Sunday, 6 August 2017

Datuk Seri Liow Tiong Lai Yakin Masyarakat Cina Akan Beralih Kepada MCA


"MCA kini bertambah kukuh dan bertambah fokus", kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai baru baru ini.

"Kami yakin akan dapat melakukan lebih baik dari pilihanraya yang lalu" tambah nya lagi kepada wartawan yang mengerumuni nya.

Apa yang membuat Presiden MCA berkata seperti di atas ada lah atas sebab kematangan ahli MCA yang menyedari di saat kritikal ini , di mana MCA telah kehilangan banyak kerusi pada PRU lalu , sebarang perpecahan atau keujudan faction dalam parti akan di anggap sebagai faktor pemusnah.

Mempelajari dari pengalaman PRU lalu , bermula dari itu, MCA telah melakukan "homework" dan "groundwork" nya.

Kenyataan Datuk Seri Liow seperti di atas sebenar nya turut memberitahu bahawa MCA dalam senyap telah menyelesaikan banyak masalah dan isu membabitkan masyarakat Cina.

Liow juga berpendapat bahawa dengan isu dan masalah yang di hadapi oleh kepimpinan DAP di Pulau Pinang , serta isu isu yang tidak selesai serta skandal yang di hadapi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang , masyarakat Cina sudah mula memberi perhatian terhadap parti MCA dan Gerakan.

Ini di tambah dengan kemelut dalaman parti DAP di mana krisis kepimpinan yang bakal melanda akibat pengundian semula ahli CEC DAP atas arahan ROS.

Pandangan Presiden MCA turut di kongsi oleh sekutu dalam Barisan Nasional nya ia itu parti Gerakan.

Presiden Parti Gerakan , Datuk Seri Mah Siew Keong turut berpendapat sama dengan Datuk Liow.

Malah lebih dari itu Mah menjangka kan polar penggundi akan beralih dalam sakala 30% berbanding13.45 pada pru13 yang lalu.



Mah memberi ulasan berdasarkan survey dan kajian yang telah di buat oleh parti Gerakan.

Untuk menguatkan pandangan kedua pemimpin parti berpaksi kan masyarakat Cina ini ia itu MCA dan Gerakan ada lah melalui perhatian dan feedback dari beberapa Pilihan Raya Kecil yang telah berlansung terdekat lalu.

Antara yang boleh di jadi kan kajian pada pendapat ini ada lah PRK Teluk Intan , Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Ternyata pada PRK ini semua telah terlihat polar pengundian masayarkat Cina telah mula kembali kepada Barisan Nasional walau pun bukan dalam skala besar , namun peralihan atau "shifting" pada undian jelas memperlihat kan nya di mana BN telah menang dengan selesa.

Malah ahli DAP Liew Chin Tong juga akur kepada penilaian ini .Liew memberi alasan bahawa masyarakat Cina agak lesu dengan politik berpanjangan tanpa henti yang di bawa oleh parti DAP.

Liew turut menyatakan peratusan pengundi Cina ketika PRU13 yang menyokong DAP ada lah dalam sekitar 85% di seluruh negara dan 90% di Pulau Pinang namun terkini ia jelas merosot sehingga 65% sahaja.

Mungkin, masyarakat Cina yang rajin berniaga dan bekerja agak jemu apabila selepas PRU dan PRK mereka masih di hidangkan dengan politik 24/7 oleh DAP sedang kan mereka mahu sambung kerja dan menjana pendapatan.

Selain itu, faktor lain yang membuat peralihan minat masyarakat Cina kepada MCA ada lah atas usaha dan pencapaian MCA  kerana mereka dapati walaupun MCA agak kurang popular dari DAP, namun MCA ada lah parti yang "deliver".

DAP hidup atas isu dan sensasi serta permainan persepsi  sedangkan MCA pula memiliki track record kerja serta KPI pencapaian hasil kerja.

Kemelut rasuah yang sedang di hadapi oleh Lim Guan Eng serta skandal terowong juga membuka mata masyarakat Cina kerana mendapati DAP bukan lah parti berprinsip kerana mereka tidak amal ketelusan untuk diri mereka sendiri.

Selain itu masih ramai ultra DAP yang tidak puas hati dengan kepimpinan Dinasti Lim yang mendekati Tun Mahathiir tanpa merujuk kepada mereka.

CAT yang di anjurkan oleh DAP tidak di amal kan lansung kepada kepimpinan mereka sendiri , malah Lim Guan Eng enggan meletak kan jawatan nya memandang kan beliau sedang menghadapi perbicaraan rasuah di mahkamah.

Ini lah contoh cakap tidak serupa bikin dari DAP yanbg sedang di perhatikan oleh masyarakat Cina.

MCA amat peka kepada kehendak masyarakat Cina serta kaum peniaga.

Datuk Wee Ka Siong misal nya tidak henti henti menyuarakan masalah pihak perniagaan "furniture " di mana masalah kekurangan pekerja yang kian menjejaskan produktiviti pembuat perabut begitu ketara.

Selain itu , hal hal peruntukan sekolah dan persatuan persatuan klan klan masyarakat Cina turut di dekati setiap masa oleh MCA.

Mungkin , masyarakat Cina akan kembali memberi sokomgan padu kepada MCA pada PRU14 memandangkan bakal calon calon dari MCA telah di kenal pasti dan sedang pun mendekati kaum Cina di kawasan masing masing untuk  memberi khidmat bakti.










No comments:

Post a Comment