Sunday, 18 June 2017

MCA Bertindak Berani , 50% Calon PRU14 Nya Ada Lah Muka Baru

MCA sudah bersedia.

Tidak kira bilapun PRU14 MCA sudah pun membuat kerja kerja mereka.

Sebelum ini pun MCA telah membuat kerja pengumpulan maklumat dan data berkenaan kehendak penggundi dan penduduk dikawasan yang MCA akan dan bakal bertanding.

Paling menarik kali ini , ada lah keadaan MCA yang bersatu dan tidak berpecah atau ber "faction".

MCA tidak mampu berpecah di saat genting dan penting ini.

Lain pula nasib parti DAP, yang berfaction dan berkrisis di peringkat tertinggi.

Menurut Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, parti nya telah pun mengemas kini senarai dan "shortlist" kan nama nama mereka yang bakal menjadi calon mewakili MCA.

Bahkan bakal calon yang telah di kenal pasti telah pun keluar menemui penduduk setempat dan membiasakan diri dengan pemaslahan penduduk sekitar kawasan yang di sasarkan untuk menarik menyokong MCA.

Paling menarik perhatian , 50% dari calon yang telah di senarai pendek ada lah muka baru.

In boleh lah di katakan campuran muka baru dan lama. Ini adunan terbaik.

Yang menarik nya ada lah cara pemilihan calon berdasarkan "survey" yang di lakukan oleh MCA terhadap ahli ahli nya.

Dengan cara survey ini , maka nama nama tersenarai ada lah mereka mereka yang mendapat tempat di hati ahli MCA sendiri melalui "feedback" dan bukan dari cara kronisma atau pun pilih kasih.

Maka tentu sekali cara ini boleh mengelak kan rasa tidak puas hati di kalangan ahli yang rasa mereka layak tetapi tidak di pilih.

Liow sempat juga memberitahu bahawa semenjak PRU13  lalu , MCA bekerja keras dan mula mendapat kepercayaan masyarakat Cina .

Selain itu pelbagai strategi telah di rencana oleh MCA bertujuan bagi memenangi pilihanraya dan memikat hati penggundi.

MCA , kata salah seorang Naib Presiden nya, mengambil sikap memberitahu hal sebenar kepada ahli ahli nya.

Paling penting MCA enggan berada di dalam kedudukan  syok sendiri dan sering mahu menerima teguran dan feedback dari masyarakat.

Semenjak PRK Kg. Kangsar dan Sg Besar , memang terlihat sedikit peningkatan masyarakat Cina menggundi BN , ini mungkin mereka mula sedar bahawa MCA bekerja keras untuk mereka.

Track record MCA berkenaan kebajikan sekolah Cina tidak dapat di tandingi oleh DAP.

MCA lah yang banyak ke hadapan dalam memohon pelbagai peruntukan dan kemudahan untuk sekolah Cina.

MCA menurut Datuk Paduka Chew telah menerima banyuak "Feedback' berkenaan kehendak masyarakat dan bakal mencipta manifesto sejajar dengan kehendak mereka.

Di waktu ini MCA jelas bekerja keras di kawasan Gelang Patah di mana usaha secara bersungguh sungguh untuk memenangi hati masyarakat setempat sedang di jalan kan;

MCA tidak mahu terlihat hanya ujud ketika datang waktu pilihanraya sahaja.

Apa pun kekuatan MCA menghadapi PRU14 kali ini ada lah dengan ketikadaan faction atau pun "war lord" yang tidak seiringan dengan kepimpinan tertinggi nya. Itu lah Vital point MCA.

DAP nampak nya bakal menghadapi PRU14 di dalam keadaan pihak pro keluarga Lim dan faction yang menolak nya bakal berebut kerusi untuk di calon kan.

Maka PRU14 kali ini pasti nya ada lah satu kelainan bagi MCA kerana selain calon muka baru nya hampir 50%  , MCA juga tiada masalah persaingan dan pergeseran antara pemimpin atasan mereka.


#mca


No comments:

Post a Comment