Saturday, 17 June 2017

Bas Ekpress Di Pantau , Cara Efektif Yang Lalu di Gunakan SPAD Sempena Musim Perayaan



CEO SPAD En Azharuddin Mat Sah dan Datuk Paduka Che Hasni

Semakin ramai manusia berada di jalan raya , maka semakin tinggi risiko kemalangan .

Itu sudah pasti.

Tambah lagi jika mereka yang memandu itu tidak berhemah dan menjadi satu ancaman kepada pengguna lain di jalanraya.

Dengan semakin hampir hari raya Aidil fitri , maka pasti sekali jalanraya menjadi tumpuan jutaan orang yang mahu pulang ke kampung dan ke rumah maisng masing sempena hari raya.

Atas sebab kelaziman tiap kali musim perayaan , tumpuan pengguna yang mahu pulang kerumah mmilih mode perjalanan paling popular dan economical ia itu menaiki bas ekpress.

Kelmarin , Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah pun mengada kan sidang media di TBS yang di sampaikan amanat nya oleh CEO SPAD sendiri ia itu En Azharuddin Bin Mat Sah.

Dalam kenyataan beliau SPAD akan mengawal dan melaksana kan operasi secara bersepadu dengan agensi kerajaan penguatkuasa yang lain ia itu PDRM, JPJ, JKJR dan LLM.

Ini sebagai langkah pro aktrif dan bersifat kawal selia keselamatan jalan raya.

Ini bagi memberi impak yang besar dan menyeluruh terhadap kempen keselamatan jalan raya.

Aktiviti pemantauan memakan masa hampir 21 hari mulai 12 Jun sehingga 2 Julai,



Dan pada 22 Jun sehingga 27 Jun ia ada lah poemantaun 24 jam dan 30 Jun sehingga 2 Julai di mana jalanraya di guna secara maksima oleh orang ramai.

Turut bersama dalam kempen keselamatan bersama agensi yang di sebut di atas ada lah agensi dadah kebangsaan.

Ini ada lah untuk memantau pemandu yang di periksa yang berkemungkinan berada di bawah pengaruh dadah.

Audit penguasaan GPS juga turut di laksana kan dengan memerhati rekod rekod pengelola bas dan memerhati cara mana mereka memandu.

Selain itu cara penyamaran oleh pegawai SPAD turut akan di jalan kan, di mana cara ini amat berkesan menangkap pemandu dan penggendali bas yang engkar peraturan.

Rondaan lokasi berisiko tinggi kemalangan juga akan di adakan.

Selain itu counter tiket bas juga di periksa dan di kawal.

Sebenar nya SPAD melakukan ini atas laporan bahawa apa yang dilakukan pada masa lepas mendapati banyak penuruan dari segi aduan dan kesalahan yang di terima.

Bermakna pemandu dan pengguna sudah tahu mereka akan ditahan dan didakwa lalu tidak melanggar peraturan.


Sidang Media SPAD



Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD Datuk Che Hasni Che Ahmad 




Berikut ada lah kenyataan Media SPAD sempena kempen keselamatan dan penguatkuasaan yang bakal di laksanakan.
Orang ramai di saran menyimpan no aduan SPAD untuk membuat komplen , tidak perlu viral kepada yang tidak berkenaan yang tiada kuasa bertindak.






No comments:

Post a Comment