Thursday, 22 June 2017

Pengusaha Bas Henti Henti Terima Dana Bantuan - SPAD



Pengangkutan Awam ada lah satu bentuk perniagaan perkhidmatan yang bergantung kepada keperluan pengguna. Erti kata jika ramai mahu kan servis nya maka selagi itu lah ia boleh bertahan untuk beroperasi.

Namun "margin" keuntungan nya sering kali tidak medapat menampung kos kos sampingan seperti pengajian kakitangan , kos maintenan dan pentadbiran.

Ini bukan sahaja berlaku kepada penggendali teksi bah kan juga terjadi kepada syarikat syarikat bas terutama nya mereka yang menggendalikan perkhidmatan bas henti henti.

Penggendali bas henti henti misal nya, amat memerlukan sokongan dari pihak kerajaan kerana keuntungan mereka bukan nya banyak dan jika silap langkah mereka terpaksa gulung tikar, dan jika ini terjadi maka yang susah ada lah pihak pengguna itu sendiri ia itu rakyat.

Maka atas sebab ini lah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjadi conduit untuk pembiyaian kepada syarikat bas ini.

SPAD telah memberi bantuan dana sokongan sementara Bas berhenti henti (ISBSF)

Objektif bantuan ISBSFG ini ada lah  untuk menangani kekurangan dalam operasi harian pengendali bas berhenti-henti bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan. Kedua, dana ini menggalakkan pengendali-pengendali bas berhenti-henti untuk mengaktifkan laluan yang telah ditamatkan perkhidmatan, dan mendorong pengendali dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menambah kekerapan perjalanan dan memperbaiki keadaan bas.

Sebelum ini sejumlah 75 pengendali bas di Semenanjung Malaysia dan 23 pengendali bas di Malaysia Timur telah menerima pembiayaan ISBSF pada tahun 2012.
Sehingga 2016 seramai 170 pengendali bas  telah menjalankan operasi ISBSF di seluruh semenanjung Malaysia yang merentasi 630 laluan terpilih .
Bas henti henti ini telah menampung keperluan sejumlah 417.8 juta pengguna keseluruhan nya sehingga setakat ini.
Pada mula initiatif ini berjalan ia itu pada tahun 2012, ISBSF telah mendapat peruntukan sebanyak RM470 juta daripada Kerajaan Malaysia bagi tujuan meningkatkan mutu perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negara supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan selesa kepada rakyat.
Sepanjang pemberian dana ISBSF sejak 2012, ianya telah memberi manfaat kepada 332,232 penumpang sehari yang merentasi 656 laluan di seluruh negara.
Ini lah antara peranan SPAD sebagai penyokong dasar Transformasi Pengangkutan Awam dan memastikan perkhidmatan bas sentiasa baik dan melayani keperluan rakyat agar tidak terjejas akibat kekurangan penumpang di laluan bukan tumpuan atau pun laluan yang tidakl menguntungkan.
Walaupun laluan itu tidak menguntungkan kepada penggendali bas, namun perkhidmatan tetap dan harus di beri.
Maka ini lah antara sebab nya ujud dana seperti ini yang di kendalikan oleh SPAD.
Jika penggendali gulung tikar kerana hal ini , maka hasrat menaik taraf mutu pengangkutan awam akan gagal juga.

Kita patut bersyukur kerana ada kerajaan yang amat prihatin terhadap keperluan rakyat sambil itu memberi bantuan untuk usaha ini sepeti mana boleh di lihat pada pemberian dana sementara ini.





No comments:

Post a Comment