Wednesday, 12 July 2017

Nyawa Politik Keluarga Lim Di Hujung Tanduk ,Pemilihan Ahli Sendiri Pun Mereka Sanggup Tipu



Nyawa Politik Keluarga Lim Di Hujung Tanduk ,Pemilihan  Ahli Sendiri Pun Mereka Sanggup Tipu


Orang dulu dulu kata , jika kotor di hulu ,maka akan kotor lah sampai ke hilir.


Kemudian mereka kata jika sesuatu itu bermula dengan tidak baik , maka tentu sekali akan berakhir dengan tidak baik juga.


Kesemua kenyataan dan pepatah ini amat sesuai dengan senario politik negara di waktu ini.


Sedang DAP “dictate” apa parti parti komponen dalam Pakatan Haram mereka harus lakukan , DAP sendiri pula dalam kedudukan tidak menentu.


Bagaimana sebuah parti politik yang pemimpin nya memegng jawatan secara haram kerana kedududukan pemilihan mereka dari undian dan keputusan yang haram boleh terus mahu berkuasa.


Tindakan yang di ambil oleh ROS , tidak kira baru atau lama tetap beradasar kan bahawa undian CEC DAP pada tahun 2013  telah di adakan dalam keadaan tidak  betul dan menyalahi undang undang.


ROS juga pada  17th April 2013 telah menulis kepada DAP  bahawa ada terdapat “irregularities” pada pemilihan Eksekutif Pusat nya dan ia harus di batal kan.


Tapi DAP ada lah DAP , selain tidak menghormati apa apa undang undang oleh pihak berkuasa , DAP juga tidak pernah menghormati undang undang parti mereka sendiri.


DAP yang kita maksud kan ada lah yang di waklili oleh keluarga Lim Kit Siang dan anak nya Lim Guan Eng atau pun di panggil “Dinasti Lim”.


Ketika menguruskan DAP mereka sebenar nya mewakili kepentingan keluarga mereka sahaja.


Setiap tindak tanduk DAP ada lah tindak tanduk mereka sekeluarga sahaja.


Tetapi apabila DAP jatuh musibah , seperti kes arahan undian semula oleh ROS , keluarga Lim cuba menampak kan ia ada lah masalah DAP keseluruhan   pula , sedangkan ia masalah yang di bawa oleh mereka sekeluarga sahaja.


Maka apa yang kini terjadi , keluarga Lim cuba menyeret banyak pihak ke dalam kancah DAP hasil kecuaian dan kesalahan mereka supaya terlihat ia masalah massa dalam DAP dan musibah untuk semua DAP supaya dapat banyak pihak menyebelahi mereka melawan pihak autoriti.


Amat bodoh bagi sesiapa untuk membantu keluarga Lim menyelesaikan masalah peribadi mereka mengguna kan nama DAP.


Pada masa yang sama DAP yang di perintah oleh keluarga LIm cuba untuk mengikuti jejak Tun Mahathir dan Tun Daim satu waktu dahulu.


Keluarga Lim cuba mendapatkan ROS supaya membatal kan DAP untuk mereka membuka DAP baru .


Mereka amat takut sekira nya di adakan undia semula mereka akan tewas , dan di percayai Lim kit Siang akan mendapat kedudukan bawah dari nombor sepuluh.


Ramai mangsa kekejaman keluarga Lim ini ada wakil mereka yang mengundi dalam pemilihan CEC atas sebab itu lah sedaya upaya Kit Siang dan Guan Eng cuba mati matian untuk mengelak kan undian semula.


Bersama nyawa politik keluarga LIm ada lah nyawa politik Tun Mahathir juga.


Kemasukan Tun Mahathir kedalam Pakatan Harapan ada lah atas kuasa kuku besi Kit Siang.


Ahli DAP keseluruhan masih tidak mengampun kan Mahathir bahkan menolak Mahathir.


Maka jika keluarga Lim runtuh, Mahathir akan hanyut sama kerana majoriti ahli DAP masih ingat dan kenal siapa Mahathir.


Jadi , itu lah sebab nya by hook atau by crook Lim dan anak nya Guan Eng akan mati matian tidak mahu diadakan  undian semula.
Mereka ambil perkiraan asal di mana nama Dr Tan Seng Giaw akan naik teratas dan menjadi pemimpin DAP.


Kini jelas , bukan DAP yang sedang bersuara melawan ROS , tetapi keluarga LIm sahaja.


Rakyat harus tolak DAP , ia tidak mewakli rakyat , bah kan hanya mewakili dinasti LIm sahaja.


Suara ahli DAP lain pun terpendam apa tah lagi suara rakyat jika keluarga dinasti Lim dapat terus berkuasa.


Jangan undi pemimpin yang naik secara haram seperti dua beranak Lim ini , kemudian nanti semua jadi haram juga termasuk siapa siapa yang mereka lantik.



#yp












No comments:

Post a Comment