Tuesday, 4 July 2017

Rafizi Layan Hal Pemandu Teksi Umpama Alat Penyumbang Undi Sahaja.




Amat jelek melihat gelagat Rafizi Ramli yang cuba mendapat audien baru dari kalangan pemandu teksi pula untuk menyokong kareer politik nya.

Setelah gagal mendapat impak besar hasil serangan nya terhadap Agensi agensi berbau “melayu” seperti LUTH, Tabung Angkatan Tentera dan FELDA kini Rafizi mahu perolehi “mileage” politik melalui Pemandu teksi pula.

Rafizi terlupa dan terlepas pandang berkenaan Transformasi Pengangkutan Awam anjuran Perdana Menteri di mana memperkasa kan industri teksi ada lah antara sasaran kerajaan.

Tajuk berkenaan isu yang dibawa oleh Rafizi amat misleading , mungkin kerana telah terpengaruh dengan pemandu teksi yang sememang nya di kenal pasti majoriti dari mereka ada lah penyokong pembangkang.

Kongress himpunan Warga Teksi Malaysia konon konon nya di ada kan seolah olah Rafizi boleh menyelesaikan masalah mereka.

Sedang kan tayar pemandu teksi pun dapat bantuan dari kerajaan melalui agensi yang di lantik ia itu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tiada di dalam dunia tayar kereta di tanggung oleh kerajaan kerana itu ada lah masalah individu yang memilih membawa teksi sebagai sumber pendapatan nya, namun itu lah kerajaan Malaysia melayani karenah pemandu teksi.

Selain itu jika Rafizi tahu keseluruhan masalah industri teksi dan bukan hanya datang sebagai burung kesejukan hingap di jendela di waktu malam, Rafizi tentu tahu akan kerja kerja membebas kan pemandu teksi dari belenggu  bekerja dengan syarikat.

Sehingga kini sudah hampir 600 orang pemandu teksi dibebaskan oleh SPAD dengan pemberian lesen permit individu dan ia akan di tambah lagi peringat demi peringkat.

Rafizi mahu jadi hero menjaga pemandu teksi tetapi bukan atas sikap sebenar mahu menolong, hanya mengambil kesempatan dari penyokong PKR dan pembangkang yang ada di dalam kelompok pemandu teksi itu sahaja, mereka lah yang memberi nya talian hayat mengguna kan persatuan mereka untuk di’alat” kan oleh Rafizi, cukup masa Rafizi akan lesap juga.

Kemana pergi Rafizi apabila pencarum Tabung Haji tidak dapat dividen setelah di jahil kan oleh Rafizi?

Jika pemandu teksi tergugat dengan  khidmat E-hailing, tahu kah bahawa mereka yang menggendali nya ada lah rakyat juga seperti ahli persatuan pemandu teksi.

Adakah bermakna pemandu teksi biasa tewas kepada rakyat yang membawa UBER dan GRAB maka jalan membalas dendam ada lah melawan kerajaan?

Kepada pemandu teksi biasa pembawa UBER dan GRAB ada lah musuh mereka , namun kepada agensi kerajaan seperti SPAD dan rakyat yang lain, mereka ada lah penyelamat dan khidmat mereka di perlukan.

Malah UBER dan GRAB tiba tiba jadi pilihan rakyat atas sebab kesalahan teksi biasa juga.

Fikirkan lah kenapa rakyat membawa UBER dan GRAB dan rakyat  memilih UBER dan GRAB?

Kenapa mereka tidak pilih teksi tradisi yang lazim?

Tentu sebahagian dari masalah nya ada lah di sebab kan pemandu teksi tradisi sendiri.

Kerajaan melihat keseluruhan rakyat , ia itu pengguna GRAB dan UBER serta pemandu GRAB dan UBER.

Rafizi dan persatuan teksi tidak perlu menakutkan kerajaan dengan konon nya 80,000 jumlah pemandu serta anak isteri mereka akan membenci kerajaan , kerana puluhan ribu lagi pemnbawa GRAB dan UBER ada lah terdiri dari rakyat jug

Kerana mengikut maklumat dan statik aduan rakyat terhadap pemandu teksi biasa mencecah ribuan.

Pada tahun 2015 terdapat 6, 000 lebih rakyat mengadu kepada agensi seperti SPAD berkenaan pelbagai masalah pemandu teksi biasa. Kemudian pada tahun 2016 akibat pantaun agresif dan operasi jumlah aduan telah menurun kepada 5,000 lebih.

Mungkin GRAB dan UBER terlaku dan di terima rakyat kerana mutu perkhidmatan mereka.

Kenapa mesti salah kan kerajaan sahaja? Rakyat yang menerima mereka.

Atau , dari awal kerana beberapa individu dalam persatuan teksi condong kepada pihak Rafizi , maka Rafizi ambil kesempatan politik dari mereka.

Umum telah tahu, Rafizi dalam proses mahkamah dan isu isu yang di bawa oleh Rafizi kian tidak di layan kerana reputasi “fitnah” dan tewas di mahkamah kerana nya berulang kali membuat Rafizi perlu cari “new ground” dan nampak nya isu pemandu teksi boleh menepati kehendak ini.

Apa pun Agensii lantikan kerajaan seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat tidak pernah menyombong dalam melayani karenah persatuan teksi, dan jika ada masalah mereka sedia mendengar.

Cuma apabila mengetengah kan masalah, harus ingat sekali , ada juga pihak lain yang perlu pembelaan.

Rakyat bukan sahaja terdiri dari pemandu teksi biasa seperti yang Rafizi mahu jadi Champion.


Ribuan pemandu GRAB dan UBER ada lah rakyat , dan jutaan pengguna yang mengadu hal teksi kepada kerajaan ada lah juga rakyat, rakyat mana yang Rafizi maksudkan untuk di layan dengan istimewa?

#spad

No comments:

Post a Comment