Friday, 22 September 2017

MCA Parti Matang , Amal Sikap Moderasi - Akur Keputusan Batal Pesta Minum Arak



Ketika anjuran majlis minum arak di batalkan , parti DAP menjadi kan ia sebagai lonjakan politik untuk mendapat "political mileage" dengan isu pembatalan nya dari orang orang bukan Islam.

Pasti sekali DAP akan ambil peluang untuk memberitahu rakyat secara menyeleweng bahawa satu lagi hak kebebasan orang bukan Islam telah di nafikan oleh pihak berkuasa.

MCA sebagai sebuah parti peka kehendak rakyat telah juga mempersoal akan tindakan pihak berkuasa sebab musabab pembatalan itu.

Jika MCA berdiam diri , maka para penyokong nya tentu sekali akan mempersoal kan pendirian MCA seolah olah tidak bertindak mempertahan kan hak bukan Islam.

Justeru itu Presiden MCA telah membangkit kan isu pembatalan dan penghalangan ini di mesyuarat Kabinet.

Ini sangat penting kerana MCA perlu menghadapi para penyokong nya untuk memberi tahu sebab musabab majlis minum arak itu di batalkan.

Tambah lagi MCA tidak mahu DAP menjuarai isu ini dan mengambil kesempatan politik sambil memburukan kan MCA sebagai tidak peka kepada kehendak bukan Islam.

Kemudian apabila kabinet memberitahu bahawa keputusan DBKL membatalkan  pesta minum arak "Better Beer" atasan alasan keselamatan dan bukan atas tekanan politik dari mana mana pihak maka MCA berpuas hati dan akur dengan keputusan itu.

" Saya berpuas hati dengan penerangan yang di berikan ketika dalam mesyuarat kabinet dan sebagai parti dan kerajaan yang bertanggung jawap , keselamatan orang awam sentiasa menjadi keutamaan kita " kata Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas mesyuarat kabinet selesai.

Maka penjelasan pembatalan berkaitan keselamatan tentu sekali boleh di terima.

Oleh itu mudah bagi MCA menjelaskan pihak pihak yang bukan Islam atas sebab pembatalan nya , ini kerana DAP telah mengambil kesempatan untuk memberi tahu rakyat kerajaan telah menghalang hak bukan Islam untuk meminum arak.

Liow juga menyatakan sememang nya keutamaan massa dan keselamatan orang awam di utamakan sentiasa oleh kerajaan dan Polis.

Tambah lagi MCA juga sebahagian dari kerjaaan.

Ini menunjuk kan MCA sentiasa berpendirian matang dan ambil sikap moderasi dalam tindakan nya, tidak seperti DAP yang sentiasa mengambil kesempatan dan sentiasa membangkang tindak tanduk kerajaan.

Maka kini selesai lah satu perkara yang boleh menjadi krisis dan pihak bukan Islam tidak lagi boleh menuduh MCA tidak membuat sesuatu apabila kehendak mereka terhalang.


#mca


No comments:

Post a Comment