Wednesday, 9 August 2017

Gelang Patah Bakal Beralih Ke MCA , Bukan Lagi Kawasan Selamat DAP

Nampak gaya Lim Kit Siang sudah cabut lari kekawasan lain pula.

Seperti biasa kawasan yang akan di cari oleh Lim Kit Siang ada lah kawasan bermajoriti kan orang Cina.

Kawasan yang ideal untuk Kit Siang ada lah seumpama ciri ciri Gelang Patah itu sendiri.

Walaupun Kit Siang  mengaku DAP bukan parti chauvinist Cina , namun pilihan kerusi oleh orang seperti Lim Kit Sang tetap sebuah kawasan bermajoriti kan orang Cina.

Untuk maklumat , jika seseorang itu suka melomopat dari satu parti ke parti lain , dia akan di gelar katak lompat , namun Lim Kit Siang ada lah  "political nomad" yakni sentiasa berubah kawasan walaupun tidak melompat parti.

Lim Kit Siang kini dikatakan sudah mendaftar diri sebagai pengundi di kawasan Parlimen Tanjong .
Pulau Pinang.

Tentu ramai pentaksub nya sudah tahu dan sudah acknowledge bahawa Kit Siang sememang nya umpama Badawi di Padang Pasir tidak duduk kekal di satu kawasan .

Timbalan Presiden MCA merangkap Ketua MCA Johor , Datuk Wee Ka Siong turut akui bahawa LKS amat jarang berada dikawasan nya.

"Jika anda mahu seorang wakil rakyat yang dapat memberi khidmat kepada penggundi nya , maka LKS bukan lah orang yang kamu harus pilih" ujar Datuk Wee.

Datuk Wee turut membuat perumpamaan LKS sebagai katak yang suka melompat dari satu kawasan ke kawasan lain..

Walaupun di khabarkan LKS ada membuat kenyataan bahawa Gelang Patah tetap pilihan utama nya, tetapi itu cakap sekadar mulut sahaja apabila bukti telah di dapati dia sudah mendaftar diri di Pulau Pinang.

Kawasan Gelang Patah yang di menangi oleh Lim Kit Siang ketika Tsunami Cina pada PRU13 nampak nya bukan lagi "save haven" untuk LKS.

Ia mungkin "Save haven" untuk calon orang Cina , tetapi bukan dari DAP.

Jika LKS sudah ada tanda tanda mahu lari ke Penang , maka MCA lebih layak dan lebih berhak untuk mengganti kan nya.

Komposisi penduduk parlimen Gelang Patah di mana pengundi Cina ada lebih kurang 52% dan Melayu 34% sangat sesuai untuk di rampas kembali oleh Barisan Nasional yang di wakili MCA .

Jika DAP meletak kan calon di situ , calon pengganti LKS akan mendapati kesukaran untuk menjawap kesilapan LKS yang sering tiada di kawasan nya.

Ini ada lah advantage kepada calon BN dari MCA.

Tambah lagi calon Gelang Patah dari MCA ini sudah pun di kenal pasti dan dia sudah pun di arah bekerja dan mendekati penduduk Gelang Patah termasuk kawasan DUN Skudai dan Nusajaya sekian lama.

Mungkin akibat terlalu ghairah dengan politik nasional dan usaha menyelamat kan anak nyadalam kes rasuah dan skandel pemilihan CEC, maka LKS telah mengabaikan penduduk yang telah menggundi nya.

Jadi itu lah sebab nya calon DAP yang bakal mengganti LKS akan dapat kesusahan menjawap kepada masyarakat Cina berkenaan kerja kotor "menang dan abaikan kawasan" oleh LKS.

Apa pun MCA telah lama memegang prinsip khidmat bakti , bukan sahaja kepada kawasan yang di menangi nya bahkan kawasan yang MCA tewas.

MCA miliki rekod kerja yang baik, dan hubungan dengan kerajaan , maka itu ada lah kebaikan kepada keperluan masyarakat Cina.

MCA juga mahu menang kerana kebaikan nya sendiri yang ada track record dan bukan kerana DAP telah lemah.

Gelang Patah nampak nya berpotensi kembali kepada 'Tuan" nya yang pernah menjaga kawasan itu selama empat penggal, dan bila ia terjadi , ia hanya umpama "sirih pulang ke ganggang".





No comments:

Post a Comment