Monday, 3 July 2017

DAP Sudah Kenal Pasti “Nizar Jamaluddin” Versi Kelantan Untuk “Melayu Screw Melayu”



Nampak nya agenda ‘melayu screw melayu”  bakal terus di guna kan oleh DAP dalam menawan orang Melayu.

Benar lah pendapat bahawa dalam Pakatan Harapan DAP amat berkuasa dan dominan.

Menteri Besar untuk negeri majoriti Melayu pun DAP yang tentukan,

Walaupun Mat Sabu ada lah Presiden Parti PAn namun dia tiada peranan atau pun tiada nilai lansung di dalam Pakatan Harapan.

Tugas Mat Sabu hanya lah “parroting” apa sahaja kata kata DAP dan juga mengiyakan sahaja perbuatan DAP.

Sepatut nya Mat Sabu setaraf pemimpin Pakatan Harapan, namun jelas heraki dalam PH hanya Lim kit Siang sahaja yang berkuasa.

Kemudian apabila Tun Mahathir gagal perguna kan Presiden UMNO mengikut telunjuk nya, lalu masuk kedalam Pakatan Harapan, sangkaan Mahathir dia boleh “langgar” sahaja lim kit Siang dan Anwar , namun jelas Tun Mahathir gagal dalam usaha nya.

Dalam hal terkini ,apabila Lim kit Siang istihar bahawa Husam Musa ia itu orang nombor dua parti Amanah akan di lantik jadi Menteri Besar Kelantan jika PH menang di Kelantan , paling menonjol dalam isu ini bukan nya hal Husam Musa itu sendiri , tetapi hal bahawa Lim kit Siang dari DAP yang “call the shot”.

Jelas Lim Kit Siang ada lah Numero uno dan paling berkuasa dalam Pakatan Harapan dan bukan nya orang lain.

Memang boleh di lihat  Melayu dalam Pakatan Harapan tidak pernah sedikit pun berani bersuara selain bersuara apa yang di mahu kan oleh Lim Kit Siang atau DAP.

DAP berkuasa dan boleh mengarah kan parti dalam PH membuang atau mengugurkan sesiapa sahaja dari kalangan ahli komponen PH. Itu lah jauh nya kuasa DAP.

Tindakan DAP dan Kit Siang dengan selamba umum siapa mereka mahu untuk jawatan apa menunjuk kan masa depan yang gelap bagi orang Melayu kerana mereka bakal menjadi alat sahaja kerana pemimpin Melayu yang ramai dalam PH hanya lah umpama buih di lautan sahaja.

Belum sekali pun pemimpin melayu dalam PH yang melawan DAP dan orang itu masih berada di barisan kepimpinan dalam PH sebagai pemimpin.

Pernah ada pemimpin PKR dari Pulau Pinang berkomunikasi bersama sahabat PKR nya mengkritik Lim Guan Eng telah terlepas kepada pengetahuan Lim Guan Eng , lalu dengan segera dia memohon maaf dalam ketakutan.

Walaupun dari parti berbeza pun dia ketakutan., waima kritikan nya ada asas.

Pernah juga DAP berjaya mengusir pemimpin PAS yang tidak selari dengan kehendak DAP dan dia berjaya di singkirkan oleh DAP dengan mengarah kan PAS akur kepada mereka, tentu ramai masih ingat kes botol arak dan Hassan Ali.

Kini apabila Kit Siang menama kan Husam Musa calon MB Kelantan nyata agenda “Melayu screw Melayu” di teruskan oleh DAP.

Husam akan mencontohi Nizar Jamaluddin di Perak yang begitu popular dengan isu geran tanah 999 tahun kepada orang Cina pilihan DAP Perak.

Jika ketika MB Kelantan yang terdahulu pun boleh menyerah kan tanah Kelantan kepada EXCO DAP Perak, entah berapa ribu ekar pula tanah Kelantan dengan geran 999 tahun bakal di beri oleh Husam untuk membalas jasa Kit Siang dan DAP?

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub pula, menganggap cadangan DAP tidak memberi apa apa kesan kerana yakin PAS tetap terus akan berkuasa di Kelantan kerana rakyat Kelantan bijak menilai.

Namun yang jelas tiada seorang pun pemimpin Melayu dalam PH yang berani bersuara kerana takut terganggu periuk nasi mereka.

Dalam Tun Mahathir cuba memberi gambaran Najib Razak ada lah konon nya pemimpin umpama diktator dan di takuti , nampak nya pandangan dan dakyah itu tidak benar lansung kerana di hadapan batang hidung Tun  Mahathir ada seorang individu yang amat di takuti oleh pemimpin melayu Pakatan Harapan. Apabila dia bercakap tiada siapa berani bantah.

Kini Melayu akan terus di guna kan untuk screw melayu sejajar dengan kehendak DAP.


Sambil itu rakyat di persila kan memerhati dalam Pakatan Harapan ada atau tidak bayangan pemimpin melayu yang berani lawan apabila agenda Islam agenda Melayu di kacau oleh DAP apabila Perdana Menteri ada lah di bawah “Remote control” mereka.


#yp

No comments:

Post a Comment