Monday, 15 May 2017

Kenyataan Media SPAD Berkenaan Isu Keselamatan Monorel





SPAD MENGGESA PRASARANA UNTUK BERTINDAK SEGERA DALAM MENANGANI ISU KL MONOREL

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Isnin, 15 Mei 2017
KENYATAAN MEDIA 
SPAD MENGGESA PRASARANA UNTUK BERTINDAK SEGERA DALAM MENANGANI ISU KL MONOREL 
KUALA LUMPUR, 15 MEI 2017 – SPAD memandang serius terhadap pengumuman oleh Rapid Rail Sdn Bhd baru-baru ini bahawa ia telah menghentikan operasi beberapa tren set 4-gerabak pada hari Jumaat lepas berikutan timbulnya isu-isu keselamatan. Penghentian operasi tren tersebut diperlukan demi kepentingan keselamatan penumpang dan Suruhanjaya akan terus memantau langkah-langkah pemulihan yang sedang dijalankan oleh Rapid Rail untuk memastikan bahawa penumpang terus menerima perkhidmatan yang boleh dipercayai. Bagi menampung kekurangan perkhidmatan yang timbul daripada penggunaan tren set 2-gerabak dengan kekerapan setiap 8 minit, Rapid Rail telah memberikan jaminan kepada Suruhanjaya bahawa ia akan menyediakan bas ulang-alik tambahan dengan kekerapan di antara 7 dan 15 minit di stesen-stesen yang sibuk pada waktu 7 sehingga 9 pagi dan 5 sehingga 7 petang. 
SPAD telah mengarahkan Prasarana dan Scomi untuk mengambil langkah-langkah segera untuk meningkatkan kebolehpercayaan 5 set tren 4-gerabak dengan mengguna pakai kaedah penyelenggaraan yang lebih ketat, serta standard perkhidmatan dan keselamatan yang lebih tinggi. Ini akan membolehkan pengendali mengesan permasalahan dengan lebih awal, sebelum terjadinya gangguan dan kelewatan perkhidmatan yang akan membebankan pengguna. Suruhanjaya juga telah menggesa Scomi, selaku pembuat tren, untuk terus bekerjasama dan menyegerakan penghantaran baki 7 set tren 4-gerabak baru. Ini adalah penting bagi membolehkan Prasarana menjalankan perkhidmatan tren dengan lebih kerap dan meningkatkan kapasiti perkhidmatan KL Monorel semasa dan sekali gus memastikan aliran penumpang yang tinggi pada masa-masa tertentu dapat ditampung, terutamanya pada waktu puncak. 
Bagi memastikan adanya pengawasan yang lebih rapat terhadap langkah-langkah segera dan sesuai yang dijalankan pengendali, Prasarana diarahkan untuk mengemukakan kepada SPAD maklumat terkini mengenai kerosakan yang dapat dikesan pada rangkaian KL Monorel ketika penyelenggaran rutin harian dijalankan. Ini termasuk perancangan pembaikpulihan dan garis masa bagi menangani isu-isu yang ditemui. 

No comments:

Post a Comment