Monday, 8 May 2017

MCA Tawar Calon Nya Di Gelang Patah , Ganti Calon DAP Yang Sering Hilang Dari Kawasan


Akibat calon yang menang di Gelang Patah bernama Lim Kit Siang sering hilang dari kawasan nya , walaupun menang majoriti yang banyak , maka parti MCA menawarkan calon nya kepada rakyat di Gelang Patah sebagai ganti untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat setempat.

Pada PRU13 lalu , DAP menamakan calon payung terjun nya Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah dan memenangi nya.

Maksud calon payung terjun ada lah Lim Kit Siang itu sendiri berasal dari kawasan lain , lalu mengambil sentimen perkauman dan isu kebencian untuk menawan kawasan baru di mana sahaja dia bertanding.

Sebelum bertanding di Gelang Patah , Kit Siang telah bertanding di Bandar Melaka dan kemudian nya bertanding pula di Petaling dan juga Ipoh Timur sebelum menjadi MP di Gelang Patah.

Jelas sekali Lim Kit Siang ada lah calon nomad dari DAP dan sering lompat kawasan.

Lim Kit Siang yang hanya memiliki kisah sensasi dan isu untuk di jadikan alasan penggundi mesti menggundi DAP dan diri nya namun tiada sejarah hasil kerja untuk di jadi kan petunjuk bahawa DAP parti yang berfaedah untuk penggundi nya.


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai telah memberi kenyataan bahawa MCA akan meletak kan calon nya di Gelang Patah pada PRU14 nanti untuk berhadapan dengan calon selalu hilang dari kawasan ia itu Lim Kit Siang.

Apakah nilai penggundi yang selalu komplen kerajaan tidak buat kerja dan macam macam hal lain apabila mereka sendiri memilih calon tidak pernah atau jarang hadhir di kawasan yang di menangi nya seperti Lim Kit Siang.

Malah pada beberapa bulan lalu banyak terdapat poster poster dan kain pemidang yang dipasang sekitar kawasan Gelang Patah yang menyindir ahli parlimen mereka yang jarang hadhir di kawasan.

Lim Kit Siang sama juga dengan Wan Azizah yang amat jarang berada di kawasan sendiri kerana sibuk urusan peribadi yang lain.

Kini , MCA seperti yang di nyatakan oleh Datuk Liow telah mengenal pasti calon sesuai dan “winnable” untuk memberi khidmat bakti di Gelang Patah bagi mengganti Kit Siang.

Calon yang di tawarkan di Gelang Patah oleh MCA ada lah yang sudah di kenali oleh penduduk Gelang Patah sebagai yang mudah di dekati dan ada track rekod kerja.

Untuk makluman Menteri Besar Johor Datuk Khaled Nordin juga dikatakan telah bersetuju akan arrangement ini dan Barisan Nasional johor sudah pun merestuinya .

Bagi calon yang ditawaran MCA ini, Liow berkata Perdana Menteri akan diberi maklmum dan percaya akan merestui calon ini juga.

Liow juga berkata semua calon MCA akan di saring oleh SPRM untuk memastikan mereka bersih dari sebarang dakwaan salah laku atau pun rasuah.

Nampak nya seperti banyak hal dan perkara MCA dan komponen dalam BN selalu mengamal kan kefahaman dan konsensus untuk banyak perkara dalam BN , ini ada lah amalan lazim.

Cukup cukup lah penggundi sering dialihkan dengan kisah kisah sensasi sebagai alihan oleh wakil pembangkang untuk menutup kepincangan mereka dalam memberi khidmat bakti.

Dengan mengungkit isu isu ciptaan , maka penggundi lupa bahawa calon mereka pilih dari pembangkang sebenar nya tidak buat sebarang kerja.

Ini lah masa nya untuk menukar wakil Parlimen yang selalu hilang dari kawasan yang mereka menang dan memakan gaji buta sambil berusaha menaikan diri di dalam parti sendiri sahaja.

Penduduk Gelang Patah harus ambil tawaran dari MCA kerana ini ada lah tawaran terbaik untuk mengganti calon yang tiada rekod kerja. Yang sering MIA.

No comments:

Post a Comment