Thursday, 25 May 2017

Lim Guan Eng "Pre-empt" Kekalahan , Konon BN Tidak Akan Serah Kuasa Jika Kalah



Selama pilihanraya pernah berlangsung di Malaysia , belum ada kes enggan serah kuasa pernah terjadi didalam negara kita di mana mana PRU atau PRK.

Jika tidak dapat di selesaikan secara biasa berkenaan sebarang protes , sesuatu kes tentu nya akan di bawa ke muka pengadilan.

Itu lah cara ia di selesaikan, di mana setiap pihak harus mengemuka kan hujah dan bukti masing masing.

Kemudian dari itu ia akan diadili secara adil oleh para hakim.

Namun , lain pula yang sedang cuba di andaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada pada hadhirian yang mendengar ucapan nya.

Guan Eng yang bakal turun naik mahkamah dan enggan meletak kan jawatan nya kerana kes rasuah telah cuba memanaskan hati para pendengar nya dengan memberi kenyataan berbau hasutan konon konon nya jika Barisan Nasional tewas mereka akan enggan menyerah kan kuasa kepada pihak yang menang.




Secara langsung, maksud Guan Eng ini ada lah hasutan dan andaian semata mata sahaja.

Guan Eng berkata hal ini ketika berucap di Lecture Theatre, Student Wing, Block S3.1 Level B3, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura, pada 10 Disember 2014.

klip video :-





Untuk pengetahuan semua  sebenar nya BN sudah tewas beberapa kali dan beberapa negeri pada PRU dan PRK.

Belum pernah ada satu kes pun BN enggan serah kuasa.

Malah Pembangkang yang ada rekod enggan serah kuasa ketika jumlah kerusi mereka tidak cukup untuk menjadi kerajaan seperti yang terjadi di negeri Perak.

Semua pun tahu nsesuatu kerajaan itu naik di atas jumlah kerusi nya yang banyak , tidak kira pun siapa lompat ke siapa.

Jika satu pihak ada kerusi lebih maka dia lah yang akan dapat berkuasa.

Ketika kejadian berlaku di Perak , pihak pembangkang membuat pelbagai kekacauan sehingga kereta Raja Nazrin juga sempat di halang kerana protes peralihan kuasa.

Speaker Dewan Perak juga enggan memyerah kluasa nya kerana enggan menerima hakikat mereka tidak lagi cukup jumlah untuk berkuasa.

Selain dari itu, sebagai orang yang di dakwa kemahkamah, Guan Eng sendiri enggan serah kuasa Ketua Menteri , bukan kepada BN bahkan kepada orang lain dari parti DAP sendiri pun beliau enggan.

Ini jelas terlihat sebagai "conflict of interest" dan perbuatan tidak bermoral.

Maka usah lah Lium Guan eng mahu membuat andaian kotor pada perkara yang tidak akan berlaku dan hanya bermatlamat mahu menakut nakut kan rakyat serta cuba menghasut mereka ke jalan raya.

Sebenar nya hal ini semua ada lah hal “pre-empt” kekalahan pembangkang memandangkan mereka ada masalah berskala mega berkenaan jawatan Perdana Menteri serta masalah yang di bawa oleh Tun Mahathir .

Selain itu masalah mereka akan menghadapi pertandingan 3 atau 4 penjuru yang tidak dapat di elak kan kerana pergeseran dengan PAS.


Maka pihak berkuasa jika bole ambil lah tindakan berkenaan video klip Guan Eng dengan andaian berniat jahat nya.

1 comment: