Wednesday, 2 August 2017

Pindaan Akta Oleh SPAD - Level Playing Field Untuk Teksi Biasa Dan E-Hailing



Dalam satu pengumuman Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membuat beberapa pindaan dalam akta nya berkenaan teksi.

Tertakluk kepada syarat syarat baru dalam akta di pinda ini ada lah untuk menyelaraskan perkhidmatan teksi termasuk teksi tradisi dan E-hailing.

Jika sebelum ini banyak juga terdapat dakwaan bahawa SPAD seolah olah meng anak tiri kan teksi tradisi , maka ia nya tidak benar sama sekali.

Pemandu teksi tradisi dan persatuan mereka seringkali beranggapan bahawa SPAD sering mengenepikan mereka lalu mengenakan pelbagai undang undang dan regulasi kepada mereka lalu seolah olah “favor” kepada kereta E-hailing Uber dan Grab yang tidak tertakluk kepada undang undang. Ini Tanggapan yang tidak betul.

Semalam di ibu pejabat SPAD di Kuala Lumpur,pihak SPAD di wakili oleh CEO nya Encik Azharuddin Mat Sah mengumumkan beberapa perkara baru berkenaan E-hailing.

Pada kenyataan media nya En Azharuddin menyatakan beberapa perubahan dalam akta sedia ada berkaitan teksi.

Pada pengumuman yang di buat setelah kajian mendalam di lakukan oleh SPAD beberapa perkara telah di perhalusi untuk di bentang kan pada akta baru yang akan di bentangkan setelah di gazetkan nanti pada bulan Oktober.

Antara syarat nya pemandu teksi tradisi yang mahu menyertai E-hailing semesti nnya berusia di bawah Lima tahuh.

Bagi teksi  yang sudah  melebihi tiga tahun perlu membuat pemeriksaan di Puspakom.

Untuk teksi yang sudah pun berada di bawah ikatan kontrak E-hailing boleh terus mengikut syarat tersedia ia itu mesti berusia di bawah sepuluh tahun.

Di bawah akta Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) bill 2017 operator E-hailing semesti nya memiliki lesen Intermediation Business dan memenuhi keperluan yang berkaitan.
Dibawah bill itu semua kemudahan applikasi e-hailing mesti seperti yang di luluskan oleh SPAD seperti ada memiliki GPS , sistem rating dan butan panik SOS keselematan penumpang
Antara terma terma lain nya ada kah 1) Pemandu dan kenderaan mesti berdaftar dengan SPAD , dan mesti di lindungi insuran untuk pemandu , penumpang dan kenderaan.
Secara detail nya syarat dan keperluan seperti di bawah :-

Operator e-hailing
Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Mempunyai model perniagaan yang baik.
Syarikat mesti ada sekurang-kurangnya seorang pengarah warga Malaysia.
Pemandu dan kenderaan perlu berdaftar dengan SPAD.
Perlu ada insurans yang akan melindungi pemandu, penumpang, kenderaan dan pihak ketiga.
Perlu ada aplikasi yang dikhususkan oleh SPAD seperti keupayaan GPS, sistem 'rating' dan butang keselamatan ketika kecemasan (SOS).

Pemandu e-hailing
1. Kad Digital yang akan mengandungi :
- Lesen sah memandu (CDL).
- Kehadiran latihan khidmat pelanggan.
- Melepasi saringan kesihatan di klinik yang diiktiraf kerajaan.
- Tiada rekod jenayah.
- Tidak memiliki saman dan kompoun.
2. Pemandu perlu menghantar kenderaan mereka ke PUSPAKOM setahun sekali selepas 3 tahun kenderaan didaftarkan dengan JPJ.

Industri teksi
Penggunaan tambang yang dinamik.
Kepelbagaian model bagi teksi baharu.
Hantar kenderaan ke PUSPAKOM setahun sekali (sekarang setahun dua kali) selepas 3 tahun kenderaan didaftarkan dengan JPJ.
Piawaian sistem pajak bagi memastikan kebajikan pemandu dilindungi.

Pada pelulusan akta APAD bill 2017 akan memboleh kan SPAD memantau serta berkuasa terhadap lesen pemandu dan juga lesen syarikat E-hailing itu.

Jelas ini lah yang di maksudkan dengan Transfoomasi Pengangkutan Awam Anjuran Perdana Menteri yang di selaras kan oleh SPAD sebagai agensi yang beretanggung jawap.

Program Transformasi Industri Teksi kini dapat di terjemahkan dengan perkara perkara seperti ini.
Maka nyata sekali hasrat kerajaan mahu mengurang kan kenderaan di jalan raya dengan meningkat kan mutu perkhidmatan teksi akan berjaya dengan hal hal pembaikan seperti yang di laksana kan oleh SPAD.

No comments:

Post a Comment