Friday, 13 October 2017

Macam Biasa SPAD Tetap Adakan Operasi Pada Hari Perayaan



Untuk pengetahuan umum, pada perayaan hari Raya Aidilfitri tahun ini (2017) pada operasi sempena perayaan , sejumlah 407 jenis kesalahan telah didapati berbanding dengan 390 kesalahan pada musim perayaan hari raya Aidil fitri tahun 2016.

Bermakna ada terlihat sedikit peningkatan pada jumlah 'offences" yang dilakukan oleh pengguna kenderaan jalanraya.

Untuk makluman juga Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan gandingan agensi lain seperti JPJ, PDRM AADK dan JKJR selalu nya melipatganda kan operasi dan pengawalan lalulintas terutama nya pada musim perayaan.

Ini tidak  bermaksud SPAD dan gandingan agensi berkaitan tidak melaksana kan tugas kawalan serta pemantaaun jika tidak ada musim perayaan.



Apabila di sebut perkataan "Operasi" ia bukan sahaja bermaksud di jalan raya , bahkan kegiatan kawalan, pemantauan serta penguatkuasaan juga di buat di tempat tempat tertumpu nya pengguna jalanraya serta pengangkutan awam.

Tempat tempat seperti kaunter penjual tiket seperti BTS atau pun KLIA tetap menjadi tumpuan anggota penguatkuasa SPAD.

Selain itu maksud pemantauan juga tertakluk kepada penangkapan ulat ulat tiket yang berkeliaran di kawasan penjualan tiket.

Pengguna harus tahu bahawa pemandu bas serta teksi juga tidak terlepas dari siasatan kesihatan serta penggunaan dadah , atas sebab itu operasi yang ada SPAD kadang kala ada juga anggota dari badan seperti Anti dadah Kebangsaan.

Ini tujuan nya untuk memantau pemandu bas ekpress , lori atau limo tidak mengambil dadah ketika memandu.

Apa yang SPAD perlu dari orang ramai ada lah kerjasama melapor kepada SPAD di nombor aduan sebaik sahaja melihat pemandu bas membawa laju atau membawa dengan merbahaya, atau mereka melayan handphone sambil memandu.



Dari pada orang ramai membuat kerja sia sia memviral kepada sahabat sahabat yang tidak mampu membuat apa apa lebih elok menghantar aduan segera kepada nombor SPAD.

Di bawah ini ada lah kenyataan MEDIA SPAD berkenaan operasi dan laporan berkenaan tugasan SPAD pada hari Deepavali. :-





No comments:

Post a Comment