Wednesday, 21 June 2017

Lagi 300 Pemandu Teksi Tidak Perlu Kerja Untuk Pihak Lain - SPAD Serah Permit Individu

'

Pada laporan kami di blog ini pada 2 hb April lalu , kami telah memberitahu berita gembira di mana 300 pemandu teksi telah di beri lesen individu oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat pada tajuk di bawah :-

http://thechulan.blogspot.my/2017/04/300-pemandu-teksi-bebas-belenggu-kerja.html

Pada l,aporan itu kami juga telah memberi andaian bahawa dengan penyerahan lesen teksi individu oleh SPAD ini maka sebahagian dari masalah pemandu teksi mencari nafkah dengan belerja untuk pihak lain akan terhapus.

Pada 21 Jun lalu , SPAD telah membuat perkara yang sama ia itu menyerahkan sejumlah 300 lagi lesen individu kepada pemandu teksi yang berkelayakan.

Maka dengan ini sedikit demi sedikit pemandu teksi tradisi tidak lagi di beban dengan tekanan mencari wang sewa terlebih dahulu sebelum baki nya menjadi pendapatan mereka untuk di bawa pulang.

Penyerahan 300 lesen ini ada lah kali kedua  di bawah program TiTP  anjuran SPAD.

Sejumlah 157 ada lah permit pemandu teksi dan 143 permit kereta sewa.

Dari mereka ini 43 orang tekah mendapat geran tunai kerajaan berjumlah RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baru.

TITP bermaksud dalam bahawa Melayu sebagai Program Transformasi Industri Teksi (TITP).

Program ini pula ada lah terhasil dari anjuran Program Transformasi Pengangkutan Awam anjuran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Hajah Nancy Shukri telah di menyempurnakan majlis penyerahan.

Maka sikit demi sedikit sistem pajak dan perhambaan pemandu teksi dapat di selesaikan.

Tambah lagi pemandu teksi tradisi di bebani pesaingan dari khidmat teksi E-hailing.

Dengan pemberian ini juga pemandu teksi terbabit boleh memula kan era baru dengan mencari hasil pemanduan dengan lebih berhemah tanpa menipu cara tidak bermeter dan mengenakan tambang luar biasa kepada pelanggan.

Berikut ada lah kenyataan rasmi SPAD berkenaan perkara di atas.




No comments:

Post a Comment