Thursday, 29 June 2017

Kenyataan Media TS Annuar Musa , Berkenaan Panik Nya Pembangkang Berkenaan RCI FOREX


Ketika pembangkang amat memerlukan Tun Mahathir untuk diguna kan bagi memancing undi orang Melayu pada PRU14 nanti, tiba tiba muncul perbicaraan FOREX berkenaan kerugian wang rakyat ratusan billion dan laporan palsu berkenaan nya kepada Parlimen dan Kabinet.

Maka usaha mereka tiba tiba jadi sia sia dan buang masa.

Pada satu ketika dulu Lim Kit Siang lah jaguh mahu dalang kehilangan wang rakyat ia itu Tun Mahathir dan Tun Daim di dakwa dan di penjara kan , namun mereka bertukar lagu dan prinsip hanya sebab kepentingan politik dan undi.

Kini jelas empat watak dalam dilema kerana akan ada  nya perbicaraan.

Mereka yang nyata tersepit ada lah Tun Mahathir , Tun Daim , Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

Kabinet telah bersetuju denegan laporan yang di bentang kang oleh Tan Sri Sidek bahawa ujud kes prima facie terhadap dakwaan itu. kerja berbayar dan di percayai di biy

Isu yang di bangkit DOJ ada lah kerja upahan yang di percayai di biyai oleh Tun Daim atas sebab mahu tutup kes FOREX.

Berikut ada lah kenyataan media dari Ketua Penerangan UMNO , Tan Sri Annuar Musa. :

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA


PEMBANGKANG YANG PANIK MENGGUNAKAN DoJ UNTUK MENGALIH PERHATIAN DARIPADA LEDAKAN ISU RCI FOREX


1. Keputusan Kabinet untuk membentuk RCI bagi menyiasat kerugian forex yang dialami oleh Bank Negara - ada yang mengatakan pembabitan wang rakyat bernilai sehingga RM100 bilion - telah mewujudkan keadaan panik di kalangan pembangkang.

2. Kita semua maklum mengenai dalang yang bertanggungjawab terhadap kerugian besar ini dan pembangkang berada dalam keadaan huru-hara kerana tidak mahu kehilangan Mahathir Mohamad dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Mereka tahu jika kebenarannya diketahui umum, pembangkang dan kepimpinannya akan ditelanjangkan di khalayak ramai. Ini boleh membawa padah besar dalam pilihanraya nanti.

3. Oleh itu, pembangkang tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mengitar semula laporan DoJ yang bermotivasi politik untuk membangkitkan isu 1MDB yang telah selesai. Ini hanyalah taktik lencongan.

4. Pembangkang dan proksi merekalah yang bertanggungjawab melibatkan campur tangan negara asing dalam negara kita yang demokratik dan berdaulat ini dengan memberi maklumat kepada DoJ, satu perbuatan khianat yang amat mengaibkan bagi memuaskan agenda politik demi kepentingan diri sendiri.

5. Pembangkang cuba memanipulasi laporan DoJ untuk mengalih tumpuan daripada isu RCI forex dan juga krisis dalaman yang berkaitan dengan keyakinan terhadap pucuk pimpinan Pribumi.

TAN SRI ANNUAR MUSA,
KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA
29 /06/ 17

No comments:

Post a Comment