Tuesday, 13 June 2017

Demi Keselamatan Dan Pembaikan E-Hailing , SPAD Ambil Langkah Pemantauan




Semenjak ujud nya servis E-hailing seperti Grab dan Uber, ia telah menjadi servis popular dan di minati oleh rakyat.

Ini ada lah bagus kerana kerajaan sendiri mahu rakyat memilih pengangkutan awam bagi mengurang kan kesesakan lalu lintas.

Namun bagi setiap perkara tentu ada juga "setback" nya.

Baru baru ini banyak mjuuga kejadian tidak di ingini terjadi dengan [emandu serta pelanggan e-hailing.

Walaupun masalah ini telah di jangka bakal terjadi kerana masalah pemandu teksi tradisi juga sebelum ini banyak terdapat kejadian yang tidak sepatut nya seperti gangguan seksual, rogol dan jenayah rompak . atas sebab mereka yang berurusan dalam industri teksi biasa dan Grab ada lah dari golongan yang sama juga namun sebagai sebuah perkhidmatan baru dalam industri pengangkutan awam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah dengan segera membuat keputusan mengetat kan saringan pemandu E-hailing.

Sejak kebelakangan ini banyak juga kejadian tidak di ingini berlaku terhadap servis E-hailing seperti Grab di mana pelanggan di ganggu atau pun di rogol dan juga ugut.

Selain itu terdapat juga dakwaan dari penumpang bahawa pemandu E-hailing cuba mengajak nya melakukan perbuatan tidak senonoh.

Apa pun ,SPAD sebagai agansi yang bertanggung jawap telah dengan segera mengambil beberapa langkah perlu serta tindakan yang wajar demi menjaga keselamatan penumpang dan juga pemandu E-hailing ini.

Paling menarik perhatian ada lah kesemua pengendali e-hailing di wajibkan menyerahkan detail serta maklumat keperibadian kepada SPAD untuk SPAD melaksana kan kerja saringan.sebelum 16 Jun ini.

Ini amat perlu agar elemen tidak baik tidak akan dapat menjadi pemandu yang menjadi ancaman kepada pelanggan.

SPAD juga telah mengarah pengendali e-hailing memasang segera applikasi ‘Butang Panik” atau butang SOS bagi keselamatan penumpang . Ini ada lah ciri ciri baru keselamatan.

Banyak juga tindakan di ambil oleh SPAD demi memantau servis E-hailing yang sudah mula di terima oleh masyarakat.

Boleh baca di sini berkenaan tindakan SPAD terhadap E-hailing di bawah ini :-



SPAD AKAN MENGETATKAN PROSES SARINGAN PEMANDU E-HAILING DAN MENGARAHKAN PENGENDALI E-HAILING UNTUK MEMPERCEPATKAN PENGENALAN BUTANG S.O.S.




Selasa, 13 Jun 2017
KENYATAAN MEDIA
SPAD AKAN MENGETATKAN PROSES SARINGAN PEMANDU E-HAILING DAN MENGARAHKAN PENGENDALI E-HAILING UNTUK MEMPERCEPATKAN PENGENALAN BUTANG S.O.S.
Jun 13, 2017 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan Grab Malaysia bagi membincangkan langkah-langkah permasalahan keselamatan yang serius, berikutan penahanan seorang pemandu yang didakwa telah merogol seorang penumpang wanita.
Demi keselamatan penumpang, beberapa langkah akan diwajibkan ke atas pengendali e-hailing sebelum berlangsungnya pembacaan kedua bagi pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) di Parliamen pada bulan Julai nanti. Langkah-langkah tersebut adalah:
  1. Bermula pada 16 Jun, pengendali e-hailing diwajibkan mengemukakan rekod-rekod pemandu kepada SPAD. Ini adalah untuk membolehkan Suruhanjaya melaksanakan saringan latar belakang yang lebih ketat dengan usaha sama agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan JPJ.
  2. Bagi meningkatkan keselamatan penumpang, Suruhanjaya juga telah mengarahkan pengendali e-hailing untuk mempercepatkan pelaksanaan butang panik atau S.O.S. pada aplikasi mereka di dalam jangka masa terdekat. ‘Butang panik’ ini akan menyediakan satu ciri keselamatan kepada penumpang yang akan memberikan makluman kepada polis apabila terdapat kecemasan.
  3. Sebagai satu polisi mitigasi risiko yang proaktif, SPAD telah menggesa pengendali e-hailing untuk menggunakan proses yang lebih menyeluruh bagi mengenal pasti profil pemandu. Ini akan membolehkan mereka mengenal pasti dan menghalang pemandu yang berisiko tinggi.
  4. Pengendali e-hailing juga diwajibkan untuk menyerahkan data bulanan mengenai pemandu-pemandu yang telah dikenal pasti atas kesalahan trafik, tingkah laku dan perkhidmatan. Ini membolehkan Suruhanjaya menyenarai hitam pemandu tersebut dan menghalang mereka daripada bermigrasi kepada perkhidmatan e-hailing yang lain.
  5. Pengendali, e-hailing juga dikehendaki menyerahkan data bulanan ‘rating’ pemandu kepada Suruhanjaya untuk menangani secara proaktif isu-isu pengurusan pemandu.
Setelah peraturan kawal seliaan e-hailing diluluskan oleh Parlimen, pengendali e-hailing diwajibkan untuk mengamalkan tahap keselematan dan perkhidmatan yang tertinggi. Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan terhadap pengendali dan pemandu e-hailing yang didapati melanggar undang-undang, serta menyita kenderaan pemandu e-hailing yang terlibat.Versi ramah pencetakSend by emailPDF version


#spad

No comments:

Post a Comment