Sunday, 15 October 2017

Tidak Masuk Akal Pakatan Mahu Hapus GST Kata Tiong Lai





Berjanji semua pun boleh berjanji. Cakap semua pun boleh , tetapi apabila tiba masa untuk tunaikan nya, ia perkara lain.

Pakatan Harapan melalui ucapan Lim Guan Eng pada himpunan Kleptokrasi malam kelmarin ada menyatakan jika Pakatan Harapan peroleh kuasa maka GST akan di hapuskan.



Dari segi air liur ia memang enak untuk di dengar. Namun menunaikan janji bukan lah satu tabiat Pakatan. Dari Pakatan Rakyat sehingga lah menjadi Pakatan Harapan tabiat nya tetap sama , janji tidak pernah di tunai kan.

Atas sebab GST isu popular , maka GST lah yang sesuai untuk di jadikan isu untuk pancing rakyat.

Jangan ambil serious sangat kata kata pembangkang ini , kata Presiden MCA , Datuk Liow Tiong Lai.

"Tidak masuk akal untuk menghapuskan GST" kata Liow.

Bagi rakyat yang jahil, mereka tidak terfikir bahawa GST lah sistem cukai yang terbaik dan telus.

SST hanya sesuai ketika perbelanjaan untuk administrative untuk mengurus rakyat masih sedikit jumlah populasi nya ketika itu.

Ketika SST di laksana kan jumlah rakyat sekitar 14 Juta sehingga 18 juta.

Kini dengan jumlah rakyat 31 juta ia tidak sesuai.

Tambah lagi cuma 6% sahaja cukai nya dan bukan semua barangan nercukai GST.

Makna jika rakyat bergaji RM2000 seluruh gaji nya membeli barangan ber GST mereka hanya bayar RM 120 sahaja seluruh gaji.

Malah membayar Tol lebih membebankan dari membayar GST.

GST pula kemudian di kembalikan kepada rakyat.

"Mereka tiada cukai gantian untuk menghapuskan GST" kata Liow.

Benar bagai di kata Pakatan tidak  berani membentangkan cukai gantian kepada GST.

Mereka tidak dapat anggar berapa yang perlu di kutip dan berapa jumlah akan di kutip sebagai pengganti GST.

Jika bukan SST pun PH tidak berani bentang catra sistem cukai ganti nya.

SST tidak sesuai kerana banyak ketirisan dan penipuan.

Hanya sebab mahu jadi popular mengambil kesempatan kepada rakyat yang jahil berkenaan sistem cukai, itu sahaja sebab nya.

Rakyat harus fikir kedudukan negara tidak seperti dahulu.

Jumlah rakyat yang harus di bantu sudah berganda ramai nya struktur negara sudah berubah.

Dari penerima bantuan kerajaan sehingga perubatan semua sudah berganda jumlah nya.

Sistem SST tidak mampu mengutip cukai untuk memgurus hal hal seperti ini.

Jadi kata Liow , jangan ambil serious sangat dengan saranan Lim Guan Eng dan Pakatan.

Pada soalan berkenaan himpunan Pakatan Harapan , Liow berkata ia tiada kesan pun kepada kerajaan , dan Pakatan Harapan boleh buat sebanyak mana himpunan pun jika mereka mahu.

Mungkin kerana PH tidak  melakukan apa apa kepada rakyat di 2 negeri yang mereka perintah, lalu tiada apa yang dapat di ceritakan kepada rakyat melain kan isu popukar seperti GST dan 1MDB.

Jika PH ada kerja baik dan hasil baik di negeri mereka , tentu mereka tidak perlu bercerita berkenaan isu basi seperti 1MDB dan GST.

Apa apa yang baik dan elok tentu PH sudah melaksana kan nya di negeri mereka.

Sebalik nya harga durian dan ikan yang datang dari negeri mereka sendiri pun mereka tidak mampu berbuat apa apa.

Harapan Datuk Liow ada lah supaya rakyat tidak senang senang termakan cerita kosong dan janji kosong dari Pakatan Harapan.

Lihat lah sendiri keadaan di negeri mereka memerintah rakyat negeri sendiri pun terlalu bergantung pada kerajaan pusat , kerana kerajaan negeri tidak boleh di harap sangat.

Selain itu lihat sejarah tunai janji Pakatan , mereka tiak lansung menghormati apa yang mereka sendiri janji kepada rakyat.



No comments:

Post a Comment