Friday, 7 July 2017

DAP Hampir Tenggelam , Tidak Perlu Seret MCA Tenggelam Sama

(Makan durian lagi sedap dari layan DAP)


Pelik juga parti DAP ini. Dalam keadaan sukar mereka pilih jalan lebih sukar.


Benar lah kata pepatah , orang hendak lemas , seketul najis terapung pun akan dicapai nya.


Ketika keadaan dalaman parti mereka huru hara dan carca marba , mereka enggan menerima hakikat itu bahkan terus mempersalah kan pihak lain.


Ketika kedudukan DAP dalam keraguan kerana isu manipulasi undi pemilihan CEC  mereka pada awal nya menyalahkan sistem komputer dan kemudian nya menyalah kan ROS pula.


Semua pihak salah belaka kecuali diri mereka sendiri.


Tetapi kita apabila berbicara berkenaan DAP , kita sebenar nya berbicara berkenaan 2 watak sahaja. mereka lah DAP.


Siapa lagi kalau bukan dinasti Lim.
DAP amat malang pada ketika ini kerana mereka terasa amat hampir kepada Putrajaya apabila mengambil Tun Mahathir sebagai macai baru nya , namun tanpa di duga Tun Mahathir pula menjadi duri dalam daging dengan tuntutan peribadi nya.


DAP amat mengharap Tun Mahathir bawa pulang undi  Melayu sekurang kurang 20% dari aura Tun Mahathir , tetapi sebalik nya Tun Mahathir menjadi liabiliti dengan masalah dalaman parti nya sendiri dan juga masalah peribadi nya berkenaan kes skandal kewangan FOREX.


Kira nya keluarga Lim silap percaturan.


Selain itu Lim Guan Eng sendiri bakal terpalit dengan kes rasuah nya yang akan diadili di mahkamah tidak lama lagi.


Maka jelas masalah DAP datang dalam pakej yang berganda.


Dalam masa yang sama MCA pula kelihatan utuh dan bersatu.


MCA telah berjaya membuang sifat berpuak puak dalam parti kerana MCA menyedari survival parti mereka tidak mampu menampung masalah perpecahan.


MCA sedar organisasi mereka mesti bersatu dalam menghadapi PRU14.


A united MCA is a strong MCA. any faction within the party will crack MCA.


Kini jika di teliti antara MCA dan DAP , MCA lebih berguna kepada masyarakat Cina kerana dalam diam MCA telah  berjaya memperkasa kan sekolah kebangsaan Cina,

MCA berjaya membawa peruntukan dari kerajaan dan juga memperbaiki sekolah Cina.


Satu lagi kejayaan MCA ada lah memperkasa kan kampung baru Cina dengan membawa kemajuan dan peruntukan.


MCA juga telkah mengembalikan keyakinan masyarakat cina dengan berjaya bergerak sebagai satu parti moderate yang berjaya membawa konsensus kepada Barisan Nasional ketika isu RUU355.


Ini lah MCA , tahu di mana lemah nya dan bagaimana memperbaiki nya.


DAP pula terkini memberi amaran kepada MCA dan gerakan agar tidak gembira dengan masalah pendaftaran DAP dengan ROS.




Bila pula MCA gembira kepada masalah DAP?


MCA tidak pernah pun berdiri  atas kelemahan pihak lain terutama nya DAP.


MCA naik atas kerja bakti dan amal nya, kepada masyarakat Cina dan kaum lain dan tidak sekali kali atas kelemahan DAP.

Amat tidak wajar amaran DAP , ia umpama orang lemas yang mahu berpaut kepada pihak lain supaya turut lemas sama.

#mca

No comments:

Post a Comment