Tuesday, 20 June 2017

Cukup Cukup Lah Dengan Gelagat Sumbang Tu , Dr Tan Chuan Hong Tegur DAP Penang



Setiausaha Organisasi MCA Pulau Pinang, Dr Tan Chuan Hong telah membidas tiga ahli parlimen DAP Bukit Mertajam yang mengkritik Presiden MCA dan Pengerusi Negeri untuk menghentikan telatah mereka sebagai “Cukup Cukup Lah”

Sedang MCA berusaha keras membantu masyarakat Cina dan bukan Cina DAP hanya tahu berkempen politik siang dan malam.

Sambil itu DAP hanya bijak menghasut dan menanam sifat kebencian terhadap kepimpinan negara dan pemerintah , dan apa sahaja yang di lakukan oleh kerajaan tidak pernah mendapat pujian dari DAP.

Dr Tan merujuk juga kepada pembentangan RUU 355 di mana dengan kekuatan 7 ahli Parlimen pun MCA berjaya berkompromi dengan UMNO dan mengadakan konsensus supaya ia tidak di bentang kan.

Tidak seperti DAP , kata Dr Tan walaupun miliki 37 wakil Parlimen tetapi menikus sambil mengambil pendirian tunggu dan lihat.
“Kayu ukur mana yang DAP guna kan untuk menilai ini semua? Ujar Dr Tan.

Apabila ia berkenaan pemimpin mereka seperti Lim Guan Eng , semua nya kelihatan suci belaka.

Dr Tan menyuruh DAP memerhati pencapaian MCA, dengan hanya 7 kerusi parlimen pun yang di menangi pada PRU13 MCA mampu mendapat 3 jawatan Menteri dan 4 timbalan menteri , hasil perkongsian kuasa dengan UMNO.

Sememang nya MCA pernah umum mereka tidak akan mahu jawatan kerajaan jika mereka tidak menang banyak kerusi yang di tandingi, namun atas setia kawan dan sekian lama bersatu dengan UMNO dalam Barisan Nasional , maka jawatan itu di ambil tanda hormat menghormati.
Apabila DAP mengkritik cadangan yang di buat oleh MCA berkenaan permohonan jawatan Datuk Bandar , DAP tidak tahu bahawa MCA hanya menawarkan cadangan dan ingin memberi maklum bahawa ramai mereka yang berbakat dari kalangan orang Cina yang mampu mengalas tugas itu.

DAP sebenar nya terlepas pandang jasa MCA pada banyak hal seperti perjuangan  
Membina institusi pengajian seperti VTAR ,Universiti TAR  dan juga Koleh Perubatan TAR di mana secara konsisten membina masa depan lebih elok untuk masyarakat.

Paling keras kenyataan Dr Tan ada lah bahawa DAP lah sebenar nya memiliki sifat prejudis terhadap orang Melayu.

Sikap DAP lah sebenar nya berbentuk provokasi dan pemusnah keharmonian yang di penuhi sifat kebencian dan sentimen perkauman.

Ini lah sebenar nya ancaman kepada keharmomnian dalam negara.
Kerajaan BN begitu menekan kan penyatuan kaum dan sifat sayang kan negara, dan MCA , kata Tan , bersifat bertanggung jawap dalam hal ini bukan sahaja terhadap masyarakat Cina bahkan juga kepada seluruh komuniti.

Selain membelasah kepimpinan DAP Penang yang di anggap nya berbentuk “diktatorial” Tan juga memperli betapa sekian lama Lim Guan Eng berpaut kepada kuasa hampir 9 tahun maka amat sukar untuk beliau mencari mereka yang sesuai memegang jawatan sehingga 19 jawatan besar peringkat negeri terpaksa di bolot oleh Guan Eng sendiri.

Dr Tan mahu DAP hentikan manipulasi minda rakyat Pulau Pinang dengan hanya memberi perkhidmatan lidah sahaja tanpa benar benar memberi usaha dan tenaga kep[ada mereka kerana yang membayar gaji pemimpin DAP ada lah rakyat Pulau Pinang itu sendiri.

#mca

No comments:

Post a Comment