Thursday, 11 May 2017

Di Kala Parti Sebaya Seluruh Dunia Sudah Tumbang UMNO Sambut Ulangtahun ke 71.


Hari ini 11 Hb Mei 2017 , orang orang UMNO akan berkumpul beramai ramai di stadium Bukit Jalil untuk meraikan ulang tahun ke 71 nya.

Dalam suasana bersatu dan dalam saf menyambut nya ada juga bekas ahli UMNO serta pembangkang dengan suara sumbang mahu memperbodohkan ahli UMNO dengan urusan teknikal.

Konon konon nya UMNO tidak layak sambut hariulang tahun ke 71 kerana mereka mendakwa tarikh UMNO bermula di saat tertubuh nya UMNO Baru yang di tubuhkan semula oleh Tun Mahathir kerana kesilapan dia sendiri.

Namun hakikat nya UMNO yang ini juga , apa yang terjadi itu hanya hal teknikal sahaja.

Jika ini bukan UMNO, tentu sekali tidak perlu pun guna nama UMNO.Kerana ini lah UMNO baru atau lama.

Selain itu lebih buruk lagi ada pula mereka menyatakan soalan terbodoh , apa jasa UMNO dan apa UMNO sudah buat untuk Melayu.

Pasti sekali yang bertanya ini kurang maklumat nya atau pun bukan dari kalangan mereka yang berilmu.

Apa UMNO tidak buat lebih sukar untuk di jawap dari apa UMNO sudah buat.

Pada yang berniat jahat , apa yang baik berkenaan kerajaan atau hasil kerja kerajaan mereka akan kata itu kerajaan dan tidak semesti nya hasil kerja UMNO.

Pada hal lain yang tidak baik mereka akan kata pula kerajaan itu UMNO siapa lagi.
Ia bergantung kepada siapa yang bercakap.

Jasa UMNO amat besar , tidak cukup 2 helai muka surat untuk di tulis kan.

Tiada orang Melayu yang berjasa yang tidak berkait dengan UMNO.

Secara parti sehingga hari ini suka atau tidak tinggal UMNO sahaja yang menjadi penghalang kepada banyak perkara yang mahu menyelusup dalam agama Islam.
Kerana UMNO lah banyak perkara masih belum dapat bolos.

Kerana UMNO juga terhalang kawin sejenis, murtad bebas , penggunaan nama Allah oleh sesiapa sahaja sesuka hati.

Tiada parti lain yang dapat mengatasi UMNO dalam bab ini.

Jika ada pun hanya secara teori dan retorik sahaja.

Parti parti yang hebat yang sama bangun dengan UMNO yang memerintah hampir semua sudah tumbang , jika ada pun hanya berkongsi kuasa cebisan .

Parti GOLAR di Indonesia sudah tumbang dari kuasa dominan dan kini hanya berkongsi kuasa dengan parti lain di Indonesia.

Parti Liberal Demokratic Party , Japan (LDP) juga sudah tumbang walaupun lama memerintah Jepun sekitar 50 tahun.

Di India , parti Indian National Congrress INC juga sudah tumbang setelah memerintah sekitar 49 tahun.

Namun UMNO masih gah memerintah sehingga hari ini.

Ramai juga yang kurang arif memperli konon nya UMNO pun tidak menggunakan nama Melayu selain menyebut dalam bahasa Inggeris ia itu United Malay National Organisation . UMNO

Ini kerana ketika di tubuh kan pada tahun 1946 musuh nya ada lah orang putih , maka atas sebab itu lah ia dinama dan di daftar kan dalam Bahasa Inggeris.

Ada pula yang kata UMNO itu bersifat nationalis dan bukan bersifat agama seperti parti PAS kerana UMNO berpaksi Melayu dan bukan nya berpaksi kan Islam.

Ini kerana ketika di tubuhkan sudah di acknowledge bahawa orang Melayu itu semua Islam , dan sesungguh nya UMNO itu parti melayu Islam.

Selain dari itu yang bertanya apa jasa UMNO, itu sebenar nya kurang arif kerja dan jasa tidak bertulis UMNO.

Ketika UMNO masih berkuasa tanpa tulis hitam putih semua kepala angkatan tentera mesti Melayu, Ketua Polis mesti melayu , semua Naib Chancellor mesti melayu.

Kerana perjanjian dan perlembagaan di draf kan UMNO lah parti seperti DAP tidak dapat melantik orang Cina menjad Menteri Besar. Itu lah antara susunan yang di buat oleh UMNO tanpa black and white.

Banyak juga jasa UMNO yang jika di tulis amat panjang dan lebar.

Ringkas nya kerajaan UMNO ini lah yang mengujudkan banyak kebaikan kepada bangsa Melayu.

Antara nya FELDA . Ini sahaja sudah menjadi jasa besar UMNO.

Kepada yang dhaif tidak ada apa apa pekerajaan pimpinan UMNO telah memberi mereka kerja dan tanah. Berkongsi dengan kerajaan hasil nya.

Beratus ribu orang yang dhaif dan miskin sudah berjaya di bawa keluar dari perangkap kemiskinan.

UMNO juga berjasa kepada hal koporat dan perniagaan.

Kerajaan pimpinan UMNO juga telah menubuhkan Permodalan Nasional Berhad.
Wang yang di kutip dari orang Melayu kemudian dilaburkan dengan membeli syarikat besar untuk di tunjang oleh orang Melayu juga.

Maka selain orang Melayu dapat mengawal ekonomi mereka sendiri , mereka juga dapat mempelajari hal ehwal koporat.

Ramai orang Melayu yang hebat hebat dapat menjadi hebat kerana peluang peluang yang di ujudkan hasil dari perahan otak orang UMNO dalam kerajaan.

Sehingga hari ini Lembaga Urusan Tabung haji yang di cipta oleh kerajaan UMNO masih belum dapat di tiru dan di bentukm oleh banyak negara Islam walau pun mereka cuba melaksana kan.

Ini contoh bagaimana kerajaan pimpinan UMNO membantu umat Islam negara ini mengerjakan haji.

Malah umat Islam dapat mengerja kan Haji dengan bayaran di subsidikan oleh kerajaan pimpinan UMNO.

Jika RELA, kakitangan kerajaan DAP mahu men gurang kan , pasti sekali subsidi akan di hapuskan.

DAP akan mengunakan mufti atau agamawan pro mereka untuk menyatakan tanpa subsidi mereka yang tidak mampu tidak diwajipkan kerja kan haji. Itu sudah pasti.
Bagi yang menafikan jasa UMNO , mereka tiada lain melainkan hanya sakit hati dan jiwa sahaja.

Mustahil mereka tidak dapat lihat hasil kerja UMNO yang lain yang tidak perlu di beritahu.

Bagi yang sakit jiwa ini mereka tertutup hati kerana kepentingan peribadi nya.
Dlam Islam sesuatu perkara harus di lihat dari sudut timbangan tara nya.

Manakah yang lebih banyak, manfaat atau mudarat nya, erti kata mana besar nya mudarat atau manfaat.

Pasti sekali bagi yang jujur nereka akan lihat UMNO amat banyak manfaat nya, jika ada salah dan silap ia hanya perilaku individu sahaja dan bukan dokongan UMNO.

Musuh UMNO menyerang UMNO kerana mereka tidak mahu terlihat mereka menyerang bangsa Melayu dan agama Islam, maka jika mereka membuat orang membenci UMNO , maka pembenci menyerang UMNO kerana parti itu UMNO,

mereka terlupa , yang di serang itu ada lah Islam dan Melayu, kerana UMNO itu di penuhi oleh orang Melayu beragama Islam..

Begitu lah licik nya musuh. Mereka juga tahu Raja Raja Melayu itu tunggak Islam dan UMNO pembela nya.

Maka serang UMNO dan hapuskan nya , maka pagar menghalang kemasukan liberal, kahwin sejenis , murtad akan berjaya dimusnahkan juga sekali gus.

Maka orang Melayu islam harus menjaga UMNO , kerana secara individu mereka mudah di beli dan di kalah kan, tetapi jika berselindung cara berkumpulan UMNO seperti kayu lidi yang sudah di ikat berkumpulan.

Orang Melayu beragama Islam harus membuat pilihan yag tepat, UMNO banyak bak dari buruk bnya, manfaat nya besar dari mudarat nya.

Orang melayu akan hilang kuasa dan tidak akan mampu mendapati nya kembali selama lama nya jika UMNO tumbang.

Tiada satu pun parti yang sedia ada dalam negara yang setara UMNO, jaga lah UMNO dan UMNo boleh membela orang Melayu.

Allah lindungi UMNO dari musuh yang nyata dan yang berselindung. Amiin.
Selamat ulang tahun UMNO.
 

No comments:

Post a Comment