Tuesday, 6 June 2017

Pesaing Mahathir Kini Ada Lah Anwar Dan Bukan Nya Najib



Dalam Tun Mahathir begitu hebat menyerang Najib Razak dan bersungguh sungguh membunuh karaktor nya , akhir nya individu yang perlu di tandingi hari ini ada lah Anwar Ibrahim.

Sebelum Mahathir bertembung dengan Najib, Anwar Ibrahim kini menjadi penghalang nya ke jawatan Perdana Menteri.

Bagaimana Mahathir boleh bersaing dengan Najib jika Anwar ada lah huddle utama nya dari Pakatan Harapan?

Jika tidak, PH bakal ada 2 pesaing untuk berentap dengan Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Ini terjadi apabila Mahathir menawarkan diri nya sebagai calon Perdana Menteri "terpaksa" dari Pakatan Harapan jika keadaan memaksa nya.

Mahathir menawarkan diri setelah kecewa diri nya tidak menjadi faktor lansung dalam keputusan yang di buat oleh sekutu nya apabila sebulat suara mahu kan Anwar Ibrahim sebagai PM ke7.

Boleh dikata kan kini , kerja "charactor assisination" yang di buat oleh Mahathir terhadap DS Najib mengguna kan dana ratusan juta menjadi sia sia kerana tiba tiba yang menjadi penghalang ada lah Anwar dan bukan Najib.

Sudah menjadi pengetahuan umum , Mahathir amat takut jika Anwar menjadi Perdana Menteri , bukan hari ini , bahkan ketika Anwar masih menjadi Timbalan nya lagi.

Mahathir melihat Anwar ada bakat untuk mengenakan nya serta membalas dendam.

Apa tidak nya , Anwar sudah hampir sejengkal sahaja dengan jawatan Perdana Menteri apabila terus di cantas oleh Tun Mahathir.

Ia boleh di andaikan "so near yet so ver far".

Bukan sahaja terus sembam ke bumi bahkan Anwar merengkok terus ke dalam penjara.

Melupakan dan memberi kemaafan ada lah 2 perkara berbeza.

Tidak dapat di pastikan sama ada Anwar sudah memaaf kan atau hanya sekadar melupakan.

Apa pun , yang pasti Mahathir tidak akan membiarkan Anwar menjadi calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan.

Jika ketika menjadi Timbalan nya dahulu pun Mahathir cantas , masakan hari ini pula dia mahu membiarkan.

Dikhabarkan Mahathir ada memanggil para penasihat serta kawan rapat nya untuk mencari jalan dan idea apa patut di lakukan untuk seterus nya.

Berhabisan bermati matian membunuh jenama "Najib" tiba tiba muncul penghalang baru untuk jawatan Perdana Menteri , ia itu Anwar Ibrahim.

Sudah lah di ramalkan bahawa banyak kerusi bakal di tanding di PRU14 dengan 3 penjuru , mana mungkin jawatan Perdana Menteri pun 3 penjuru juga.

Mungkin Najib kini ada lah common enemy untuk Anwar dan Mahathir , namun common interest kedua mereka ia itu jawatan Perdana Menteri menjadi common problem kedua mereka juga.

Ada seorang telah menulis , kemana sahaja Mahathir pergi , "trail of destruction" bakal terjadi, dan agak nya ini lah contoh nya, dalam Pakatan mahu meletak kan calon solo bersaing dengan Najib, Mahathir pula muncul dengan tawaran diri nya.

Maka terjatuh lah lah Pakatan Harapan dalam dilema , dalam mencari sedikit undi dari kemasukan Mahathir kedalam golongan mereka, Mahathir juga cukup masalah untuk di bebani oleh mereka.

Kini , tentu sekali Mahathir ada jalan keluar untuk kemelut ini, tapi, pasti sekali jalan keluar untuk diri nya sahaja dan bukan untuk Pakatan Harapan atau Anwar.

Mahathir seperti biasa licik dan bermuslihat , ada sahaja nanti ujud masalah dari nya untuk Pakatan sebagai "tekanan" atau "ugutan".

Apa pun yang nyata sekarang ada lah kedudukan Najib Razak bertambah kukuh di Barisan Nasional , dan kedudukan Anwar dan Mahathir terganggu antara satu sama lain.

Menarik untuk di fikirkan , bersungguh sungguh dan bermati matian puak pro Mahathir berhabisan membayar ratusan juta kepada Media asing untuk up cerita sensasi berkenaan Najib dan 1MDB , namun berakhir dengan menghadapi musuh tidak di duga , ia itu Anwar Ibrahim.

Tumbling block yang datang dari pihak sendiri dan bukan dari pihak musuh.




No comments:

Post a Comment