Tuesday, 23 May 2017

Anwar PM Ke7 (2.0) - Satu Lagi Tipu Daya DAP


(7 ke 8?)
Jika dilihat dari sudut undang undang , amat mustahil Anwar ibrahim boleh di lantik menjadi Perdana Menteri selepas PRU14.

Malah proses untuk ke arah itu juga akan memakan masa lama dan jika di beri pengampunan pun Anwar hanya boleh menjadi Perdana Menteri pada sekitar tahun 2020 ke atas sahaja, itu pun setelah bertanding dan melepasi tempoh dihalang bertanding.

Selain itu amat mustahil pesalah liwat akan mendapat pengampunan kerana ramai lagi pesalah seumpama Anwar ada di dalam penjara.

Malaysia sebagai negara Islam akan menjadi bahan cemuhan jika Anwar di beri pengampunan untuk kes liwat.

Maka , jika amat sukar untuk Anwar menjadi Perdana Menteri ke 7(2.0) apa muslihat DAP menjadi pendorong kempen memperdana menteri kan Anwar?

Bahkan menamakan Anwar Perdana Menteri ke 7 pun sudah salah pada kiraan kerana Pakatan Harapan kata nya akan menjadi kan Wan Azizah Perdana Menteri boneka sebelum Anwar.

Maka jelas sekali Wan Azizah lah Perdana Menteri ke 7 (1.0) dan Anwar Perdana Menteri ke 7(2.0) jika bukan Perdana Menteri ke 8.

Sebenar nya ini semua permainan DAP.

DAP tidak akan menyerah kan kuasa kepada pihak yang mereka susah untuk kawal.

Anwar dan Tun Mahathir ada lah tergolong dari pihak yang DAP sukar kawal, maka mustahil DAP akan menjadikan Anwar Perdana Menteri.

DAP akan mencari jalan untuk kekal kan Wan Azizah kerna WA bakal menjadi Perdana Menteri dalam acuan Nizar Jamaluddin.

Ketika Nizar menjadi MB Perak , DAP menggunakan nya semaksima, sehingga orang Melayu pun tidak dapat apa yang orang DAP dapat ia itu pemilikan tanah selama 999 tahun.

Maka mustahil DAP akan seraha kuasa kepada Anwar.

Selain dari itu , DAP menggunakan talibarut nya dalam PKR , dan di percayai orang nya ada lah Saifudin seperti yang di beritahu oleh seorang penulis terkenal (RPK) untuk menjalankan gimik placard "Anwar PM ke 7".

Bukan sahaja kempen placard ini untuk menyejuk kan hati orang Melayu bahawa DAP sebagai pemegang saham terbesar dalam Pakatan Harapan akan melantik orang Melayu juga , tetapi ia untuk mengekang Tun Mahathir.

Tun Mahathir sahaja yang tidak setuju PH menamakan calon Perdana Menteri dari PH kerana Tun Mahathir ada agenda peribadi nya sendiri.

Maka atas sifat ragu meragui , DAP dengan segera mengunci laluan Tun Mahathir dengan menyeret semua ketu komponen dalam PH untuk menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri jika PH menang ke Putrajaya.

DAP yang terdedah dengan agenda "melayu skrew melayu" nya amat panik apabila Presiden UMNO mendedah kan agenda superman DAP mengguna kan orang Melayu untuk membarua kan orang Melayu.

Maka atas sebab ketakutan orang Melayu akan lari jauh dari DAP dan komponen nya , maka jalan terbaik ada lah menyejuk kan hati mereka dengan menamakan Anwar.

Tetapi percaya lah, DAP akan mencari helah mengekal kan WA sebagai PM untuk melaksana kan  agenda DAP semaksima nya.



WA akan menjadi "barua" untuk kempen mengurang kan kakitangan Melayu dalam kerajaan kerana DAP mendapati di situ lah kedudukan ekonomi hub orang Melayu.

Selain itu DAP melalui kajian nya di Penanag mendapati banyak wang kerajaan di habis kan kepada emonulmen dan bayaran pencen dan bonus kepada orang melayu yang bekerja dengan kerajaan.

Ini lah fungi PM boneka.

Sambil itu jiwa Melayu yang sudah di beli yang sekarang menempek dalam DAP akan bersuara mengiaya kan dan menghalal kan tindakan PM yang di remote control oleh DAp ini.

Ia umpama penguatkuasa melayu merampas kedai dan gerai di Pulau Pinang , yang merampas dan meroboh ada lah Melayu , yang kena pun melayu , di belakang nya exco bukan melayu DAP.

Rakyat akan membenci pemimpin melayu , nama DAP kelihatan suci, itu lah maksud Malay screw Malay.

Amalan ini yang bakal di guna kan kepada WA jika menjadi Perdana Menteri.

Sambil itu sila lah bertanya berapa lama WA akan menjadi oemanas kerusi sehingga Anwar keluar dan di ampun kan?

Jawapan nya tiada.

DAP hanya mahu mengekang Tun Mahathir supaya tidak menggatal mahu kan orang lain menjadi Perdana Menteri.

DAP hanya mahu Tun Mahathir bawa 5 hingga 7 % penggundi Melayu kerana DAP yakin dapat 90% undi Cina. Tun Mahathir layak membuat kerja barua sahaja dan bukan memandai menama kan Perdana Menteri nya.

Itu lah tujuan placard Anwar PM ke 7 , ia untuk memalukan Tun Mahathir selain meyakin kan orang Melayu

Selain itu DAP percaya barua nya PAN dan PKR boleh membawa 40% undi melayu , maka berjaya lah DAP menguasai Putrajaya.

Jadi rakyat terutama nya orang Melayu usah lah percaya kepada DAP.

Kepada ahli sendiri pun mereka menipu dalam pemilihan CEC nya, jadi apa lah sangat kepada rakyat lain.

Menama kan Anwar PM ke 7 hanya lah tipu daya DAP sahaja.

Jangan lah sekali kali termakan tipu daya DAP ini yang suka menggunakan orang melayu untuk tipu orang Melayu.

Lihat lah bagaimana mahu ladan g babi mega pun RUU nya di porpose oleh Melayu.




No comments:

Post a Comment