Friday, 5 May 2017

Jawapan Janggal Wakil PAS “ MCA Tak Layak komen” Kata Nya.






Tertarik juga dengan tindak balas seorang ahli PAS Selangor merujuk kepada kenyataan Presiden MCA berkenaan kisah Tahaluf Siyasi PAS dengan sekutu nya PKR.


Maka apabila pada sidang di Muktamar PAS ke 63 yang baru berlansung di Kota Sarang Semut , Kedah , ternyata ahli ahli akar umbi PAS telah memilih untuk memutuskan hubungan politik bersama PKR lalu secara jelas kedudukan EXCO PAS di negeri Selangor menjadi persoalan.


Maka atas sebab itu, sebagai sebuah parti politik,  MCA melalui Presiden nya Datuk Seri Liow Tiong Lai telah memberi kenyataan bahawa ia bakal menyebabkan krisis pertukaran Menteri Besar di Selangor bakal berlaku.


Kenyataan Presiden MCA ini berdasarkan pandangan nya melalui peristiwa yang pernah terjadi di Selangor 2 tahun lalu dan juga peristiwa di negeri Perak.


Namun , kenyataan Presiden MCA , telah mengundang kemarahan dari ahli PAS Selangor pula.


Bendahari PAS Selangor Zaidy Abdul Talib telah pun memberi respon kepada kenyataan Liow Tiong Lai dengan jawapan nya ‘MCA Tak Layak Beri Komen” kata nya.


Sambil Zaidy memberi alasan “ MCA harus mind their own business” kata nya.


Kepada zaidy , agak nya politik bukan hak semua orang dan hanya hak eklusif orang tertentu sahaja.


Zaidy juga berkata putus hubungan dengan membatalkan Tahaluf siyasi tidak akan menggangu pentadbiran kerajaan Negeri Selangor kata nya.


Mungkin Zaidy tersilap pandangan, kerana di zaman ini, setiap rakyat berhak memberi komen walaupun mereka tidak arif dan tidak tahu latar belakang kisah kepimpinan, apa tah lagi Presiden MCA yang sedia berada di persada politik dengan pengalaman bertahun tahun.


Untuk pengetahuan Zaidy, rakyat juga tidak tahu kisah kompleks perniagaan 1MDB dan  kisah cincin  rosmah dan lain lain kisah tetapi setiap mereka hari hari memberi komen dan pandangan walaupun mereka jahil kisah yang sebenar.


Itu nama nya hak bersuara.




Maka atas kapasiti sebagai Presiden parti Politik, Datuk Seri Liow amat layak memberi komen kerana mewakili parti Politik yang antara tertua di Malaysia.


Kerusi sedikit yang di menangi oleh MCA kerana mereka berpolitik secara batasan dan lawan nya DAP berpolitik secara agresif tanpa batasan dan bermain sentimen perkauman, tidak seperti MCA yang menghormati sekutu nya.


Sebenar nya MCA juga boleh raih lebih banyak kerusi jika mereka pilih untuk bermain sentimen perkauman dan menekan serta bersikap ekstremis seperti DAP.


Tetapi MCA pilih jalan moderasi dan konsensus.


Namun seperti yang di kata kan oleh MCA , mereka tidak akan mengamalkan politik ekstrim kerana percaya kepada cara berpolitkik moderasi (kesederhanaan).


Sebalik nya , PAS juga berkedudukan lebih buruk , kerana mengamal kan apa yang mereka sendiri bantah.


PAS mahu kan Islam tetapi bersekongkol dengan bukan Islam yang anti Islam, di manakah lojiknya itu, bahkan menggugurkan negara Islam dan hudud kerana akur kepada tuan kafir nya DAP .


Jika MCA dikata kan oleh Zaidy sebagai tidak layak , maka Presiden PAN , dan PPBM juga hilang kelayakan untuk menegur apa apa pun dalam politik negara kerana PAN miliki dan menang atas tiket PAS dan PPBM milik kerusi atas tiket UMNO.


Zaidy harus tahu bahawa semua pihak berhak tegur , dan pilih lah hendak menjawap atau tidak.


Zaman ini rakyat yang tiada pengetahuan asas dan tiada apa apa kelulusan tetapi memilki akaun FB dan WA amat ramai membuat komen dan kritikan serta cacian terhadap perkara yang mereka tidak arif pun, maka terima sahaja lah dengan hati terbuka terhadap apa apa komen apatah lagi jika ia datang dari Presiden sebuah parti yang tertua di negara ini.


Jika ada merasa tidak betul kepada komen dan kenyataan Presiden MCA, Zaidy hanya perlu beri penjelasan sebab apa pandangan dan komen itu tidak betul dan jelaskan apa yang betul nya.


Itu lah yang terbaik kerana Zaidy memakai baju politik Islam , dan jawapan berhemah memberi gambaran kefahaman Islam Zaidy sendiri.


Lihat lah Datuk Seri Najib sebagai contoh, rakyat bekerja pencuci lantai , sabit rumput, mat despatch dan taraf kerani serta jual kueh pun ada hak membalun nya di ruang komen di Facebook dengan cacian dan makian, namun Presiden UMNO itu tenang dan sentiasa menerima dengan penuh kematangan.


Itu lah tanda besar nya jiwa Presiden UMNO.


Maka tunjuk lah contoh terbaik dengan jawapan berhemah, tambah lagi kenyataan Presiden MCA itu atas kapasiti ahli politik dan pemimpin parti nya.

Ini lah politik.

1 comment:

  1. Betul lah apa yang zaidy kata, sebagai Ptesiden MCA kena peka dengan perlembagaan PAS.

    Apa yang diputuskan dalam Muktamar belum jadi polisi dan dasar sehingga MSU luluskan.

    Wajar sekali Presiden MCA tak komen dan kepoh tanpa faham

    ReplyDelete