Wednesday, 18 October 2017

Kerana Kit Siang , DAP Akan Terima Hukuman Di Gelang Patah



Wakil Rakyat tidak berkualiti hanya ujud kerana di pilih oleh pengundi yang tidak berkualiti juga.

Pengundi yang tidak melihat kerja kerja atau pun khidmat bakti lalu memberi undi atas sebab emosi dan perasaan sahaja.

Setelah memberi undi kepada calon yang terkenal dengan politik "isu" dan serangan kepada pihak lawan, rakyat di kawasan yang di menangi oleh calon tidak berkualiti ini akhir membuat bising kepada kerajaan kerana banyak hal dan perkara tidak terurus di kawasan itu.

Contoh yang boleh di ambil dari hal ini ada lah Gelang Patah.

Kerusi yang di menangi oleh "supremo" DAP , Lim Kit Siang nampak nya tidak akan kekal di tangan DAP.

Pengundi telah sedar LKS hanya suka bermain isu nasional tanpa melawat kasawasan yang di menangi oleh nya.

Bukan sekali perilaku Lim Kit Siang terhadap perkara sebegini.

Pada beberapa PRU lalu , LKS juga telah beralih kawasan seolah olah lari dari kawasan yang di menangi nya.

Seperti "nomad"  itu lah yang di lakukan oleh LKS, selepas satu penggal akan meninggalkan kawasan yang di menangi nya untuk ketempat lain pula.

Timbalan Presiden MCA , Datuk Seri Wee Ka Siong  beberapa minggu lalu telah menyatakan bahawa MCA nampak cerah untuk merampas kawasan itu dari DAP.

Ia bukan sahaja atas sebab faktor LKS , tetapi juga atas sebab kerja keras MCA mendekati rakyat terutama nya kaum Cina.

":Tidak kisah siapa calon nya" kata Datuk Wee, MCA telah berkerjasama bersama beberapa komponen Barisan Nasional untuk merampas kembali Parlimen Gelang Patah.

Datuk Wee memberitahu bahawa pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional , dan datuk Seri Najib telah memberi lampu hijau untuk MCA bertanding di Gelang Patah.

Walaupoun DAP , dengan calon gergasi mereka Lim Kit Siang menang besar ketika merampas kerusi Parlimen Gelang Patah dengan majoriti 14,762 undi , tetapi senerio dan situasi ketika itu amat berbeza.
Ketika itu masyarakat Cina di hasut bahawa PRU13 ada lah peluang merampas kerajaan dan menumbangkan BN, namun kini faktor lain pula yang ujud.

Antara nya , nama DAP sudah tercemar kerana meletak kan calon yang amat jarang turun ke kawasan untuk melihat dan meninjau rakyat .
Selain itu faktor Tsunami Cina sudah tiada lagi, sebalik nya tabiat buruk Lim Kit Siang seperti katak yang suka melompat kawasan akan menyukarkan calon ganti DAP sukar untuk menjawap kepada para pengundi.
Namun ini boleh di kira sebagai faktor sampingan sahaja , walau pun pengundi Cina akan menghukum DAP kerana Lim Kit Siang, tetapi MCA mahu menang atas kerja keras nya dan cara ia mendampingi rakyat bserta menabur bakti.

Datuk Wee berkata MCA sedang nmelaksana kan kerja kerja mendekati masyarakat dan menjelas kan isu isu berbangkit berkenaan kepentingan orang Cina sambil kaum lain juga di hampiri untuk membantu menyelesaikan banyak perkara.
Turut bekerja keras ada lah UMNO yang dibawah pantau Menteri Besar Datuk Khaled Nordin yang sama sama mahu Gelang Patah kembali kepada pangkuan BN.
Jika PRU13 , Gelang Patah menyambut calon DAP dengan tangan terbuka , kali ini mereka tidak mahu terkena sekali lagi dengan calon  berperangao katak dan hanya penting kedudukan sendiri dan bukan nya masyarakat.
Gelang Patah akan jadi kubur DAP kerana salah laku Lim Kit Siang kepada pengundi pengundi di kawasan itu.



.



No comments:

Post a Comment