Wednesday, 14 June 2017

SPAD Gantung Lesen Syarikat Penggendali Treler Aksiden Babit 8 Nyawa.

Malaysia walaupun boleh dikata kan negara kecil namun jumlah kemalangan nya amat tinggi.

Rate accident nya sudah lah tinggi kekal begitu pula setiap tahun.

Di anggarkan hampir 6,000 lebih jumlah kematian di jalan raya. Dan kadar ini hampir sama setiap tahun.

Ini menunjuk kan kesedaran kepada safety amat rendah oleh pemandu pemandu di negara ini.

Lebih buruk lagi jika ada kemalangan ngeri melibatkan ramai nyawa,  maka mula lah tuduh menuduh dan tuding menuding jari terhadap badan atau agensi kerajaan, sedangkan jawapan pada ini ada lah kesedaran pemandu yang amat rendah.

Segala undang undang sudah ada dan segala bentuk tindakan sudah di lakukan namun jumlah nya sukar menurun kerana kepekaan pengguna jalan raya itu sendiri.

Misal nya, siapakah yang tidak tahu bahawa menggunakan lane kecemasan itu satu kesalahan? hampir semua pengguna tahu, tetapi lihat lah mereka tetap akan menggunakan nya jika terlihat ada kesempatan atau terlihat ketiadaan penguatkuasa.

Begitu lah tegar nya kedegilan pemandu kita.

Baru baru ini terdapat 8 orang maut dan rentung di satu insiden kemalangan
 di KM25 Bahau -Keratong  Jempol.

Ini sebagai contoh apa yang kita kata kan sebagai kejadian lazim di jalan raya kita.

Pada kemalangan ini ia membabitkan sebuah treler, sebuah Myvi , Proton Exora dan Toyota Vios .

Dikatakan antara punca kemalangan ini ada lah dari kenderaan berat treler itu.

Pemandu nya di kata kan telah brek dengan serta merta kerana gagal memotong sebuah motorsikal membawa aiskirim.

Akibat dari tindakan brek emergency itu maka terjadi lah kemalangan yang meragut 8 nyawa itu.

Susulan aksiden ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah dengan segera mengambil tindakan menggantungkan lesen syarikat penggendali treler itu ia itu Golden Horse Plantations .

Apabila tindakan menggantung di ambil , selalu nya SPAD akan menghantar pasukan menyiasat di bawah kod amalan keselamatan industri (ICOP).

Ini ada lah standard procedure untuk mengenal pasti dan mencari bahan bukti dan penyebab kemalangan.

Pelbagai sudit akan di ambil untuk siasatan , baik berkenaan kenderaan itu sendiri dengan "road worthy" nya dan juga pemandu itu sama ada di bawah pengaruh dadah atau tidak.

Pemandu terbabit juga telah di reman 4 hari.

Benar , tiap kemalangan akan di siasat terutama nya yang membabit nyawa, tetapi tindakan dari badan seperti SPAD , PDRM , JPJ menjadi tidak berapa efektif , jika sikap pemanduan itu sendiri tidak berubah.

Lihat sahaja lah apa terjadi kepada lane kecemasan tiap kali ada traffic jam , pemandu akan sentiasa cuba melanggar undang undang apa bila ada peluang dan melihat ketiadaan penguatkuasa,

SPAD dan agensi lain boleh sentiasa ambil tindakan tetapi attitude pengguna itu sendiri harus berubah dan mentaliti melanggar undang undang harus disisih dari sikap memandu.

Kenyataan Media SPAD










No comments:

Post a Comment