Monday, 7 August 2017

Penambahbaikan Khidmat Bas Henti Henti- Kali Ini MyBas Seremban Pula


Benar sungguh transformasi pengangkutan awam anjuran kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib di bawah plan Transfromasi National di terus kan dengan pelbagai cara.

Kita semua sudah saksikan kerja dan usaha giat berkenaan projek MRT , ECRL yang akan dimula kan tidak lama lagi, serta pindaan akta teksi untuk E-hailing sejajar dengan khidmat teksi untuk accomodate perkhidmatan  baru menggunakan applikasi talipon pintar.

Ini bermakna kerajaan pimpinan Najib Razak sangat mementingkan keperluan rakyat terutama nya pengangkutan awam dan mode perjalanan rakyat dari segala aspek.

Dimana boleh di perbaiki di baiki, yang boleh di tambah naik taraf di naik kan dan yang perlu di bina di bina.

Ini semua temaktub di dalam kempen mahu rakyat ramai mengunakan pengangkutan awam dari kenderaan sendiri.

Tentu rakyat sudah tahu berkenaan khidmat bas henti henti atau stage bas , yang sebelum ini syarikat dan operator bas ada membuat aduan berkenaan mereka menanggung kerugian dalam perniagaan apabila perlu melalui laluan yang tidak menguntungkan mereka , lalu telah di bantu oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan bantuan kewangan dan adjustment kepada perkhidmatan mereka.

Terkini SPAD telah mengumumkan melalui kenyataan media nya berkenaan penambah baik kan rangkaian Mybas Seremban.

Maka nyata sekali ini ada lah berita baik untuk penghuni bandar Seremban dan sekitar nya.

Untuk pengetahuan umum selain Seremban , telah juga ada servis myBas Ipoh dan myBas Kangar.

Pada kenyataan media kali ini , SPAD telah mengumumkan penambahbaikkan perkhidmatan myBas Seremban.

Ia melibatkan 17 laluan utama dan 5 laluan perantara.

Ini ada lah tambahan kepada 27 laluan bas sedia ada.

Pengguna boleh membaca keseluruhan kenyataan media dari SPAD berkenaan hal ini seperti di bawah :-






No comments:

Post a Comment