Sunday, 15 October 2017

Himpunan #Kleptokrasi -Mahathir Dan Kit Siang Sudah Jadi Liabiliti Besar Pakatan Harapan



Ketika UMNO dan Presiden Nya Datuk Seri Najib enggan di perkudakan oleh Tun Mahathir , sebenar nya ia satu tindakan yang amat tepat.

Sebaik sahaja Tun Mahathir mendapati permintaan peribadi nya tidak di layan oleh UMNO , Tun Mahathir kemudian nya mencipta isu untuk menjatuhkan Presiden UMNO dan UMNO sekaligus.

Untuk menjatuhkan Presiden UMNO buat kali kedua , Tun M perlu ada alasan kukuh, dan ia mendapati perniagaan 1MDB boleh dijadikan sebagai modal nya.

Menyedari ramai rakyat jahil berkenaan perniagaan kompleks semacam 1MDB maka ia lebih mudah untuk di "spin" dan di putar belit.

Puas Tun Mahathir di bantu oleh pembangkang memutar belit kan isu 1MDB namun ia tetap tidak dapat menumbangkan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri.

Hasrat Mahathir , dengan serangan bertali arus di bantu dengan dana nya yang berbillion yang di simpan pada proksi nya maka ia dapat membunuh karaktor Najib dan 1MDB serentak

Konon , biar ahli UMNO dan rakyat melihat Najib sebagai "liability" umpama beban kepada UMNO dan rakyat Malaysia.

Dalam waktu yang sama , Najib bermain "game" nya sendiri.

Tidak mengendah kan Tun Mahathir , sambil terus melaksanakan tugas harian sebagai Perdana Menteri sebenar nya satu strategi yang sangat berkesan.

Lama kelamaan strategi yang di pilih oleh DSNR ini menjadi dan mula membuahkan hasil.

Rakyat mula menilai hasil kerja DSNR dan mula menyedari kebaikan yang cuba dilaksana kan.

Kini, keadaan sudah mula bertukar, akibat terlalu berlebihan menyerang DSNR dan kerajaan tanpa ada noktah dan menyerang apa sahaja yang di buat oleh Najib dan kerajaan mula "backfire" kepada Mahathir dan DAP serta Kit Siang.

Mahathir di lihat sebagai terlalu gelojoh dan "over zelous" dalam serangan dan ini mendedahkan diri nya sendiri bahawa isu 1MDB bukan isu sebenar , rakyat mula memikir bahawa ada "perkara" lain yang Mahathir kejar.

Dalam waktu yang sama skandal RCI FOREX BNM pula datang menjelma , sambil Mahathir pula menjawap tanpa tanggungjawap seolah olah memperbodohkan rakyat dengan kerap kali menjawap "Tidak tahu".

Ini di tambah dengan pendedahan demi pendedahan berkenaan skandal skandal lama serta isu isu kronisma serta perjanjian perjanjian berat sebelah memihak kepada kroni nya.

Selain itu kisah kerugian kerugian dan "bailout" di zaman nya mula di ketahui oleh rakyat yang sebelum ini ramai yang tidak tahu.

Maka, yang hancur dan merudum imej nya bukan DSNR tetapi Tun Mahathir sendiri.

Mahathir pula berada di dalam defisit kepercayaan.

Rakyat menilai , apa lah RM2.6 billion berbanding dengan RM30 billion yang Mahathir hanya cuci tangan dengan "saya tidak tahu".

Mahathir di waktu sama berdolal dalik dengan isu kekayaan anak anak nya dan lansung tidak peduli untuk menjelas kan dari mana bebillion wang datang untuk modal perniagaan anak anak nya.

Bak kata pepatah " the final nail to the coffin" telah di laksana kan  oleh Mahathir sendiri.

Kini , konklusi nya ada lah Himpunan Kleptokrasi yang gagal serta memalukan kepada Mahathir dan Kit Siang.

Perjanjian Syaitan telah gagal.

Rakyat tidak datang dalam jumlah ratus ribu , sebalik nya ia umpama satu " pesta fanfare" sahaja di padang yang luas.

Bukan baru Mahathir dan Kit Siang menyerang Najib . bahkan sudah hampir 3 tahun.

Kemana pergi rakyat semua?

Jika Mahathir kata 2 PRK di Sg Besar dan K.Kangsar ada lah referendum untuk Najib letak jawatan jika BN kalah, maka jelas Himpunan #Kleptokrasi ada lah referendum untuk Mahathir senyap dan duduk diam.

Dua tokoh gergasi Pakatan Harapan ia itu Mahathir dan Kit Siang telah gagal membawa rakyat dan "crowd" datang memberi sokongan,

Ini bermakna sangat bahawa kedua mempelai ini ada lah "liability" kepada Pakatan Harapan.

Pemimpin zaman "dinosour" telah gagal dan tewas.

Apa yang sangat sesuai ada lah undur diri. Petanda awal dan mesej awal dari rakyat ada lah "kamu di tolak"

Pepatah juga ada menyebut "anda boleh seret kuda dan menarik nya ke sungai, namun anda tidak boleh memaksa nya untuk minum", begitu juga dengan rakyat , anda boleh sumbat telinga mereka hari hari dengan laungan "Najib penyamun" , "Najib pencuri" tetapi anda tidak boleh memaksa rakyat untuk terus mempercayai nya.

Terima lah hakikat bahawa Mahathir dan Kit Siang ada lah "Liability" kepada pembangkang.


#YP







No comments:

Post a Comment