Friday, 18 August 2017

Rafizi Melalut Lagi Hal MARA, Tan Sri Annuar Musa Tak Ada Kena Mengena Pun


Atas sebab Rafizi Ramli melihat Tan Sri Isa Samad di tahan oleh pihak SPRM , maka Rafizi jadi ghairah konon konon nya kesemua ini ada lah atas hasil kerja pembongkaran nya.

Rafizi semacam ayam jantan yang panjat atas reban ayam , di sangka Matahari terbit kerana dia berkokok, sedangkan SPRM menjalankan tugas secara professional tanpa mengenal bulu.

Pelik betul sikap Rafizi Ramli yang tidak sibuk menjaga kawasan Pandan nya tetapi amat sibuk dengan isu isu nasional terutama berkaitan agensi dan badan yang di kuasai oleh orang Melayu.

Ini boleh di lihat apabila Rafizi amat rajin menggangu LTAT , Tabung Haji , PNB , MARA , FELDA dan apa apa yang berkait dengan melayu.

Mungkin Rafizi tahu di situ ada lah kerja induk UMNO kepada orang Melayu , maka ia perlu di ganggu.

Ketika Tan Sri Isa Samad di panggil dan di reman , Rafizi terasa dia ada saham dalam pembongkaran pada isu itu, maka selain suka kepada penangkapan TS Isa, Rafizi sempat pula mengaitkan isu itu sama dengan pembelian aset oleh MARA.

Sementara berbual berkenaan isu pembelian hotel oleh FGV di London , Rafizi juga mengungkit berkenaan pelakuan sama oleh pihak MARA ketika membeli hotel di Australia untuk aset nya.

Rafizi dalam posting di blog nya menulis (kita petik) :-

Saya merujuk pengalaman saya mengendalikan skandal pembelian tiga unit hartanah di Australia oleh MARA yang harganya dinaikkan hampir dua kali ganda. Kes itu sekarang sudah menjadi siasatan pihak berkuasa (walaupun belum ada seorang pun yang didapati bertanggungjawab) dan saya sudah pun menang saman dengan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang menuduh saya memfitnah dalam kes itu.
Dalam kes tersebut, menteri yang bertanggungjawab ketika itu (Dato’ Seri Shafie Afdal) dan pengerusi MARA ketika itu (Tan Sri Anuar Musa) dengan secara jelas mengesahkan bahawa cadangan pembelian hartanah luar negara oleh MARA itu telah dibentangkan dan diluluskan oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Malang sekali Rafizi tersilap kerana fakta nya  pergi kelaut dan tersasar.

Menurut kenyataan Tan Sri Annuar Musa pada kenyataan balas nya, Annuar Musa memberitahu, fakta sebenar berkenaan dengan isu pembelian aset MARA tersebut yang dibuat pada tahun 2012 adalah ketika MARA di pengerusikan oleh Datuk Seri Idris Jusuh dan bukannya Tan Sri Annuar.

Ini jelas Rafizi tersilap fakta , TS Annuar  menegaskan, semasa beliau mengambil alih MARA pada 2013, semua urusan melibatkan pembelian berkenaan telah selesai dilakukan.

Bermakna Rafizi tidak teliti dalam serangan dan keghairahan nya.

Kita juga pelik , Rafizi amat peka dan begitu teruja jika ia nya membabitkan pihak BN atau UMNO.

Tapi apabila pihak DAP atau PKR yang terbabit rasuah , Rafizi seperti jadi bodoh dan bebal .

Malah kehebatan mendarab dan mengira berkenaan kos atau perbelanjaan sesebuah projek berkaitan terowong Penang oleh Lim Guan Eng  terus Rafizi buat buat tidak tahu dan tidak sayang duit rakyat.

Begitu lah nampak gaya nya dengan individu bernama Rafizi ini.

Mungkin Rafizi menyedari lori sampah nya yang meronda satu negara tidak dapat sambutan , lalu apa bila TS Isa Samad di tahan maka Rafizi dapat nafas baru dan sambil itu mengait kan MARA pula .

Ini semua untuk memulihkan imej Rafizi yang sudah hancur dan tidak berkredibiliti, orang yang hendak mempercayai Rafizi pun jenis nya bukan yang ada integriti kerana tidak menyedari Rafizi sudah banyak kali kalah dalam perbicaraan fitnah.





No comments:

Post a Comment