiap tahun.

Sebenar nya kerajaan BN dibawah kepimpinan DS Najib juga ada memperuntukan dana untuk sekolah Tamil dan sekolah berkonsep agama.

Apa yang penting didalam isu ini adalah betapa masyarakat Cina lebih mendapat faedah dari perjuangan MCA dan cara MCA bertindak.

Amat benar MCA mengamalkan konsep “moderate” tidak ekstrim dan tidak berbentuk provokatif.

Selain itu jika MCA boleh mendapati nya dengan cara rundingan dan perbincangan , apa lah guna nya mengambil cara yang agresif dan tiada kesefahaman .

Boleh lah di ringkas kan bahawa masyarakat Cina lebih mendapat faedah dan manfaat dari MCA berbanding dengan DAP yang sangat inklusif dan terhad.

DAP yang selama ini berjaya menakut nakutkan masyarakat Cina dan bermain emosi mereka tentu sekali tewas kepada MCA dari sudut KPI dan pencapaian.

Apa yang perlu diberitahu ada lah orang Cina lebih beruntung dengan MCA dari DAP yang hanya tahu menyebar fitnah dan membangkitkan isu.

Dari segi pencapaian pun DAP gagal di negeri yang mereka berkuasa.

Apa yang perlu MCA lakukan buat masa ini ada lah kerja menjelaskan , masyarakat Cina sebenar nya ada lah masyarakat yang mudah di dekati jika kena pada cara nya.

Mereka sekian lama terpedaya dengan sikap ekstrim DAP dan retorik nya.

Pada PRK Sg Besar jelas sekali mereka hadhir pada ceramah MCA dengan jumlah yang luar biasa.

Ini menunjuk kan mereka sebenar nya “open” dan sedia dengar pada cerita kebenaran dan lojik.

Pada PRK Sg Besar dibawah kepimpinan Datuk Seri Liow mereka melihat betapa sahabat mereka yang ditawan di Indonesia dibawa pulang di hadapan mata mereka hasil kerjasama Liow dan Datuk Ahmad ZaHid Hamidi.

Selain itu di PRK yang sama beberapa anak nelayan Cina yang ibu mereka lari pulang kenegara asal telah mendapat hak layak warga negara hasil kerja MCA, dan itu sebab BN menang dengan besar dan tambah majoriti 9191 mendapat kepercayaan orang Cina di situ.

Maka apa yang perlu dilakukan oleh MCA ada lah agresif didalam kerja pemberitahuan dan engagement dengan ketua klan dan pertubuhan orang Cina serta mereka mereka yang berpengaruh dalam masyarakat itu untuk mendengar pencapaian MCA.

MCA harus letakkan mereka ini semua didalam satu forum dan sidang dan dengarkan kepada mereka hasil kerja MCA dan betapa penting ada wakil kaum Cina di dalam kerajaan Barisan Nasional dimana jika MCA tidak mendapat mandat kerja membuat tuntutan akan lebih sukar dan lebih teruk lagi jika MCA tidak mendapat sokongan orang Cina , MCA akan keberatan memegang jawatan dalam kerajaan.

Fahamkan kepada kaum Cina “survival” mereka ada pada MCA dan bukan pada parti keluarga dinasti Lim ia itu DAP.
 

No comments:

Post a Comment