Monday, 25 September 2017

Tidak Perlu Politik kan Isu Pelulusan UBER , Tiada Yang Tersembunyi - Nancy Shukri



Jika pihak pembangkang mahu mempolitik kan pelulusan E- hailing UBER dan memberi kan gambaran konon nya ada perkiraan di sebalik kelulusan nya , maka nytata sekali ia cubaan yang gagal dan tidak masuk akal.

Wakil pembangkang dari DAP ,Liew Chin Tong cuba memberi persepsi buruk konon nya kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah berurusan secara tidak telus dalam meluluskan perlesenan teksi sewa E-hailing UBER .

Ini berikutan konon nya beberapa negara seperti yang di laporkan oleh media seperti Bloomberg konon nya Depertment of Justice America telah mengadakan siasatan terhadap UBER sama ada mereka ada pelanggaran undang undang serta perbuatan rasuah di luar negara (Amerika).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Hajah Nancy Shukri bagaimana pun menyatakan pihak pentadbiran di Malaysia tiada terlibat pun dengan hal sebegini.

Jika hendak mengaitkan pelaburan yang di buat oleh KWAP di dalam UBER , ia ada lah semata mata atas dasar penilaian serta pulangan keberuntungan kepada KWAP.

Sudah menjadi satu komitment dari pihak pentadbir dan pihak berkuasa yang mengurus tadbir KWAP untuk mendapatkan pulangan yang terbaik untuk pencarum nya yang terdiri dari orang orang persara.

Datuk Hajah Nancy pula sempat membidas wakil parlimen DAP itu (Liew Chin Tonng) kerana dakwaan Liew tidak benar belaka , Liew pernah di beri kesempatan bertanya pada July lalu tetapi gagal membuat sebegitu.

Untuk pengetahuan umum , setiap langkah atau tindakan yang di ambil oleh SPAD seperti pelulusan lesen untuk UBER di buat setelah kajian mendalam serta pembacaan statistik dan lab.

Melalui kajian dan pertimbangan baru lah SPAD akan membuat keputusan, dan konon nya mengandaikan ada "quid pro quo" (kau garu belakang aku , aku garu belakang kau) dengan UBER hanya lah andaian nakal semata mata.

Untuk maklumat , selain UBER , perkhidmatan E-hailing seperti 2GO, eevom, EzCab dan PickNgo juga telah menjadi begitu popular dan di langgani oleh ratusan ribu rakyat negara ini.

Maka nyata sekali konon ada isu dengan pelulusan UBER dan persepsi buruk terhadap pelulusan UBER hanya lah perasaan syok sendiri ahlin Parlimen DAP itu selain mahu memberi gambara buruk kepada kerajaan dan agensi nya.





No comments:

Post a Comment