Tuesday, 9 May 2017

Jangan Beri “Pakatun” Yang Tiada Berprinsip Berkuasa , Negara Pasti Dalam Merbahaya



“Mana ada Pakatan Rakyat lagi. Pakatan Harapan pun tinggal harapan sahaja. Sekarang ada parti paka’Tun’ (sebab) mereka dengar kata Tun Dr Mahathir.

“Kita mesti ada prinsip. Kalau tiada prinsip jangan berpolitik. Dulu dia (Kit Siang) maki macam-macam terhadap Muhyiddin sewaktu Muhyiddin jadi Timbalan Perdana Menteri. Sekarang mereka sudah berkawan,”

Demikian petikan kata dari Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong berkenaan parti parti dalam Pakatan Harapan.

Sebenar nya kata kata sedemikain juga terpalit kepada Lim Kit Siang dan Tun Mahathir.

Dalam politik, paling utama untuk di pegang ada lah pendirian parti parti itu sendiri.
Cara mungkin boleh bertukar , namun prinsip selalu nya tetap, kerana prinsip itu mewakili dasar sesebuah parti atau pun kepimpinan yang mengetuai sesuatu parti.

Jika perkara asas pun boleh berubah ia itu Prinsip maka nilai sesebuah parti atau pun pemimpin parti itu sudah tiada lagi dan merbahaya untuk di sokong kerana apa yang mereka kata dan tegas kan hari ini mungkin semudah sahaja untuk merea ubah.

Dalam erti kata , mereka ada bakat untuk menipu, kata kata mereka sudah tidak boleh di pegang lagi.



Ketika bercakap di Alor Gajah, Datuk Wee sempat menempelak Pakatan Harapan kerana mereka semua nya tidak ada asas pegangan kerana boleh membuat U-turn secara berjemaah.

Misal nya setelah sekian lama Tun Mahathir menghina , mencaci mengutuk DAP , dengan hanya kecewa keinginan peribadi nya tidak dapat di capai dari UMNO , maka Tun Mahathir sanggup menjual prinsip dan pendirian nya dan mencium kaki DAP memohon bantuan.

Begitu juga pendirian Tun Mahathir terhadap orang yang di hina sekian lama seorang yang di gelar nya “peliwat” dan di tulis dalam buku “Doctor In The house” sebagai bukan kesilapan menyinggkir Anwar , kini selamba sahaja tanpa menjaga maruah Tun Mahathir mengadap Anwar 2 kali untuk memohon bantuan politik tanpa rasa malu dan segan umpama kulit nya tebal setebal kulit badak sumbu.

Bukan sahaja Tun Mahathir , bahkan Lim Kit Siang juga terhegeh hegeh membuang semua fakta berkenaan dakwaan nya tentangn salah laku Tun Mahathir pada skandal kerugian FOREX dari website DAP dan juga menyorok lebihan buku skandal FOREX.

Ini semua atas sebab mahu selamatkan Mahathir kerana mahu memperalatkan nya untuk mendapat sokongan undi orang Melayu.

“Parti-parti dalam BN macam adik-beradik. UMNO, MCA, MIC dan lain-lain, macam adik-beradik. Kalau (parti-parti) Pakatan Harapan, mereka ikut kepentingan masing-masing” Kata Ka Siong.

Sehingga hari ini sikap tidak percaya antara satu sama lain masih berlaku.
Dalam ketika Tun Mahathir melarang menamakan calon Perdana Menteri , DAP dengan selamba sahaja menamakan Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri dari PakaTun.

Ini bermakna Dap hanya mahu memperalatkan Tun Mahathir tetapi tidak mahu Tun Mahathir ada hak dalam tentu kan calon Perdana Menteri.

Tun Mahathir tidak mahu menamakan calon Perdana Menteri dari PakaTun kerana ada muslihat nya di saat akhir nanti.

Maka jelas , walaupun tumpang bantal yang sama untuk tidur , mimpi mereka lain lain.

Jika mimpi lain lain itu satu perkara , malah lebih teruk mereka tiada percaya antara satu sama lain dan tiada persamaan dalam asas perjuangan.

Apa yang mereka kongsi hanya lah kebencian terhadap Najib Razak dan UMNO sahaja.

Keadaan yang sama juga berlaku di negeri Selangor, mereka sudah lama ada konflik dalaman kata Datuk Wee Cuma kali ini sudah tersembul untuk di saksikan oleh semua rakyat.

Rakyat harus faham jika menamakan calon Perdana Menteri pun mereka gagal bersatu , apa kah yang mereka mampu buat untuk rakyat.

Rakyat di negeri Selangor lebih merujuk kepada kerajaan pusat kerana mengetahui kerajaan negeri mereka hanya kuat berpolitilk sepanjang masa.

Dengan kejadian terbaru di mana PAS telah memutuskan hubungan kerja sama antara mereka dan PKR maka rakyat Selangor akan kerugian kerana Azmin Ali akan tumpu masa yang lebih menjaga kedudukan nya yang dalam bahaya dari menjaga rakyat Selangor.

Maka yang rugi ada lah rakyat itu sendiri.

Maka apa yang terbaik jika datang PRU14 , rakyat membuka mata kepada hasil kerja serta KPI kerajaan Barisan Nasional dan bukan dengar cerita dongeng yang berubah ubah ikut waktu tanpa bukti.

Kini PKR sendiri di ambang perpecahan kerana 2 kem sedang berperang antara satu sama lain dan DAP pula ramai juga ahli nya sedang bersiap meninggal kan parti , sama juga dengan PPBM.

Itu lah sebab nya rakyat harus pilih kesinambungan dan stabiliti yang di tawar kan oleh Barisan Nasional.

Memilih PakaTun ada lah satu risiko, mereka sendiri tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri, malah menamakan Presiden dan menentukan satu logo pun sudah bergaduh apa tah lagi menjaga rakyat.

Pilih lah BNyang ada track rekod kerja dan kepedulian kepada rakyat lihat dengan mata bukan dengar membabi buta terhadap dakyah PakaTun.

No comments:

Post a Comment