Thursday, 4 May 2017

Kerajaan Selangor Pimpinan Azmin Ali Umpama Istana Pasir Di Tepi Pantai.



Orang putih kata “Azmin days as MB are numbered”.

Bermakna kerajaan pimpinan Azmin Ali kini berada di dalam kedudukan tidak menentu.

Dalam politik, semua orang mahu berada bersama pemenang sahaja.

Dalam politik yang menang sapu semua “the winner takes all” dan yang kalah tersisih sehingga satu waktu nanti apabila peluang baru muncul kembali atau apabila pemenang membuat kesilapan besar.

Boleh dikata kan keadaan yang menyebabkan kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali terumbang ambing ada lah pertama atas mulut nya sendiri, dan kedua apabila PAS mengambil pendirian untuk memutuskan Tahaluf siyasi nya bersama PKR secara rasmi.

Azmin dalam ucapan nya menyindir PAS dengan kata kata seperti parti “Pak Lebai” telah menguriskan akar umbi PAS dimana mereka mentafsirkan kata kata itu sebagai penghinaan dan memandang rendah terhadap kewibawaan pemimpin berstatus ulama dan ustaz mereka.

Sebelum cercaan Azmin pun PAS telah terluka dengan mulut celupar Rafizi Ramli yang menyatakan PAS ada lah pemakan dedak Datuk Seri Najib dari wang 1MDB.

Amat mustahil penghinaan akan dibalas dengan sekutum bunga pula, maka akar umbi PAS dengan teraju kan oleh Pemuda PAS , telah membuat usul memutuskan hubungan dengan PKR.

Maka bermula dari ini , kedudukan EXCO PAS dalam kepimpinan Azmin akan diputuskan tidak lama lagi. Kepastian kerajaan Azmin akan goyah di tambah dengan pembahas PAS di muktamar ke 63 nya menyeru semua EXCO PAS di Selangor di mesti kan turut apa sahaja keputusan kepimpinan parti PAS terhadap kedudukan jawatan mereka nanti.

Keadaan bertambah parah apabila individu seperti Khalid Ibrahim juga ada memainkan peranan nya dalam membuat hubungan dengan ADUN PKR dan dikata kan melobi mereka keluar dari PKR.

Apa yang menarik ada lah , PAS dikala ini ada lah berdiri secara solo dan tidak terikat dengan mana mana ikatan politik dan mahu menjayakan idea Gagasan Sejahtera mereka sebagai blok ke3 dalam arena politik negara.

Bermaksud PAS boleh membuat hubungan bersama UMNO jika mereka mahu.

Ini yang membuat keadaan bercelaru kepada Azmin.

Buat masa ini , kerajaan Azmin masih tidak tumbang jika PAS keluar dari Pakatan Harapan , ini kerana jumlah kerusi PKR dan DAP masih boleh membuat mereka jadi kerajaan di Selangor , namun dengan cerita belakang tabir dan kisah tawar menawar yang sedang berlaku , macam macam boleh terjadi.

Kerjaaan DAP dan PKR tumbang di Perak juga atas faktor lompat ahli PKR kepada menjadi ahli bebas. Maka kisah yang sama boleh terjadi pada kerajaan Azmin Ali.

Kenyataan yang dibuat oleh 2 orang EXCO yang nama mereka terkait berkenaan konon nya kisah mereka akan lompat keluar ada lah palsu dan mengarut ada lah sama juga ketika ADUN PKR di Perak membuat kenyataan sebelum ini.

Akhir nya mereka istihar keluar juga menjadi bebas , lalu kerajaan DAP/PKR tumbang juga di Perak.

Kini seperti Rafizi Ramli Recycle kisah 1MDB, maka kisah Recycle yang sama di Perak sedang berlaku di Selangor.

Plot , watak dan latar belakang kisah di Perak ketika Nizar Jamaluddin menjadi MB kini berulang kembali di Selangor pula.

Sejauh mana Azmin dan kerajaan PKR/DAP  nya boleh bertahan , kita umpama kan sebagai sebuah Istana Pasir di tepi pantai sahaja.

Cukup waktu, badai yang kuat akan menghapus dan melenyap kan nya.

Ramai orang sering bercerita berkenaan teori kerajaan Datuk Seri Najib Razak dan BN akan tumbang pada PRU14 nanti, tetapi yang jelas, kerajaan Azmin Ali dan PKR nya pula yang menghitung hari sahaja menunggu waktu untuk rebah ke bumi.








No comments:

Post a Comment