Thursday, 6 July 2017

Pelancaran Butang Panik Oleh EzCab Sahut Saranan SPAD




Nampak nya progress kepada perkhidmatan E-hailing yakni teksi langganan secara online mula meningkatkan taraf dan mutu servis nya dengan ada penggendali menambahkan applikasi keselamatan pada pelanggan dengan pelancaran butang panik.


Butang panik S.O.S ini ada lah satu rupa bentuk ciri keselamatan di mana pelanggan hanya perlu download applikasi itu jika mereka kerap melanggan kereta sewa dan menekan butang dengan kadar segera untuk meminta bantuan.


Apabila mereka telah “trigger” butang panik itu ia akan dapat kepada pusat operasi  satu pasukan bantuan akan datang menyahut “distress call” itu.


Perkhidmatan bantuan ini ada lah beroperasi 24 jam.


Dari maklumat yang di beri sudah sampai sehingga 10,000 pengguna telah memuat turun applikasi ini .


Di anggarkan ada sejumlah 2,000 pemandu e-hailing yang memberi perkhidmatan di sekitar Lembah klang.


Ini ada lah bersesuaian dengan saranan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat pada surat Media nya yang mengarahkan mereka yang menggendalikan syarikat E-hailing supaya mempercepatkan mengenalkan butang S.O.S.


EzCab sebagai penggendali terawal memperkenal kan butang panik ini tentu nya faham apabila sejak kebelakangan ini keselamatan terhadap pelanggan e-hailing menjadi isu kerana terdapat beberapa kejadian membabitkan pelanggan e-hailing.




Pada 13 Jun Lalu SPAD telah mengeluarkan sebaran media nya berkenaan hal ini.


Selain itu SPAD juga memperketatkan saringan memilih pemandu e-hailing dan mengarah di ujud kan rekod profilling bagi setiap pemandu untuk dikenal pasti pemandu yang berisiko tinggi.


Kami ada menulis berkaitan hal ini  di sini :-



Sebaran Media SPAD  boleh di baca di sini :-




SPAD AKAN MENGETATKAN PROSES SARINGAN PEMANDU E-HAILING DAN MENGARAHKAN PENGENDALI E-HAILING UNTUK MEMPERCEPATKAN PENGENALAN BUTANG S.O.S.

Selasa, 13 Jun 2017
KENYATAAN MEDIA
SPAD AKAN MENGETATKAN PROSES SARINGAN PEMANDU E-HAILING DAN MENGARAHKAN PENGENDALI E-HAILING UNTUK MEMPERCEPATKAN PENGENALAN BUTANG S.O.S.
Jun 13, 2017 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan Grab Malaysia bagi membincangkan langkah-langkah permasalahan keselamatan yang serius, berikutan penahanan seorang pemandu yang didakwa telah merogol seorang penumpang wanita.
Demi keselamatan penumpang, beberapa langkah akan diwajibkan ke atas pengendali e-hailing sebelum berlangsungnya pembacaan kedua bagi pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) di Parliamen pada bulan Julai nanti. Langkah-langkah tersebut adalah:
  1. Bermula pada 16 Jun, pengendali e-hailing diwajibkan mengemukakan rekod-rekod pemandu kepada SPAD. Ini adalah untuk membolehkan Suruhanjaya melaksanakan saringan latar belakang yang lebih ketat dengan usaha sama agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan JPJ.
  2. Bagi meningkatkan keselamatan penumpang, Suruhanjaya juga telah mengarahkan pengendali e-hailing untuk mempercepatkan pelaksanaan butang panik atau S.O.S. pada aplikasi mereka di dalam jangka masa terdekat. ‘Butang panik’ ini akan menyediakan satu ciri keselamatan kepada penumpang yang akan memberikan makluman kepada polis apabila terdapat kecemasan.
  3. Sebagai satu polisi mitigasi risiko yang proaktif, SPAD telah menggesa pengendali e-hailing untuk menggunakan proses yang lebih menyeluruh bagi mengenal pasti profil pemandu. Ini akan membolehkan mereka mengenal pasti dan menghalang pemandu yang berisiko tinggi.
  4. Pengendali e-hailing juga diwajibkan untuk menyerahkan data bulanan mengenai pemandu-pemandu yang telah dikenal pasti atas kesalahan trafik, tingkah laku dan perkhidmatan. Ini membolehkan Suruhanjaya menyenarai hitam pemandu tersebut dan menghalang mereka daripada bermigrasi kepada perkhidmatan e-hailing yang lain.
  5. Pengendali, e-hailing juga dikehendaki menyerahkan data bulanan ‘rating’ pemandu kepada Suruhanjaya untuk menangani secara proaktif isu-isu pengurusan pemandu.
Setelah peraturan kawal seliaan e-hailing diluluskan oleh Parlimen, pengendali e-hailing diwajibkan untuk mengamalkan tahap keselematan dan perkhidmatan yang tertinggi. Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan terhadap pengendali dan pemandu e-hailing yang didapati melanggar undang-undang, serta menyita kenderaan pemandu e-hailing yang terlibat.Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

#spad







No comments:

Post a Comment