Tuesday, 19 September 2017

Jangan Terkejut Kalau Dapat Berita Orang Pakatan Harapan Masuk UMNO Nanti



"Saya sahkan memang ada anggota daripada Harapan yang akan menyertai UMNO dan kembali kepada UMNO, pengumuman itu kami akan dilakukan secara berperingkat, kita tunggu sahajalah," kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annua Musa.

Kenyataan di atas di buat oleh Ketua Penerangan UMNO ,Tan Sri Annuar Musa beberapa hari lalu bukan untuk saiko atau kemenangan persepsi, tetapi kerana ada pihak dari Pakatan Harapan yang telah menghubungi beliau untuk hasrat itu.

Apablla TSAM menyebut perkataan "kembali" ia bermakna "orang orang" itu ada lah bekas ahli UMNO.

Kembali nya Tan Sri Muhammad Taib ke dalam pangkuan UMNO boleh di kiira sebagai permulaaan sahaja.

TSAM di tanya ada kah mereka itu terdiri dari 8 orang yang di laporkan oleh sebuah portal, jawapan TSAM tunggu sahaja lah nanti pengumuman akan di buat secara berperingkat peringkat.

Boleh di kata kan kedua faktor Push dan Pull ada bersama pada kemasukan orang orang Pakatan Harapan ini kedalam UMNO.

Paling ketara ada lah faktor dalaman Pakatan Harapan itu sendiri.

Selain itu , mereka mereka ini melihat perjuangan dalam Pakatan Harapan tiada lansung agenda rakyat seperti mermbangunkan ekonomi rakyat.

Tan Sri Muhammad Taib pula ketika mengistiharkan keluar dari PH menyatakan hal sebenar ada lah tiada lansung agenda Melayu dalam setiap mesyuarat Pakatan Harapan.

Paling merisaukan ada lah hanya anggota bukan melayu sahaja yang bercakap dam dominan, melayu di dalam Pakatan Harapan hanya setaraf barua sahaja ujar Tan Sri Muhammad Taib.

Antara pemimpim PH yang ada , mereka hanya mahu berebut kuasa dan bergaduh sesama mereka.

Hal ini kita boleh lihat sendiri antara perang terbuka Azmin-Rafizi, Lateefa Koya-Rafizi, Azmin- Wan Azizah dan lain lain.

PH tiada kekuatan sendiri selain bergantung pada isu serangan fitnah mereka kepada Datuk Seri Najib Razak sahaja.

Mungkin ramai pemimpin dari PH akan menganggap apa yang di nyatakan oleh TSAM ketika berucap di Kolej MARA ,Banting hanya lah kenyataan untuk menyedapkan hati orang UMNO sahaja, namun sebuah portal pro pembangkang sudah pun menjumlah kan mereka yang bertaraf pemimpin ini seramai 8 orang. 

Ini mereka lakukan kerana mahu bertindak sebagai Pre-empt kepada mereka mereka yang berniat mahu kembali kepada UMNO sebagai mesej mereka dalam perhatian kepimipinan tertinggi PH.

Apa pun sebenar nya , yang berkeinginan kembali kepada UMNO tiada pilihan lain sambil mengetahui UMNO dan BN akan tetap menang PRU14 yang akan datang , dan masa depan mereka dan umat Melayu hanya terjamin dalam UMNO sahaja.

PH semua tahu di kuasai oleh bukan Islam yang anti melayu yang berselindung di belakang umpan mereka seperti Tun Mahathir.

Apapun kita harus sabar kerana kerja menerima mereka masuk sedang di lakukan secara berperingkat peringkat kata TSAM.


#YP












1 comment:

  1. Kesianlah dia ni.
    Ibarat kain buruk yang dah disepak ke tepi. Nak buat alas kaki
    pun dah terlalu buruk. Jadi cakaplah merapu-rapu, menghina
    kepimpinan Najib, seolah-olah bergantung kepada KATAK LOMPAT,
    gtakda maruah langsung untuk menang pilihanraya secara gentelman.

    ReplyDelete