Friday, 11 August 2017

Nothing2Hide2 - Gimik Dan Syok Sendiri ARMADA - Tak Payah Layan Kata Annuar Musa


Cuba fikir menggunakan akal yang waras dan bukan dengan akal yang condong menyokong sesiapa, ada kah jika Datuk Seri Najib menjawap soalan "crowd" pada forum Nothing2Hide2  maka akan di terima?

Jawapan amat mudah , sama ada di kata kan bohong , tipu atau pun di boo.

Itu lah yang nyata.

Apabila amatur politik yang masih berhingus seperti Ketua Armada menyarankan majlis soal jawap Nothing2Hide2 di mana konon nya ini jemputan kali kedua setelah N2H1 yang lalu tidak di layan oleh Najib , pernah kah dia terfikir yang datang itu akan menerima jawapan dan ulasan?

Pada kiraan Arul Kanda sudah 72 majlis, talks , jawapan bertulis di siarkan dan di perjelaskan kedudukan namun pembangkang seolah olah bodoh , jahil dan bebal untuk membaca dan memahami nya.

Ini kerana 1MDB sudah di pilih sebagai senjata menyerang Najib untuk agenda peribadi Tun Mahathir.

Bermakna apa sahaja jawapan tetap tidak akan di terima , tambah lagi yang datang bukan jenis mahu dengar cakap selain memuja dan menyembah Tun Mahathir.

Sebenar nya Syed Saddiq sudah tahu Najib Razak tidak akan attend mana mana event yang ada Tun Mahathir atas sifat nmeluat dan menyampah kepada nya.

Malah pejabat Mahatthir juga sudah tahu akan hal ini, tetapi apa bila seperti orang bodoh dan jahil pihak Armada mahu mengadakan juga , bermakna mereka mahu membuat gimik konon Najib takut untuk Hadhir dan Tun terpaksa bercakap seorang diri di majlis itu ,di mana memang itu lah yang dia kehendaki dari awal lagi sebelum terdedah sebagai penyeleweng wang FOREX.

Ketua Penerangan UMNO , Tan Sri Annuar Musa  beberapa hari lalu ada memberi saranan agar Predana Menteri tidak melayan gimik budak Armada ini.

Ini kerana tugas utama sebagai Perdana Menteri lebih penting dari kerja tidak berfaedah N2H2 ini.

Mungkin Ketua Penerangan UMNO segan untuk berkata Najib tidak perlu layan berdebat dengan orang yang sudah tidak ada kredibiliti seperti Tun Mahathir.

Tun yang sering menyalahkan pendirian lama nya untuk menegak kan pendirian baru nya tentu sekali tidak dapat dinilai sama ada apa yang dia kata kan ada lah yang benar dan betul.


Tan Sri annuar berkata "kerja cabar mencabar ini , kalau parti A tak buat parti B akan buat, tapi kerja Perdana Menteri kalau Najib abaikan tiada siapa yang akan buat" .

Maka elok sangat lah jangan di layan.

Syed Saddiq yang terjun kedalam politik hanya dengan berbekal kan sebagai juara debat tentu tidak tahu hal ehwal politik roots di mana ahli politik yang naik hari ini dan menteri yang dia lihat hari ini dulu ada lah jentera parti bawahan untuk kerja amal, gotong royong , menolong masyarakat.

Maka bekerja untuk masyarakat ada lah asing bagi Syed, itu sebab nya dia suka sangat berdebat cabar berdebat dan seumpama nya.

Tan Sri Annuar juga turut menyatakan Armada sengaja mencai publisiti kerana telah mengetahui najib tidak akan hadhir , maka mendapat political mileage konon nya Najib penakut dan sambil itu Tun Mahathir dapat berucap.

Forum N2H2 ini tiada jaminan Tun Mahathir akan jujur menjawap.

RCI yang di kata nya tidak takut untuk hadapi pun Tun sudah mula cuba melengahkan dengan permainan teknikal dan taktikal seperti Lim Gua Eng dan Anwar menghadapi kes Liwat dan rasuah.

Tun sedang cuba tumpu kepada dua juri dan akan mahu memaiankan isu itu untuk menyatakan ketidak adilan serta mahu ada perbicaraan berkenaan panel juri dahulu sebelum dia di soal.

Maka teralih lah dulu kisah perbicaraan menipu laporan dan tertumpu kepada hal dua orang panel.

Apa pun pada isu N2H2 ini nyata sekali ia satu booster kepada moral pihak penyokong Tun Mahathir yang semangat semakin pudar akibat Kuda penyiaran mereka Sarawak Report dan editor nya Claire Rewcastle Brown gagal kemuka bukti terhadap dakwaan kepada Haji Hadi menerima wang dari Najib Razak.

Tambah lagi Tun Mahathir sendiri di lihat mati kutu untuk menjawap kepada panel RCI memandang kan individu yang terkait bersama nya masing masing ada cerita tersendiri pada hal skandal ini.

Lagi pun tiada siapa boleh menjamin Tun akan berkata benar dan apabila Najib menjawap akan di terima.

Lebih elok di jadikan platform untuk Tun menyatakan dari mana modal membeli syarikat mega anak nya yang di tanya oleh EXCO Armada sendiri , atau pun jemput sahaja Nazri Aziz sebagai pengganti.

Maka anggap lah anjuran forum N2H2 oleh Armada Pribumi sekadar gimik untuk syok sendiri, penaik semangat dan kemenangan moral pada perjuangan yang kian malap.

#YP

1 comment:

  1. Blogger yang ambil duit, mmg sesuai diletakkan dibawah pemimpin yang curi duit MARA

    ReplyDelete