Wednesday, 19 July 2017

Transformasi Pengangkutan Awam Najib Jadi Mimpi Ngeri Pembangkang




Pembangkang Malaysia berjiwa pelik, bukan sahaja pelik malah turut berjiwa jahat.


Mereka tidak mahu kebaikan untuk negara , mereka hanya mahu menggulingkan kerajaan semata mata.


Pembangkang yang baik akan memuji kebaikan dan akan menentang apa apa yang tidak elok, namun itu sifat pembangkang di negara lain kerana parti politik mereka tiada agenda orang asing.


Di Malaysia apa sahaja kebaikan di buat oleh kerajaan akan di tentang membabi buta , walaupun kebaikan itu berfaedah dan manfaat kepada pembangkang dan anak beranak mereka.



Mungkin kerana terlalu sangat berbohong dan berteori tentang keburukan kerajaan, maka apabila kebaikan itu di terjemah di depan mata rakyat seperti MRT , HSR, ECRL rumah Prima dan lain lain , maka pembangkang merasa cemas, kerana di “checkmate” kan dengan reality, tambah lagi rakyat dapat melihat sendiri di hadapan mata mereka.





Kesungguhan Perdana Menteri  mahu memperbaiki pengangkutan awam darat demi rakyat boleh di lihat dari awal lagi apabila beliau menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada tahun 2010.


Kemudian dari itu SPAD terus menjadi instrumen pembaikan , dari hal hal , bas teksi , prasarana berkaitan pengangkutan awam dan juga stesen stesen nya.


SPAD juga berperanan sebagai regulator dan membuat kajian berkenaan pengangkutan awam setiap masa.


Ini lah yang menjadi igauan pembangkang.




Terminal Bas yang umpama berada di airport juga di kaitkan dengan pembaikan cara hidup rakyat demi memudahkan urusan mereka.








Pada apa yang dapat kita lihat cemuhan pembangkang termasuk oleh penyokong Tun Mahathir dan Rafizi Ramli mendapati mereka panik dengan hasil kerja Najib Razak.


Terlihat Hannah Yeoh , Nurul Izzah dan juga Tony Pua amat risau pada kejayaan Najib memberi kepada rakyat, ia membatal kan kesemua fitnah mereka terhadap Najib.



Kita boleh lihat betapa banyak kegagalan projek sebelum ini seperti di bawah ini {-


1. KL Monorail line
- The privatized monorail project was approved in a cabinet meeting June 1989. Its cost was then estimated at RM 143 million. When eventually completed and opened, it cost RM1.18 billion in 2003.
- went bankrupt.
- Bailed-out and taken over by the govt-owned Prasarana in 2007 for RM882 million.
---


2. The Putra LRT line
- The privatized line started operations in 1998.
- went bankrupt.
- Bailed-out and taken over by the govt-owned Prasarana in 2002 for  between RM4.5 billion to RM5.7 billion.
---


3. The STAR LRT line
- The privatized line started operations in 1996.
- went bankrupt.
- Bailed-out and taken over by the govt-owned Prasarana in 2002 for RM3.3 billion.
---


4. Intrakota Bus Services.
- The privatized bus services started operations in 1998.
- went bankrupt.
- Bailed-out and taken over by the govt-owned Prasarana in 2003 for RM177 million.
---
All four major KL public transportation projects initiated by Mahathir was given to private companies via concessions and then promptly went bankrupt.


The Govt had to bail ALL of them Mahathir projects out.


Kita belum sentuh bab HSR dan ECRL yang pesat berjalan lagi , mungkin pada hari lain nanti.







Pada hari pertama MRT SBK bermula sudah hampir 100,000 Rakyat dapat menikmati kemudahan itu dan ini dianggarkan akan meningkat lagi apabila rakyat memuat adjustment kepada cara mereka pergi dan pulang ke destinasi mereka.

100,000 pengguna naik MRT SBK hari pertama - Nasional - Sinar ...

BERNAMA - 100,000 Pengguna Guna Perkhidmatan MRT Laluan ...

MRT terima 100,000 pengguna pada hari pertama pembukaan penuh ...


Nyata sekali rakyat merasa lega dan menerima baik kerja kerja kebaikan untuk mereka.

Dengan sambutan pada hari pertama MRT SBK sahaja menunjuk kan ia amat di perlukan untuk hal harian rakyat.

Banyak lagi pasaran sedang di bina untuk rakyat , ini lah yang di maksudkan dengan Transformasi Pengangkutan Awam, dan ia di terjemahkan dengan menjadi realiti dan bukan semacam terowong atau highway anjuran pembangkang.

#spad

1 comment: