Friday, 22 September 2017

Penguatkuasa SPAD Tidak Duduk Diam - Ops Hippo Kantoikan 1,267 Kes





Penguatkuasa SPAD tidak Duduk Diam - Sejak Januari 2017 - 1,267 Kantoi

Bahagian Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak pernah duduk diam dalam menjalan kan tugas mereka.

Cuma terkadang tindakan pemantauan dan pembenterasan mereka tidak mendapat liputan mencukupi sahaja.

Tambah lagi orang ramai masih belum mendidik diri mereka untuk membuat laporan dan aduan terus kepada SPAD.

Mereka lebih suka mem”viral”kan kepada sahabat sahabat serta orang dan pihak ramai yang nyata sekali tiada kuasa untuk bertindak walaupun viral mencecah ribuan.

Mereka hanya perlu mengadu kepada SPAD dan pasti tindakan akan di ambil, cuma terkadang terlambat sedikit , namun jika maklumat nya lengkap cepat atau lambat pihak yang bersalah pasti akan di temui oleh SPAD.

Kesalahan yang boleh di adu oleh orang awam pelbagai jenis nya, dari hal pemandu bas biasa atau bas ekpres yang memandu cara merbahaya atau lain lain.

Malah hal hal tesi biasa atau e-hailing atau pun lori lori yang memandu cara merbahaya.

Untuk makluman sebanyak 1,267 kes  kesalahan telah direkodkan yang melibatkan pelbagai kesalahan oleh pemandu dan pengusaha lori dalam Ops Hippo.

Jumlah terkantoi ini ada lah yang dilaksanakan oleh penguatkuasa SPAD sejak bermula dari bulan Januari sehingga kini.

Ketua Jabatan Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata antara kesalahan yang direkodkan melibatkan lori lori yang membawa lebih muatan, membawa muatan secara berbahaya dan muatan melebihi paras ketinggian panel sisi.

"Saya berharap penguasaha lori harus lebih bertanggungjawab pastikan ikut undang-undang dan tidak bawa muatan cara bahaya kerana ia boleh jejas keselamatan orang awam dan merosakkan jalan raya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ops Hippo di Puchong, di sini, Khamis.

Baru baru ini dalam operasi yang dijalankan sekitar kwasan Puchong, SPAD telah mengesan sebanyak 22 kesalahan setelah memeriksa 11 buah lori di kawasan operasi itu.

Datuk Che Hasni berkata sebanyak 11 kesalahan membawa muatan dengan cara berbahaya direkodkan, lapan dikesan membawa lebih muatan dan masing-masing satu kes melibatkan kesalahan tidak mempunyai permit yang sah ketika beroperasi.



Selain itu ada juga yang enggan memberi kerjasama kepada kakitangan awam dan meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan dan menghalang kenderaan awam lain.

Ini contoh betapa SPAD tidak pernah duduk diam dan sentiasa membuat operasi secara berskala dan random.



Maka elok lah orang awam menyimpan nombor aduan SPAD untuk kebaikan mereka sendiri dengan menghubingi SPAD secepat mungkin jika ada perkara yang tidak mengikut undang undang oleh bas bas, teksi atau pun lori.



No comments:

Post a Comment